Thursday, August 27, 2015

Sabah Fieldwork: Kg.Minyak (Heritage Oil Well), Sikuati, Kudat


Assalamualaikum semua, 

Hari ni nak update pasal Kg.Minyak pulak. 
Sebenarnya ni lah tujuan utama kitaorang merantau jauh tinggal anak-anak kat mak mertua pergi fieldwork ke Sabah ni. 

Nak melawat Oil Pool. 

Memang betul2 minyak petroleum ye, bukan minyak sawit atau minyak masak. Masa I upload gambar oil pool ni, ramai je kawan2 kat ig and fb gelak2 sambil tanya sure ke petroleum, bukan minyak sawit or minyak masak. 

Well, sebenarnya, kawasan ni dah digazetkan sebagai kawasan pelancongan tp keadaan di sekeliling tak berapa terjaga. So, not so commercial la with only one signboard dekat tepi jalan besar. dan signboard tersebut pon dah buruk, tulisan agak2 pudar je. 


Oil pool ni terletak dalam kawasan paya bakau, dikelilingi ladang kelapa sawit. untuk masuk ke sini, not as easy as we thought. Bacaan GPS semuanya dah disediakan sejak dari office lagi, check dengan member2 yg dah pernah sampai, buat research etc, but once we are there, nak melangkah masuk dalam hutan nak cari kononya ' kawasan pelancongan' ni, hati ada rasa sedikit gentar. sebab hutan agak tebal, dan gelap.  



Gambar atas sekali kiri, masa tu masing2 tengah keliru, nak continue jalan dalam hutan atau patah balik. 

My husband was checking his phone for location, I tgk GPS, my other colleague siap call his friend untuk dapatkan confirmation about the place. and finally we all decided untuk patah balik cari orang tempatan yang boleh assist. rasa gerun nak melangkah kaki masuk cari tempat ni sendiri. apatah lagi, mmg dah famous tempat ni dianggap sebagai kawasan suci bagi penduduk tempatan. siap ada upacara2 bagai suatu masa dahulu. 

Along the way nak cari orang tempatan, kami jumpa satu team researcher lagi. they already informed the police. so kitaorg pergi dengan diaorang je lah. akhirnya jumpa kawasan paya bakau with the pools. at that time, ada 3 pools. tp satu dah almost kering. gambar bawah kanan sekali. the dried out pools. kesan bitumen di mana-mana. bau minyak petroleum sangat kuat di ruang udara kawasan ni. 

kebetulan masa tu ada pelancong diiringi oleh rakyat tempatan jugak. mereka sedikit kurang selesa melihat kehadiran kitaorg waktu tu sebab diorang tahu kami dari university atau industry. kami cepat2 keluar dan pergi ke lokasi lain. 

after lunch, kitarg cari rumah penghulu kampung. (gambar rumah kat atas collage ni) dan inform baik2 tujuan kami ke sini. dan nak ke kawasan telaga minyak tersebut. tok ketua tu relax je and benarkan kami teruskan urusan penyelidikan. 
maka petang tu berjaya la kami kutip sample bitumen, soil dan oil dari telaga minyak ni. 

sebenarnya semua dengan izin Allah Swt. Minyak ni dah seeping since 1800s lagi when they first found it. maybe earlier cuma tak ada dalam rekod. until present day, masih ada. 

betapa bumi Sabah kaya dengan hasil minyak petroleum. 





Not so far from the pool, ada beach. and few outcrops along the way. sempat singgah sekejap sebelum hari nak hujan.

nama beach ni sangat unik. Pantai Tindakondazang!






1 comment:

  1. mcm xkan igt je nama pantai tu.. terlampau unik.. ada maksud ke?

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...