Sunday, November 1, 2015

My kitchen cabinet- 3D design

Hari ni nak share sikit pasal kitchen cabinet. Sebahagian dari ni dah di share dlm entry minggu lepas. So, I amik gambar dari entry minggu lepas je

Hari Sabtu, 24th Octo, pagi2 ada appointment dengan Kitty. Kitty ni person in charge yg I contact from JM Interior Design.  kedai dia di Pengkalan. 
Actually sebelum berjumpa di kedai, kitaorg dah berjumpa di rumah dan Kitty dah roughly estimate harga lepas dia amik ukuran untuk kitchen cabinet comel ni. 

Dekat kedai tu, I dgn husband decide all the materials untuk kitchen cabinet. sebenarnya tak plan nak buat kc lagi, tp pikir-pikir beratus kali, rasanya kena buat jugak coz mmg takde storage yg proper untuk barang2 dapur and segala pinggan mangkuk ni. just buat small kc je. tak penuhkan dapur pun. 
bajet tak cukup..heheheh.




Buat small L-Shape. Walaupun lebih suka G-shape or U-Shape tapi size and bentuk dapur I tak membenarkan untuk design2 tersebut. serta budget juga .. 


Material pun pilih paling murah. Memang kena betul2 jaga la ni. 



Material kayu. tak mampu nak amik arcylic or kaca . 

Table top antara dua warna coklat ni. 


Door warna cerah. nak bagi effect dapur luas kononnya. entahla macam mana rupa nya dapur ni nanti. Kita tunggu dan lihat je la rupa nya nanti bila dah jadi benda.


Lepas jumpa kat kedai, petang tu Kitty datang rumah sekali lagi dan dia mintak wireman tukarkan position plug untuk hood. sebeb wireman ni buat kerja tup tup dah siap gitu. Tengok pic kat bawah ni. Nampak ada bahagiah yg dah disemen gelap tu . Sebenarnya tu tempat yg wiremen tebuk untuk buat plug for hood. tapi Kitty lukis dengan marker suruh tukar ke tempat yg dah nampak berlubang tu. I am referring tu plug belah atas. yg belah bawah tu untuk rice cooker, kettle etc. 

Besar ni je ruang dapur saya. Alhamdulillah. Lebih luas dari rumah sewa sekarang. I pun tak buat kc sampai habis sebab plan bahagian ni untuk dry kitchen je in the future. 
For now, inilah dry kitchen, inilah jugak wet kitchen. All in one punya concept. 

by the way, hati kena kental *chewah* untuk buat renovation rumah especially wiring. 
berlubang bertebuk sana sini rumah nak buat wiring ikut keperluan and kehendak kita:D 


for my kitchen, I amik inspirasi dari gambar ni..


Tapi tak pakai la material mcm gambar ni berkilat-kilat. Ini lebih tinggi kosnya.. 

L-shape combine dry and wet kitchen. 

Atas peti ais pun tak letak apa2 cabinet sebab in the future plan nak buat long and tall cabinet sebagai tambahan bila dah extend rumah ke belakang. Nanti hood tu akan di bawa ke wet kitchen sebenar after reno, and tambah more cabinet dekat tempat hood tu. Hob akan tinggal sebab kalau nak cabut nanti berlubang counter top tu. Hob ni boleh pakai lagi untuk cooking yg tak heavy. lagipun harga hob tak mahal sgt macam hood. :D 

ini angan2 je bila nak extend rumah tu pon tak tau lagi, entah2 10 tahun lagi kot...



Dan inilah design 3D kitchen cabinet saya...


Tak la 100% sama mcm inspirasi dalam gambar tp boleh la ikut bajet yg paling penting.

Jubin kat bahagian hood and hob tu just for hiasan je dalam design 3D ni. 

I tak pakai jubin mcm tu pon coz membazir je nak ganti jubin yg developer dah sediakan. 
and I tambah rak basuh pinggan dekat wall kabinet berhampiran dengan sinki. 

Counter tob dekat sinki rendah sikit coz nak bagi laluan kat kepala paip...

tak suka tp x leh buat apa2...unless nak hack piping line pulak...tak koserr...


11 comments:

  1. hob is what, fathiyah? nk kena blaja gak term2 ni.. rumah insyaAllah siap in 2017.. kena la slow2 blaja.. :)
    G-shape kitchen is with dry kitchen kat tgh mcm tu eh?

    ReplyDelete
  2. hob tu dapur (stove) yg dah embedded dlm kitchen cabinet. G shape ke apa2 shape tak semestinya combine dry n wet kitchen.
    semua depends dgn luas dapur kat rumah.

    ReplyDelete
  3. cantik dapur 3d u punya... akak suka lah..

    ReplyDelete
  4. thanks kak.
    dah siap pon ni. tp x sempat nak amik gambar betul2 lagi.
    kecik je .rasa klau cukup duit nak tambah lagi bg bnyk storage.

    ReplyDelete
  5. Salam sis..salam perkenalan.. Anyway sy pon beli rumah kt puncak iskandar..berjiran la kite ye..if you dont mind, brapa total cost kitchen cabinet ni? N mind sharing contact number utk org buat wiring n plaster ceiling? Sy tgh survey2..

    ReplyDelete
  6. Salam sis..salam perkenalan..sy pon beli rumah frisia di puncak iskandar. Berjiran la kita ye :)
    Anyway, sy tgh survey utk kitchen cabinet, wiring & plaster ceiling..do u mind sharing contact number kontraktor? N.brapa total.cost utk ur kitchen cabinet? Thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.
      hi jiran
      boleh email sy senang nak citer

      Delete
    2. Tq for d response.. Nak email address pls. :)

      Delete
  7. Sy dah send email.. Pls check k. Thanks :)

    ReplyDelete
  8. Boleh email sy x contact utk buat kc dan wiring...roshaidaarbain@gmail.com

    ReplyDelete
  9. Salam sis....boleh tak sy nk dapatkan contact no utk org yg buat wiring...sy pun duk kt area seri iskandar...boleh emelkan pd sy? munazarifah@gmail.com

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...