Monday, June 13, 2016

Our 6th yr wedding anniversary

11 June 2010- 11 June 2016

Genap 6 tahun hidup bersama. 
Alhamdulillah, untuk tahun ke -6 ni, kami bakal menerima cahaya mata ketiga dalam tempoh lebih kurang sebulan dari tarikh anniversary ni. 
Tambah koleksi IH.
Syukur sangat2 atas semuanya. 

Tahun ni anniversary kami jatuh dalam bulan puasa. Jadi tak celebrate mana pun. Tahun lepas dekt Tips of Borneo, Kudat atas urusan kerja + jalan2. 
Tahun sebelumnya di Delft, Holland. 
Before that, kalau anniversary, pasti pergi bercuti.

Untuk tahun ni, hari 11 June tu penuh dengan aktiviti-aktiviti mengemas rumah. 
So, tak ada gambar pun untuk hari tersebut. gambar2 yg ada ni semua sebelum tarikh anniversary. 

A week before anniversary. 
Dekat Bukit Panorama, KT. 



Anak2 di bawah kaki. :d 


Masa 11 june tu, lepas bangun tidur, mulakan aktiviti kemas rumah. 
Memandangkan I dah sarat, kebanyakkan urusan kemas rumah mmg husband yg buat. 
I bersihkan laundry je. 
Husband kemas rak buku dan keluarkan+ angkat buku2 dari kotak dalam store ke ruang atas. 
Sebab nak jadikan mini library kat atas (ruang rehat). 

Walaupun rak yg ada cuma recycle je dari rumah sewa lama, boleh la muat2 buku2 kami suami isteri and buku2 anak2. 
It took about half day jugak utk selesaikan semuanya termasuk sapu rumah (pun husband buat). 

Petang lepas zuhur, keluar beli brang2 rumah. 
Balik dari membeli barang rumah, husband tolong basuhkan ayam. 
I kemas2 barang dapur. 
Petang tu I rehat jap sbb rasa baby dalam perut kurang gerak dah. 
Husband tolong iron baju2 kerja pulak. 

Banyaknya urusan rumah yg husband tolg settlekan ....Thank You so much. 
Those were more meaningful anniversary gift to me on the day that I felt very tired. 

Malam tu, husband belanja buffet Ramadhan. 
Since I mmg dah tak berapa larat and nak mengutamakan kepentingan berterawikh di bulan Ramadhan, kami pilih hotel yg palingggg dekat dengan rumah. 5 minutes away je. 
Walaupun bukan hotel hebat2, tp cukup la untuk meraikan ulang tahun ke-6 perkahwinan kami. 


Dekt D-Hotel Seri iskandar je...

Harga pun x mahal sgt. Anak2 free je because both of them are 5 yrs old and less. 
Bertolak ke hotel lepas berbuka dan solat di rumah. Berbuka dengan air and buah kurma dulu. 

Overall, kami puas hati dengan makanan dekat buffer Ramadhan D Hotel ni. 

Sedap and varieties la jugak berbaloi dengan harga nya tu. 


Mak buyung tunggu char keow teow. 

Untuk ulang tahun ke 6 ni, masing2 tak bg hadiah apa2. 
Husband la belanja I berbuka puasa. 

Tapi, kami sama2 sepakat membeli our second car. 
Myvi je. 
Tapi sangat bermakna sbb duit share-share. 
:D

Hidup bersama semua kena kongsi. 



2 comments:

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...