Wednesday, August 24, 2011

Choc Chip Cookies for Raya

Semalam Ilyaas demam, jadi saya EL. by tgh hari, suhu Ilyaas dah makin stabil.lepas susukan Ilyaas sy amik peluang utk buat biskut raya.Kali ni, saya try buat choc chip cookies sbb sebelum puasa dulu, hubster pernah tanya saya reti tak buat choc chip cookies. mmg tak pernah buat sebelum ni, but try google resepi n cari yang paling simple utk dicuba.

resepi ni saya dapat from my.resepi.com
Bahan-bahan:-
• 180gm mentega/marjerin
• 90gm gula castor
• 100gm gula perang
• 1 sudu teh esen vanila
• 2 biji telur
• 200gm tepung naik sendiri
• 160gm tepung gandum (saya guna separuh sudu teh je)
• 1 sudu teh soda bicarbonate
• 1/4 sudu teh garam
• 100gm coklat chips (saya guna 200gm choc chip)
• 120gm badam cincang (saya tak guna badam atau kekacang sebab saya kurang suka)
Cara-caranya:

1. Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang,goreng tanpa minyak sekejap, tp jgn sampai hangus.
2. Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
4. Bakar di dalam oven pada suhu 160 darjah celcius selama 15-20minit.

Tips and tricks:
* Saya guna mixer utk campurkan semua adunan tetapi setelah memasukkan choc chip, saya kacau adunan menggunakan senduk utk mengelakkan choc chip hancur.
*jika suka manis, boleh tambah gula perang.resepi ini kurang manis.
*Adunan ini menghasilkan lebih kurang 100 keping biskut
*Jika suka biskut yang rangup mcm famous amos, biarkan biskut di dalm oven lebih kurang 15-20minit.tp jika suka biskut yang lembut mcm cookies subway, bakar dlm 10-15minit je.
*campurkan serbuk coco jika inginkan warna coklat pd biskut.
*buat dot-dot kecik je tau, sbb dlm oven confirm biskut ni kembang.

Inilah hasilnya. rasa sedap juga la, tak muak sagt n tidak terlalu manis.
Before
After

4 comments:

  1. rajinnya buat biskut, anah xde bakat la (padahal kurang sabar).hehehe

    Ilyaas dah sihat ke? Adam pulak tiba2 je demam harini

    ReplyDelete
  2. laaa yeke? musim kot skrg ni.dahla nk raya ni.ilyaas baik dah ni tgh riba dia ni sambil struggle nk potong kuku dia.

    athi mmg minat masak n baking tu try gak buat tahun ni..walaupun rs xsesedap mana hihi..raya ganu eh? athi blk ganu on 3rd raya

    ReplyDelete
  3. dulu selalu buat biskut ni...sebijik rasa macam famous amos.. siap che su and sedara mara suka tempah 2,3 balang..malangnya resipi tu hilang..and mak penah buat lagi ikut resipi lain tapi tak se best resipi tu... kalau tak silap resipi tu tambah nescafe skali..memang sedap.

    ReplyDelete
  4. oh ye ke..tu ada gak tgk resepi fames amos tu.mcm byk benda je nk kena pakai.maleh den

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...