Wednesday, September 28, 2011

Express update type laju-laju

Having back ache for the whole day today. Nak susukan Ilyaas sambil mengiring pun sakit. Salah tidur agaknya semalam =(

Hari ni, balik kerja cepat2 kami suami isteri buat kerja rumah dan selesaikan mana yang patut seperti basuh semua botol susu serta menyapu rumah (sambil Ilyaas di dalam buckle tai). Kemudian bagi Ilyaas main dgn mainan yang baru di beli tadi. dan kami suami isteri mandi cepat2.solat maghrib dan basuh baju. kemudian terus keluar ke Jusco Setiawangsa. Singgah di KFC utk makan malam. Bagi Ilyaas rasa mash potato KFC (tanpa kuah yang masin itu).Ilyaas kegembiraan di KFC.

Kemudian, kami bershopping barang2 dapur dalam tempoh masa 35 minit sahaja (termasuk beratur dan membayar di kaunter). Pulang ke rumah. dalam perjalanan terlihat seorang ibu muda sedang berjalan kaki sambil mengendong anak kecil serta menggalas beg baju si anak. Agaknya baru pulang dari kerja dan baru ambil anak dari babysitter. Itulah lumrah hidup kata suami. Kesian sungguh pada ibu muda itu. Terus saya jadi bersyukur pada kehidupan yang saya miliki. Walaupun sering rasa masa tak cukup bersama anak, tp sy lebih beruntung dari wanita itu. Saya pulang kerja jam 5.30ptg, jam 6.15ptg biasanya Ilyaas sudah berada dalam pelukan saya. tidaklah seperti ibu muda itu, jam 9.30 baru berjalan kaki mahu pulang ke rumah setelah ambil anak dari babysitter. Pasti dia ibu yang sangat cekal mencari rezeki.

__
__
__
__
__
Berhenti sekejap jemur baju di ampaian (ampaian kah itu kalau jemur dekat balcony condo?).Ilyaas baru tidur dgn nyenyak.jadi sampai sini dulu,sakit belakang makin menjadi, tanda badan harus rehat. Selamat malam semua. Have a sweet dream all.

1 comment:

  1. next br stat kerja balik.. mcmanela agaknye rase brpisah dengan anak.. hmmm..rase xmau je kerja.. =)

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...