Wednesday, October 28, 2015

Review: PNB Darby Park Hotel & Suites

Assalamualaikum wbt...

Last two weeks I dgn husband ada attend conference dekat KL Convention Center , APGCE 2015. 
During the conference, kitaorg stay dekat PNB Darby Park Hotel and Suites. 

Actually nak amik Hotel Impiana sebab ada covered walkway from the hotel to KL Convec and to Twin Tower. Senang sebab kami bawa anak-anak jugak. Risau hujan bagai bila berjalan dengan anak2. But after fikir2 balik, we choose PNB Darby Park Hotel and Suites sebab bilik dia lebih luas and ada microwave, peti ais and dapur as well. Dengan harga yg lebih murah daripada Impiana Hotel. Plus dekat Impiana takde kids pool so the kids tak dapat nak enjoy main kat pool. 


Monday, October 26, 2015

Home'work' Progress Week 2-3 October 15


Assalamualaikum wbt. Hari ni Ahad 25 October 2015. 
Gigih update blog pagi2 Ahad ni. 

Time-time camni, otak dipenuhi dengan urusan2 nak pindah masuk rumah je. Jadi, sebelum gambar2 ni di delete oleh Imani, baik simpan kat blog. Malas nak letak kat fb segala macam gambar ni, blog ni rasanya lebih sesuai kot, captions nak panjang berjela pon takpe. 

Sekadar nak simpan buat kenangan kami sendiri. Dalam bulan October ni, dah beberapa perkara pasal rumah dapat disiapkan and dah ada progress. Nak cepat2 siap semua, nak pindah masuk cepat.
Tak larat nak bayar bulan2 sewa + loan. huhuhuh.

Week 2 October 2015 - kami outstation ke KL and Penang. Tapi keep on update with contractor. Dorang baiki semua kerosakan berdasarkan borang aduan kami. Alhamdulillah. Atap bocor dah dibaiki. And dah QC  waktu hujan lebat, tak de dah air mengalir turun dari siling. 

Week 3 October 2015- 

Hari Isnin, 19 October, Mr Wong datang habiskan pasang awnig dan grill. Full entry here
Hari Selasa, 20th October, jumpa Kitty from JM Interior Design untuk mintak quotation harga for kitchen cabinet. At the same time, jumpa Ah Hon for plaster ceiling. 
Hari Rabu, 21st October, Faizal datang mulakan wiring. Hari Khamis, wiring stop sebab Faizal ada emergency. Jumaat wiring sambung balik. 


Gambar ceiling living room yg dalam proses wiring

Wednesday, October 21, 2015

Pemasangan Grill & Awning

Alhamdulillah. Grill and Awning dah siap pasang. Setelah berhempas pulas tanya quotation harga sana sini. Boleh baca entry lebih awal tentang 6 quotations harga yang berbeza untuk grill/& awning

Kerja pasang grill & awning kat rumah kami dilakukan dalam 2 stages, disebabkan sliding door yg belum dibaiki pada awalnya (oleh contractor) dan penambahan awning dekat garage and front side. 

(contact no Mr Wong at the end of the entry)

Pemasangan pertama pada 9 October. 2 minggu dari tarikh kami bayar deposit. To be honest, memang x sempat pun kami melawat kedai dia untuk tinjau grill dalam proses pembuatan (sebab ke occupied dengan Raya Haji dan travel to Jakarta). Mesej Mr Wong untuk datang tengok, dia reply, dia nak datang pasang dah...Kagum jugak, sebab pantas dia buat kerja. 

Wednesday, October 7, 2015

Baby Carrier Rental- from Little Damia SSC Rental Services

Assalamualaikum, 

Within this tight schedule...I nak cuba share one good service. 

Baby Carrier Rental Service. 

Since Imani is now a toddler, she no longer fits in our own baby carrier. And of course, I tak plan untuk beli a toddler size carrier yet sebab Imani dah berlari sana sini and I pun rarely use it unless travelling overseas. 

Friday, October 2, 2015

How to change Boot Loader in Linux

Follow the following steps if you have this problem. *tempek sini supaya nnt tak susah cari*

Change Boot Loader in Linux:

1. Go to root/grub/grub.cfg
2. Login to root by type su -i
3. Edit the grub.cfg file.
*Be careful to change the sequence only / remove unwanted loader. Do not change other lines*.
4. Restart the system.

Jakarta Trip 2015

Assalamualaikum, genap seminggu kitaorg empat beranak pergi ke Jakarta. First oversea trip untuk tahun ni. Itupun atas urusan kerja sebenarnya, tapi sambil menyelam minum air, topup duit sikit, bawa anak-anak sekali. Since pergi atas urusan kerja, so tak banyak la gambar dan memang tak pergi melawat ke mana-mana tempat pun. 90% masa dihabiskan dalam hotel sahaja.hahahah. 
Jadinya, satu entry je dah cukup and entry ni bukanlah entry yg sesuai utk korang jadikan reference kalau nak berjalan2 di Jakarta. Just an entry untuk kenangan sendiri jer ni. 

FLIGHT

Kali ni kami naik Air Asia. sebab this is the only flight yang available from Penang Airport to Jakarta. Flight kami hari Jumaat, 25 Sep 2015. Pukul 8.35pm. Since 24 Sep tu Hari Raya Aidiladha, kami jadikan 25 Sep tu travelling day :D walaupun flight malam. 
Apa yang Allah dah tetapkan tu memang dah cun. Sebabnya, ada kejadian tak diingini berlaku siang tu. Which was, my student (yang I baru je ajar dan luluskan dia dgn subjek yg I ajar) passed away. Kebetulan dia orang Kulim, and my parents house dekat BM, jadi I dgn suami berkesempatan pay last respect to him. After solat Jumaat, terus I dgn husband gi cari rumah parents student ni dan parents dia pun bawa I tengok jenazah dia. Kesian.  Apepun, dah jadi lecturer/tenaga pengajar ni, ada rasa sayang pada setiap anak murid yg kita ajar, tak kira bangsa atau agama apa pun. Semuanya kita anggap macam adik2 sendiri.. 



Wednesday, September 23, 2015

Quotation untuk Grill & Awning Rumah Teres 2 tingkat

Assalamualaikum semua, 

Quotations below are for rumah teres 2 tingkat with

3 sliding doors
1 long balcony
1 short balcony
Open Backyard

"UPDATE PEMASANGAN GRILL DAN AWNING"

Grill ni benda pertama yg kitaorg bayar deposit. Rasanya semua orang yg beli rumah, tak kisah rumah atas tanah or rumah jenis kondo/apartment, akan buat yang sama which is pasang grill. 
Untuk pasang grill ni, kami pada mulanya aim bajet dalam RM5.5k.  Sekali bila tanya kakak2 and abang ipar, kos grill rumah dorang pon ranges dari Rm3.5k ke Rm11k, semua depends dengan jumlah pintu/sliding door and tingkap yang ada. 

Untuk tempah grill dan cari quotation harga, apa yg kita perlu tau ialah berapa jumlah kaki persegi (in total) untuk grill yang akan dipasang di keliling rumah. Pengalaman kami, panggil seorang tukang besi untuk ukur dan alert dengan semua ukuran2 yg dia ambil. Kita simpan satu record berapa ukuran untuk setiap pintu/sliding doors/tingkap bilik/tingkap toilet etc (boleh je kalau nak ukur sendiri- guna ukuran kaki -ft). Guna ukuran yang sama, untuk tanya kedai2 besi lain berapa harga sekaki persegi dan kita estimate total bayaran nya. 

Selain harga ikut kaki persegi, harga jugak depends dengan jenis besi yang nak digunakan dan ketebalan. Sama ada wrought iron atau metal steel. (I think this part deserve an entry secara berasingan sebab ramai yg blur terutamanya orang perempuan mcm I mmg xfaham memula, kena husband terangkan baru reti)

Then, kena ikut design/pattern pada grill yang kita nak. 

Finally, jenis cat yang digunakan. 

Ni I listkan hasil survey I dgn husband tentang grill rumah kami
(untuk rujukan sendiri di masa depan and sharing apa yg patut pada pembaca)