Thursday, July 14, 2011

saya dan breastfeeding

Salam semua,

Hari ini genap 3bulan, 2minggu dan 5hari saya melahirkan Ilyaas Hafiy serta menyusukan dia. Dialah putera kesayangan saya tak kira dimana sy berada, pasti dia yang saya ingati dan rindukan. Sungguh sgt rindu especially bila pergi kerja.

Di office, saya mengepam untuk bekalan susu Ilyaas. Setakat hari ini, hampir 2 bulan saya bekerja semula selepas 60 hari bercuti (dan berpantang), belum lagi saya miss mengepam. Bergantung pada kadar kerja yang ada untuk setiap hari, jadual pengepaman saya di pejabat adalah sekitar jam 11pg-12tgh hari untuk sessi pertama dan sekitar jam 4.30-5.20ptg untuk sessi kedua. setiap sessi memakan masa 15minit-20minit termasuk urusan membasuh alatan mengepam serta penyimpanan susu. Pernah juga saya terlalu banyak kerja, jadi saya hanya sempat mengepam sekali sahaja. Alhamdulillah, mula-mula tak ramai yang faham niat saya nak menyusukan anak tp sekarang semua dah tahu dah kalau sy menggendong cik Medela kesayangan keluar terkedek-kedek time orang lain sibuk nak pergi lunch, paham la mereka si ibu ini nak masuk pump station. dulu mereka pelik kalau nampak botol susu berisi 'ice cream vanilla' di dalam fridge. sekarang mereka pelik kalau botol susu itu tak ada dalam fridge. nnt mereka ingat sy cuti. Pernah awal-awal dahulu ada seorang teman di office tegur saya " Eh, kau busy sangat ke dekat rumah sampai tak ada masa nak pump di rumah,malam-malam kan free, pump je la kat rumah...ni kan nak kena sampai bawa pump ke office" Saya hanya senyum dan jawab secara ringkas, pump ni bukan kena malam je, dekat office waktu siang pun susu ada jadi pump la.boleh buat stock.

Tak kira la berapa banyak susu yang saya dapat setiap sessi mengepam [kebiasaanya rezeki Ilyaas sekitar 15-20oz setiap hari, bergantung la], sy tetap bersyukur. yang penting, kosongkan cik B supaya sentiasa ada demand untuk memastikan production yang berterusan. Setakat ini rezeki susu Ilyaas masih memuaskan, Alhamdulillah. tp kalau saya penat (yang teramat) atau rasa kurang sihat seperti selesema atau nak demam, pasti susu pun kurang. Saya tak makan apa-apa supplement untuk banyakkan susu.saya cuma makan Multivitamin yang mengandungi Acid Folic, Magnesium,Zinc, Calcium etc brand Kordel untuk memastikan susu saya cukup
vitamin2 sebab kadang-kadang saya makan tak menentu juga. Multivitamin ini juga untuk memberi zat-zat yang tubuh saya perlukan sebagai seorang working mother.
teman baik saya (nursing poncho selain daripada Cik PISA) hadiah daripada ibu mertua. Di dalam itu ialah Ilyaas Hafiy yang kuat minum susu.

Saya baru terbaca artikel ini dan artikel ini. Baru la saya paham kebaikan memberi bayi anda minum susu badan. Bukan saya nak mengatakan jangan bagi bayi anda formula milk, atau wajib bagi minum susu badan sahaja. Tidak, ini semua bergantung kepada ibu bapa serta rezeki milik si bayi itu. Seperti saya dahulu, hari-hari pertama Ilyaas Hafiy banyak dihabiskan di dalam nursery dan inkubator sebab saya terlalu lemah selepas operation dan tak mampu nak menyu
sukan Ilyaas pada waktu malam kerana saya perlu rehat yang cukup. Ilyaas juga mengalami jaundice dan harus tinggal di hospital. Maka, saya pulang ke rumah dulu. Ya, saya menge
pam untuk bekalan Ilyaas di hospital tapi bekalan saya tidak cukup.Anak di dalam inkubator dahaga perlukan susu. Jadi, saya benarkan nurse berikan susu formula pada Ilyaas saya. Alhamdulillah, Ilyaas tak lama di hospital, hari kedua dia dibernarkan pulang.
Ilyaas Hafiy sebaik sahaja selepas kelahiran.Sudah pandai lactation for his golden fluid.Alhamdulillah, walaupun sakit yang teramat di bekas potongan pisau itu, saya masih mampu mengiring untuk pastikan Ilyaas minum zat-zat yang penting dari colustrum pertama

Menjadi seorang isteri serta ibu dan masih bekerja makan gaji serta tidak mempunyai pembantu rumah, saya amat bersyukur dikurniakan seorang suami yang sgt ringan tangan membantu saya menguruskan rumah tangga. terima kasih Abang. Memang di akui dengan sepenuh hati [org putih kata whole heartedly], komitmen menyusukan anak dgn susu badan sepenuhnya sangat mencabar. Hingga sekarang, tidur malam saya tidak pernah nyenyak.Jika Ilyaas tak terjaga untuk menyusu, baju tidur saya pasti akan dibasahi susu, maka tidur pun tak selesa. Kena la bangun untuk mengepam (kalau pukul 3pagi pun, terpaksa la sambil pejam-pejam mata kalau mahu tidur yang selesa) dan tukar pyjamas baru sambung tidur. tapi, bak kata orang tua-tua alah bisa tegal biasa. lama-lama dah rasa serasi dan tidak ada masalah menjalani rutin harian mcm tu( bermakna tidak cukup tidur)

Dulu, sebelum melahirkan Ilyaas Hafiy saya banyak membaca di internet tentang pregnancy serta info-info lain. Tapi sekarang, masa untuk browse through internet untuk menambah ilmu-ilmu parenting dan breastfeeding makin berkurang. Tapi saya terjumpa website ini. saya rasa it does help me and give me more courage to go through breastfeeding. saya tidak tahu bila saya akan mula kan susu formula, mungkin bila usia Ilyaas 6 bulan (kalau sudah kehabisan susu) atau 9 bulan atau 12 bulan, atau 18bulan atau mungkin hingga 24bulan. Jika saya mampu menyusukan Ilyaas sampai berapa pun usia dia, saya bersyukur kerana semua ini telah ditetapkan Allah. Saya tak pernah letak limit usia untuk Ilyaas mulakan formula milk dan saya juga berikan air zam-zam untuk Ilyaas kalau dia batuk-batuk.Kesian tengok anak kecil menangis sampai kering bibir...

Okla, Ilyaas sudah terjaga mahukan Umi mendodoi.

Saturday, July 9, 2011

What to expect when ur baby is not well?


Ilyaas is having cough and flu. The symptoms start since Tuesday night when I first heard him having difficulties to breath during sleep. As I checked, he had running nose. But when morning comes, looks like the running nose had ended. Since I spent whole Wednesday with him, I realize that he doesn't want to be lay down on his mattress and sleep very less during the day. A bit meragam here and there too! He only has his beauty sleep after Asar sampai ke lepas Maghrib. Pity son, then flu datang balik during the night and continue sampai ke pagi.

I have to go to work on Thursday while husband stay at home with Ilyaas since babysitter was on emergency (had to rush back to her kampung to visit he dad in ICU). Ilyaas was cranky for the whole day and demand full attention from his Ayah. After dinner, we decided to take him to see Paed. We choose Dr.Wong Ming Chee. and her clinic was not too far from home.First impression of the clinic, is clean and look welcome-able. After about 15minutes waiting, its our turn to see the doctor. And yes, Ilyaas had running nose and cough.Doc gave me the medicine and also alat untuk sedut hingus. On Friday, we sent Ilyaas ke rumah Makcik Sarah. From Makcik Sarah, I got to know that Ilyaas had severe fever during the afternoon and still cranky and monyok the whole day. Not even senyum terkapai-kapai when he sees me picking him up from Makcik Sarah's place.

Last night really menguji my kesabaran sebagai seorang ibu. Ilyaas can't sleep well through out the night, same goes to me (of course la, mana sampai hati dengar anak tidur di katil sebelah sambil bunyi sok-sek sok-sek menahan hingus yang sudah kering serta terbatuk-batuk sampai nak termuntah). I can't stand seeing him like that. Memang every hour bangun and bf him, he drink only a little since he is not comfy with his running nose and cough. Already sedut the hingus, put vicks on his chest and nose and on his back. Still things not getting better. At 4.15am, terpaksa kejutkan hubby since i can't stand seeing Ilyaas like that. He batuk-batuk tanpa henti and like forcing himself to buang the kahak from his chest. Tiba-tiba he vomitted all the susu + with lendir2 kahak. Kesian anak Umi=( sedih sgt2. I was telling my husband to bring him to ER at Tawakal Hospital since I am really2 worried. Tapi lepas Ilyaas muntah keluar kahak tu, he feels better and sleep sampai 8.30 pagi.

In the morning, both husband and me decided to bring Ilyaas to see his Paed again. This time, no matter how, I will ask the doctor to sedut kahak Ilyaas. Selamat jalan semua smooth and steady je and no road blocks at all even today ada perhimpunan BERSIH 2.0 sekitar KL. In the doctor's room, Dr Wong cakap she cannot sedut kahak Ilyaas since the kahak are stuck in his chest. unless kahak sudah ada sekitar tekak, baru boleh sedut. She can only give gas from the nebulizer to pecah/cairkan kahak Ilyaas. Seperti gambar di atas. Alhamdulillah Ilyaas behave so well, tak mengamuk walaupun sekejap during the treatment. He was excited sebab ingat gas tu makanan yg sedap seperti ada flavour orange or strawberry kot?

Lepas sedut the gas, Ilyaas looks better and he wants milk since all his morning breakfast was out lepas vomit before we went to the clinic. So, I bf but when he batuk2 again in the car, bit of the milk came out together with the kahak yang sudah cair. So,the gas is working! but then, after vomit in the car, he still want more milk. kesian anak umi sangat dahaga sbb terlalu banyak batuk.And he sleep peacefully sampai 2.30pm. sempatla I attend the house chores seperti membasuh ayam , daging, kemas peti sejuk,serta menyusun stock2 EBM supaya EBM bulan May boleh berada di bahagian atas dan mudah di ambil nnt dan masukkan EBM bulan June ke bahagian bawah. Bagi Ilyaas makan his ubat and he vomit sedikit. But he manage to telan all those ubat...After menangis tidak henti-henti sebab marah kan Umi paksa makan ubat, Ilyaas sempat poo-poo ye. Sgt multitasking anak umi ni. After bersihkan badan semua, Ilyaas looks better.Siap tersengih-sengih bermain dgn patung lion, elephant dan hypo yg digantung pada cot. and sempat ketawa terkekek-kekek bila Umi and Ayah sembang2. Alhamdulillah ada improvement but batuk n hingus masih ada. Sekarang Ilyaas tgh tidur di sebelah ayah yg sedang menonton X-men. Kesian lepas ada baby ni, hubby tak pernah berkesempatan nak tgk movie di cinema. Tak apelah abang, pengorbanan seorang ayah.

Okla,saya mahu solat Asar dan masak untuk makan malam. Will cook nasi tomato serta ayam masak merah dan kurma daging for dinner.

untuk info bout baby's with cold, cough and flu pls visit this link.
untuk info pasal location clinic Dr Wong Ming Chee, pls visit the link provided. I recommend this clinic sebab environment yang bagus serta Paed yang peramah and helpful.


-:Mudah-mudahan Ilyaas cepat-cepat sembuh dan boleh meniarap serta develop antibodi untuk melawan batuk selesema ni:-

Friday, July 8, 2011

tHe SimPLe-eSt ConTeSt eVeR!!THE BALD BABY CONTEST

Si Botak concentrate untuk poo-poo

ILYAAS HAFIY BIN ABDUL HALIM

Asslamualaikum and Hi All,


First time nak participate contest among the bloggers...Hehe..Pertandingan Baby Botak

Cara-caranya:-

1) Post satu gambar anak / anak buah / anak kawan anda semasa 'botak'/selepas cukur rambut/atau memang takde rambut macam Amir DAN letak caption yang menarik / funny / attractive tidak lebih dari 10 perkataan. The simpler the better. State nama baby juga as identification.

2) Tinggalkan comment di entry ini (The Simple-est Contest Ever!! THE BALD BABY CONTEST) as a record of your paticipant.


Syarat-syaratnya:-
1) Gambar yang dipertandingkan haruslah gambar baby (0-12 months). Tidak Mengapa kalau bukan gambar current, gambar masa baby pun boleh :)
2) Satu penyertaan sahaja bagi setiap peserta.
3) Tarikh tutup : 6 AUG 2011 sebelum 4.00PM
4) The best picture and caption will be chosen as the Winner! Only ONE winner.
5) Keputusan Amir (pengadil) adalah muktamad tau.






Wednesday, July 6, 2011

Haven, Look Up Point, Ampang

Hi All. See that little fella in this picture. He is super excited last night during his Ayah and Umi so-called candle light dinner at Haven Restaurant.

We have planned this for quite sometime. It's supposed to be the place where we have our first anniversary dinner. But due to kesibukan tugas + menguruskan rumah tangga, we had to postponed to some other time. Sampai yesterday, Makcik Sarah pengasuh Ilyaas bagitahu yang she has to go for medical check-up today, so I have to take leave.Since it's my off day the next day, and there is not much thing in the freezer I can cook for dinner, I suggested to hubby that we go to Haven Restaurant Look Up Point, Ampang. He agreed! even though he still has to go to work on the next day.We depart from home around 8pm and arrived there at 8.45pm, (include the sesat-sesat around Ampang + traffic yang belum settle since afterwork). First impression was " Wah Ramainya orang.Ingatkan hari kerja tak ramai orang"...There are few restaurants there. At the bottom part of the LOP, ada restoran ikan bakar muara but we can't see the view from there. So we decided to climb the hill (by car) to the upper part of LOP. At upper part of LOP, got another four restaurants including Haven itself, Panorama, Gasoline Cafe and LOP Western Food. Panoramo must be nice since we can view KL from viewing tower. But since we have Ilyaas tagged along, we decided to stay with Haven.
See, that's my blessed happy family. That mini Halim-Me is the bestest anniversary gift

Alhamdulillah we get table nearby the viewing balcony. So, the view was spectacular.
Service at Haven is fast and the waiter/waitress are nice. The food and drinks are marvelous and delicious. Weather is on our side and no nyamuk at all even we are in the middle of Hutan Simpan ( if I'm not mistaken). I had fish and chips. (rasa mengidam nak makan fish and chip frio)
My fish and chips. RM19.90
Hubby's Grilled Chicken Chop RM17.90
Our drinks. Mine on the left, Banana Mango Shake,Hubby's on the right Manggo Juice. Each RM9.90
Appetizer: Mushroom Soup RM8


Hubby and Ilyaas
Ilyaas and umi. at viewing balcony.Ilyaas interested with other thing.
The view. Spot KLCC my workplace aka tempat paling boring.




Monday, July 4, 2011

Peek-A-Boo-Book by Vtech





Bought this for Ilyaas. Kirim from his uncle aka Pok Keng from UK. Very useful and helps Ilyaas stay focus on colourful things and develop his learning skills.
Brand: Vtech
Features:
  • Interactive Pink Nursery rhyme book
  • Comes with flashing lights and fun sound effects
  • Auto singing
  • 6 pages of bright and colourful nursery rhymes include Hey Diddle Diddle, Humpty Dumpty, Hickory Dickory Dock, Twinkle Twinkle Little Star,Rock A Baby and Old McDonald
  • Manipulative buttons
  • Durable plastic pages, wipe clean and non-rip

Recommended.sbb now Ilyaas dah suka tengok book.sampaikan kadang2 before tidur kena tunjuk buku ni dulu or bacakan story book baru dia nak tidur.Alhamdulillah...

Anak Susuan


Salam semua

Last weekend, my FiL datang bercuti2 serta bershopping2 di KL. Dorg je yg shopping kain2 baju raya since I already tempah mine using kain2 yg dapat masa hantaran kawin dulu + kain hadiah time kawin dari kaum kerabat..since mengandung sebulan after kawin, so tak sempat nak tempah..sekarang la baru sempat nak tempah, and of course dgn ukuran badan yg baru setelah perngembangan selepas bersalin.

Ok, back to the title, sekarang sy dah ada anak susuan ye! =) Nama baby itu ialah Muhammad Amzar Muhd.Syahril. bukan orang lain pun, he is my nephew from my husband side. Amzar is 10months now. And he was and still fully breastfeed since birth. Cuma sekarang the mother decide to start formula milk (atas sebab2 yang tertentu yang tidak dapat dielakkan) serta suggestion pihak nursery yang menjaga Amzar. but, Amzar still refuses to drink formula milk sehingga menyebabkan badan Amzar makin kurus. Kesian jugak tengok. susah rupanya nak bercerai susu badan ni.tak tahu la mcm mana nnt bila dah sampai masa untuk Ilyaas bercerai susu badan saya...(thinking mode)
Masa hari sabtu lepas, since golongan ibu2 serta wanita2 bujang dari HD bershopping di Jakel dan saya tidak mahu ikut sebab saya dah tempah baju raya serta nak spend masa bersama anak teruna tercinta Ilyaas Hafiy, maka saya pun duduk la di rumah KU bersama-sama kaum bapa. dalam tgh hari mcm tu, Amzar mengamuk kelaparan n daddy dia bancuh susu formula untuk dia.tp sungguh2 dia refuse tak nak susu tu..at the same time sister Amzar pulak nangis mengantuk...so, since Ilyaas dah kekenyangan dan dah tidur lena, I took Amzar and cuba nak bagi dia minum susu formula tu.sungguh2 lagi dia menolak botol susu itu.dan terus2 menangis sampai la dah restless then i offer the milk again, still tak nak.when i offer Miss B terus dia minum sambil mata pejam...finally Amzar dapt tidur nyenyak after dah kenyang. tp tu belum lagi jadi anak susuan sebab baru sekali kenyang.kan syarat2 menjadi anak susuan adalah

"anak tersebut menyusu sekurang-kurang lima kali kenyang dan umurnya tidak melebihi dua tahun. Susu ibu boleh diberikan kepada anak secara terus atau dipam dan disimpan, kemudian berikan kepada anak tersebut"

So, before Amzar balik semula ke JB, my sis -in-law and me pun decided untuk menjadikan Amzar anak susuan saya..Maka, lebih kurang 72-84oz EBM milik Ilyaas Hafiy telah dihadiahkan kepada Muhammad Amzar. Mudah-mudahan dengan ada bekalan susu ibu tu, Amzar dapt slow-slow bertukar kepada susu formula dan bercerai susu badan tanpa mengejut.dan dengan itu, jadilah Amzar anak susuan saya + suami (selain anak sedara) serta adik-beradik susuan Ilyaas Hafiy. Dan dgn itu juga, tidak batal lah air sembahyang saya apabila bersentuh kulit dgn Amzar + tak perlu menutup aurat seperti rambut apabila berada sebumbung dgn Amzar (once Amzar dah akil baligh nnt la).

Lagi satu tujuan bagi EBM ke Amzar sbb freezer peti ais dekat rumah sudah terlalu penuh dah sarat dgn EBM Ilyaas.sampai kan tak ada langsung ruang untuk buat ais ketul atau pun isi ayam separuh ekor pun tak muat. Nak beli deep freezer, tp belum ada kemampuan di situ. masih mensurvey2 harga. Kalau ada sesiapa tahu/mahu jual 2nd hand deep freezer, pls let me know yer. Amat berminat sekiranya condition freezer masih elok.

ok, nak tayang muka anak teruna saya yang dah 6.6kg serta anak susuan saya (bersama sepupu mereka, Cik Zulfa)
cuba teka mana satu anak teruna saya?

--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--


jawapannya ialah, si comel berbaju kuning itu yer....dan anak susuan saya ialah budak kecik yg dok gigit botol air biru tu.....