Selamat Hari Malaysia ke 48 |
Sejarah Penubuhan Malaysia secara ringkas
Langkah
pertama penubuhan Malaysia bermula pada tahun 1961 merangkumi
Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei yang
dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman.
Cadangan
ini secara amnya diterima oleh penduduk Tanah Melayu dan Singapura,
tetapi telah menimbulkan rasa curiga di kalangan penduduk Sabah dan
Sarawak.
Filipina
juga membantah dengan mendakwa Sabah adalah haknya. Cadangan tersebut
juga menerima tentangan dari Indonesia yang melihatnya sebagai satu
langkah untuk menjajah Borneo oleh Sukarno dan Parti Komunis Indonesia.
Bagaimanapun cadangan tersebut mempercepatkan penggubalan perlembagaan di Sarawak, Sabah, Sarawak dan Brunei. Kebanyakan negeri di Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan Malaysia.
Walau bagaimanapun, tentangan yang berterusan daripada Filipina dan Indonesia telah menyebabkan PBB menghantar misi ke Borneo pada 1963. PBB melaporkan bahawa pandangan awam rata-ratanya meyokong penubuhan Malaysia.
Justeru, pada 16 September 1963, Malaysia secara rasminya dibentuk terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Brunei pula menolak usul untuk menyertai Malaysia. Pada 1965, Singapura juga menarik diri.
No comments:
Post a Comment
Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...