Tuesday, April 24, 2018

Mee Udang Galah Ori Tanjung Tualang


Assalamualaikum and selamat tengah hari you all. 
Dah lunch ke? 
I nak share satu tempat best utk makan ni di negeri Perak ni. 
Tak jauh sgt from our house in Seri Iskandar. 


Nama tempat nya Tangjung Tualang, Batu Gajah. 


Kat sini, famous nya ialah UDANG GALAH!

and of course kebiasaannya udang galah di masak dalam masakan mee. 

So ni nak share review I all pergi makan dekat Mee Udang Galah Ori Tanjung Tualang. 

Sebenarnya sejak menetap kat negeri perak ni, dah banyak kali kitaorg lalu kawasan ni, cuma x pernah nak berhenti. dah lama jugak tahu yg kawasan ni famous for its mee udang galah. cuma, if lalu kawasan town dia, kebanyakkan kedai yg ada ialah kedai chinese. 
ada rasa was-was la sedikit bila nak makan di kedai chinese tentang halal/haram nya kan. 

Since last Sunday I was a bit lazy to cook for lunch, I pon google la for mee udang galah yg halal di Tg. Tualang. 




So, review dalam google bawa kitaorg ke sini. 

Warung Mee Udang tepi Jalan Besar Tg. Tualang. 

Itu alamat and no telefon nya ye kalau nak datang ramai2, elok la booking dulu.








Mee Udang Galah RM15
Dpat 4 ekor udang with mee yg sgt banyak. 
kuah pun sedap sedap rasa. 

Berbaloi I rasa dgn harga and isi udang yg tebal, and fresh


Mee goreng Udang Galah RM15
Mee pon banyak , sampai x larat nak makan dah terkenyang dulu. 
Dapat 4 ekor udang galah jugak. 

Kat sini price range from RM15, RM20 and RM25 untuk menu udang galah. 
I rsa harga tu bergantung pada size hidangan and jumlah udang per hidangan. 

Antara menu udang galah yg ada
Mee Udang Galah (berkuah mcm gambar kat atas ni)
Mee Goreng Udang Galah
Mee Rebus Udang Galah
Nasi Goreng Udang Galah

Selain tu ada 

nasi goreng kampung
nasi goreng ayam
nasi goreng cina
mee goreng
keow teow goreng 
otak2

Warung bukak setiap hari kecuali Isnin (tutup). 

Mula operasi pukul 12 tgh hari sampai 9 malam. 


So apa lagi, kalau dah ada kat area Batu Gajah, drive sikit je lagi ke Tg Tualang and u can eat this delicious mee udang galah!!

Jom Cuba!




No comments:

Post a Comment

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...