Assalamualaikum,
Salam hari Jumaat buat semua. Hari ni nak share cerita pasal hari ibu yang lepas. dah 2 minggu jugak kan. Kitaorg mmg tak celebrate apa2 pun. Masa tu kitaorg tak pergi mana-mana, duduk rumah, jalan2 sekitar kawasan sini je.
Tapi, dalam 2 minggu lepas jugak, Ilyaas ada bagi something dekat I.
For the first time, I dapat hadiah hari ibu dari anak sendiri, hasil kerja tangan dia.
mesti la terharu kan...anak buat sendiri walaupon dengan bantuan cikgu dia.
![]() |
Penanda buku handmade from Ilyaas to me. Tulisan yg Selamat Hari Ibu tu I rasa Ilyaas tulis dengan bantuan cikgu dia. Sticker tu pon cikgu dia sediakna. pastu dia warna and gunting ikut garisan kat bahagian bawah tu. |
![]() |
From: Ilyaas Ni memang tulisan Ilyaas sendiri. siap ada smile lagi.. so sweet |
Masa dapat bookmark ni, I of course terharu. Tapi tak dela sampai ngalir2 air mata, dramatic sangat pulak kan. But I teringat my mom. Masa I sekolah rendah dulu, selalu I buatkan something from kelas seni untuk bagi dekat my mum. Guna pinggan kertas, lekat2 buat macam poket untuk letak surat.
I bagi dekat my mom, and bila and pergi office my mom letak dekat tepi meja dia and dia guna poket pinggan kertas tu untuk letak surat2 dia. I was happy at that time bila tengok my mum guna hadiah yang I bagi walaupon x cantik mana pon.
Sekarang ni dah masa I pulak dapat hadiah kraftangan dari anak sendiri. Baru I faham rasa di-appreciate oleh orang yg kita sayang dan menyayangi kita tanpa batasan.
And I pulak guna bookmark hadiah dari Ilyaas ni sebagai penanda buku I.
Semalam bila nak habis baca chapter yg I tengah prepare untuk ngajar next week, I baru tergerak hati nak snap gambar my very first mother's day gift from my son.
So, sebab tu la entry hadiah hari ibu ni delay sikit. =)
Apepun, nanti kalau Ilyaas baca entry umi ni, umi appreciate sangat hadiah yang Ilyaas buat dan bagi kat umi. InsyaAllah, umi akan guna dan jaga elok-elok penanda buku ni.
Love you son...
ps:
Love you too my daughter
No comments:
Post a Comment
Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...