Tuesday, January 17, 2017

Segari Turtle Sanctuary, Perak

Ni kisah tahun lepas, 2016. 
Hujung tahun aritu. 
Masa ni family dari Terengganu datang. 
2 adik ipar, mak mertua dengan tiga orang anak sedara dari Johor. 
Anak2 sedara ni datang dgn nenek and mak sedara dorang je, sbb my sis in law dan suami dia gi umrah masa ni. 

Masa hari kedua diorang ke sini, kitaorg dah mati kutu nak bawa ke mana. Plan asalnya nak pergi Taiping bawa budak2 ke Zoo Taiping. 
Tapi since semua orang pun macam malas nak travel dan kena bangun awal kalau nak gi zoo, kitaorg tukar plan ke Turtle Sanctuary je. 

Jarak dari rumah ke tempat ni ada la dlm sejam jugak sbb ikut jalan persekutuan je. 





Location Turtle Sanctuary ni agak ke dalam dari jalan besar/main road. Memang betul2 tepi pantai segari. 

korang nak ke sini, cari signboard Baitul Hilal. Tempat cerap anak bulan. 



Kawasan ni tak la besar mana. Consider kecik je sebenarnya. 
Ada satu kolam besar yg menempatkan banyak turtle. Pastu beberapa kolam kecik yg ada anak2 turtle or tuntung. 




Time ni tgh proses pembersihan kolam turtle. Budak2 ni suka je tengok gelagat turtle tu..
Kebanyakkan turtle kat sini akan dilepaskan balik ke laut bila dorg dah sampai usia matang. 


Ni anak2 turtle


Ni special sket sbb kepala dia mcm itik/angsa. 
ada tanda warna merah. 

species apa pon x pasti.







kiddos



selain kolam turtle, ada juga tempat nak hatch the eggs. 
tp x open untuk public. boleh tgk dari luar pagar je. 


actually ni second time kitaorg ke sini. 2015 dah pernah bawa Ilyaas and Imani datang tp x update plak kat blog.:D 
masa tu ada turtle yg sakit, and pekerja kena asingkan yg sakit ni ke kolam kecik. biar dia berenang sendirian sebb takut penyakit dia merebak ke turtle lain pulak sementara nak tunggu doktor veterinar datang. 

time tu jugak ada turtle tua yg nak dilepaskan ke laut, pulang ke habitat asal. 

berpeluang la Ilyaas and Imani tgk masa tu..


Kali ni kitaorg datang bawa baby baru, Iyaadh Hafiy yg comel




1 comment:

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...