Tuesday, August 23, 2011

Bila Anak Demam Selesema.....=(

Aduhai, tak best sungguh la rasanya kalau anak demam. ni dah masuk kali ke-2 Ilyaas demam.Last time dia demam, batuk and selesema lagi.Boleh baca dekat entri ini.

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

ok, baru boleh sambung balik.have to stop sebab Ilyaas was seeking for my attention. Kesian anak Umi demam. org tua kata nak alih bulan,ye la kot, sebab hari khamis ni Ilyaas genap 5 bulan. (kejap nye ms berjalan, umi sgt rindukan Ilyaas yg baru lahir).

Bila anak demam,tidur malam pun bagai tersengguk-sengguk. Every hour akan terjaga nak tengok keadaan anak. Anak pula tak kan tidur nyenyak sebab ketidak selesaan yang dia alami. Kesian Ilyaas. Dah la tinggal seminggu je lagi nak berhari raya.


Kat sini, saya nak share few tips and tricks untuk handle anak demam.Mungkin boleh membantu kawan-kawan semua jika berada dalam situasi yg sama dgn saya sekarang ni.


1)Wajib ada TERMOMETER
saya guna ThermoScan by Braun (image from Google)
Termometer sgt2 penting untuk monitor suhu badan bayi kita. Suhu badan normal ialah 36.9. Kalau suhu badan bayi meningkat tapi belum sampai ke suhu 37.5, bayi belum demam. Pre-caution harus di ambil pada waktu2 begini untuk elakkan demam. Jika suhu badan bayi melebihi 37.5, bayi telah demam.

2)Demah/Jerlum Bayi anda dgn kain yang basah
Teknik ini ialah teknik turun temurun dari orang tua-tua. Bagi saya ianya berkesan untuk mengurangkan suhu badan bayi dalam jangka masa yang cepat tetapi tidak lah menjamin demam itu akan kebah sepenuhnya. Saya lakukan aktiviti mendemah atau menjerlum (dialek utara) Ilyaas tanpa kira jam. Kalau pukul 2 -3 pagi badan Ilyaas terasa panas, saya akan gigihkan mata ni berjaga untuk jerlum kepala Ilyaas.selain kepala, boleh juga jerlum tapak kaki, bawah lutut, bahagian siku serta leher bayi anda.Cuma basahkan kain bersih dgn air paip dan perah sebelum letak pada badan bayi.

3)Jadikan Vicks peneman anda
Saya mmg suka pada vicks. Jadi saya beli baby vicks balsom untk Ilyaas.Vicks khas utk bayi. Kalau Ilyaas demam atau ada tanda-tanda hendak demam, saya akan sapukan pada dada, belakang badan serta tapak kaki Ilyaas.biar dia rasa warm dan lebih selesa.


4)Biarkan bayi tidur pada posisi mengiring
Kebiasaanya Ilyaas akan tidur meniarap. Tapi kalau dia demam selesema, hidung berair, pasti dia tak selesa tidur meniarap mahupun tidur terlentang. Jadi saya cuba baringkan Ilyaas mengiring. Alhamdulillah, Ilyaas dpt tidur nyenyak dlm posisi mengiring. serta tinggikan sedikit kepala bayi anda supaya lebih mudah dia bernafas dgn lancar. Selain tidur mengiring, menyusukan bayi anda secara mengiring juga dpt membantu bayi utk minum susu dgn lebih mudah.Maklumlah, hidung tersumbat susah nak bernafas.
Ilyaas tidur mengiring semasa demam selesema yang lepas.

5) Pastikan KoolFever for Baby ada di rumah

Sejak pertama kali Ilyaas kena fever, saya membiasakan diri saya untk sediakan Kool Fever for Baby di rumah, in case suhu badan Ilyaas naik tiba-tiba. Penggunaan Kool Fever ini sedikit sebanyak membantu mengurangkan panas badan bayi untuk beberapa jam. Saya anggap Kool Fever ini sebagai instant tool kit untuk keadaan kecemasan.


6)Dapatkan ubat demam dari klinik.Jumpa Doktor.
Sekarang saya mmg ada spare ubat demam untuk Ilyaas dalam peti ais di rumah. Kalau benar Ilyaas demam dan segala usaha di atas telah di lakukan tetapi suhu masih belum turun, saya akan berikan ubat demam pada Ilyaas. Tapi sebelum beri ubat demam tu, make sure ubat demam belum expired dan make sure ubat tersebut diberikan oleh doktor. Sekarang saya gunakan ubat demam yg diberi oleh klinik kesihatan sewaktu injection Ilyaas. Dan saya berikan mengikut dos yang diarahkan. 2.5ml is enough for a baby. kalau >3ml saya rasa dah berlebihan dos.But it depends on your doctor prescription.

7)Beri minum air zam-zam
Yup.saya bagi Ilyaas minum air zam-zam walaupun klinik cakap tak perlu sbb Ilyaas on full bf.tp bayangkan kita yang tua ni kalau batuk demam pun rasa dahaga, apatah lagi bayi yg cranky sbb demam. Kering bibir baby. So menyakini khasiat air zam-zam, saya bagi Ilyaas minum air zam-zam untuk hilangkan dahaganya. Lagi satu, bila baby demam, dia akan moody dan kurang menyusu, maka fluid dalam badan baby akan berkurang. Dia kurang minum susu sbb tak ada selera dan tidak selesa utk bernafas.Plus baby yang demam akan kerap sgt buang air besar.Ini ialah salah satu cara utk baby buang haba panas dalam badan.

8) Let him sucks his fingers
Ye,ini tidak patut sebenarnya.tp ini dpt memberi keselesaan pada bayi anda yg tgh cranky. Jadi biarkan la sekejap dia rasa tenang dan selesa dgn menghisap jari. Tp jangan biarkan lama-lama, takut jadi habit pula nnt. Mungkin dgn cara menghisap jari, bayi akan terlena dan dpt berehat sebentar selepas penat menahan demam selesemanya.

Hopefully dgn tips yg simple-simple ini dpt membantu first time mum macam saya. If any of you ada tips2 lain , boleh lah kongsi kan juga yer =)


Bila anak demam, parents haruslah:-

*Bersabar
*Tabah tgk anak kurang sihat.Jangan nangis sekali
*Sediakan fizikal yang kuat utk berjaga malam dan melayan kerenah anak yg kurang sihat
*Anak tidur, parents pun kena tidur juga.Untuk dapatkan rehat yang cukup.
*Saling memahami antara satu sama lain.
*Dapatkan nasihat orang yang lebih arif seperti ibu bapa kita/kawan2 yg bergelar doktor/nurse.
*Banyakkan berdoa supaya anak cpt sembuh.Doa ibu ialah doa paling mustajab.

No comments:

Post a Comment

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...