Sunday, December 25, 2011

Dorani Bayu Resort, Sg.Besar Sabak Bernam

Assalamualaikum semua, seperti yang saya dah bagitau dalam beberapa entry sebelum ni, saya pilih sabak bernam sebagai lokasi percutian pendek sewaktu x-mas holiday. Salah satu sebab saya memilih Sabak Bernam ialah kerana cuti x-mas last year, kitaorg (husband and me je la, ilyaas dlm perut) dah bercuti ke cherating di pantai timur, so kali ni nak ke pantai barat pulak. Plus, yang lebih menggalakkan sy memilih Sabak Bernam ialah kerana adik saya tgh practical kat simedarby sabak bernam, kebetulan la kan...=)

So setelah decide tarikh and location percutian, saya mula menggoogle tempat penginapan yang ada di Sabak Bernam. Malangnya, tak banyak yang Mr.Google list-kan. Kebanyakkan nya berkonsepkan homestay. Saya refer di Website Rasmi Majlis Daerah Sabak Bernam untuk rujukan yang lebih confident. Hasil carian di website ni, sy pilih Dorani Bayu Resort @ D'Muara Marine Park. 

Untuk booking, boleh call Dorani Bayu Resort di nombor 03 - 32246800.
Alamatnya pula ialah:-
Dorani Bayu Resort & Services Sdn. Bhd.

D'muara Marine Park

Sungai haji Dorani

45300 Sungai Besar
Selangor Darul Ehsan


Ni website resort ni...


Ni kawasan reception

Gambar pertama ialah pemandangan di chalet terapung , gambar kedua ialah single storey apartment yg saya sewa.
 Di Dorani Bayu Resort, terdapat 13 unit chalet terapung dan  9 single storey apartment.Untuk percutian pendek kali ni, saya book single storey apartment ( 2 bilik, 1 toilet + shower) dgn harga RM180 (weekend rate; kalau weekdays, harga RM120 je). Since dah book 2 bilik apartment, saya invite parents datang sekali alang2 dorang pun tgh cuti xmas jugak + adik2 tgh cuti sekolah. Tak silap sy, rate untuk chalet berbeza-beza mengikut view menghadap laut atau menghadap taman. rasanya peak season RM150 kot. Untuk keterangan lanjut, sila lah call resort ni. 

Ni merupakan living room dan kawasan dapur. ada one tv, one sofa, one side table, meja kecil, small pantry , peti ais and sinki.
Ni pula interior dalam bilik. Bilik luas, boleh bentangkan tilam/lemek kat atas karpet untuk tidur jika family besar. Tp karpet tu tak berapa bersih sgt la. Well, ada few things nak comment pasal bilik kat sini, but I'll say it at the end of this entry. 

Petang lepas check-in tu, kitaorg makan bekal ayam berkelah @ ayam masak merah yang mak masak dari rumah. mmg terbaring kekenyangan lepas makan tu..semua tidur dalam bilik masing-masing. Tp bilik saya n husband tak dpt nak on air -cond, so lepas inform maintenance dorg datang betulkan...Service bab maintaining ni kira ok la..tak la cepat sgt dorg datang betulkan, tp tak la lama berjanggut tunggu since time pegi ni pon public holiday, so expected more of their workers are on holiday too.

Dah lepas rilex2 dalam bilik di mana Ilyaas sangat iyak-iyak pusing sana sini tak nak tidur walaupun sekejap, kitaorg bawa Ilyaas jalan2 sekitar kawasan resort. Jom layan gambar di sekitar Dorani Bayu Resort.
Ilyaas dan ayah nya di jeti sebelah apartment
pandangan dari jeti.nampak bangunan terapung tu ialah restoran resort ni. ingt nak try makan kat sini, tp kitaorg try makan kat pekan sg.besar malam tu.

Ilyaas yang sgt gembira

ni ikan apa ntah sedang berehat kat tepi pantai 


my little brother dekat jeti.waktu ni pagi,air surut.


By the way,  pihak management Dorani Bayu Resort perlu improvekan beberapa perkara in order for them to maintain this resort. Bagi saya, few things yang buat sy turn-off untuk recommend resort ni pada org lain. Tp location and pemandangan kat sini mmg superb. So, if they can improve on things below:-

1) Signboard ke Dorani Bayu Resort @ D'Muara Marine Park patut di tambah. Untuk pengetahuan semua, sepanjang perjalanan dr Kuala Selangor ke Sabak Bernam, saya tak nampak signboard ke resort ni.Mungkin jugak sebab hujan lebat, jadi susah untuk sy nampk signboard tu. 
Dari arah Sabak Bernam ke Kuala Selangor pulak, hanya ada satu signboard yang kecil menunjukkan arah ke resort ni. Itupun bila dah betul2 hampir dgn simpang nak masuk ke resort. 

2) Kebersihan cadar/selimut/tuala. Walaupun gambar yang saya tempek kat atas tu nampak bilik tu ok, but in details the room is not clean. Cadar nampak seperti tidak berbasuh. Warna dah la mmg tak putih, kelabu asap gitu. Saya sgt tidak senang nak berbaring actually tambah lagi bila ada baby kecik yang kulit sensitif. Tp saya dah confirmkan dgn pihak management resort. Dorang mmg basuh dan hantar semua cadar tuala etc ke dobi. cuma, dorg gunakan cadar/towel/selimut yang sama berulang kali (rasanya). tak tukar yang baru..maybe masalah penjimatan kos mungkin. 

3) Kebersihan karpet di dalam bilik. Karpet sgt berhabuk seperti tidak di vacuum beberapa bulan. Bila kitaorg tarik katil untuk dekatkan ke dinding supaya Ilyaas boleh tidur di bahagian dinding, ada sampah dan habuk di bawah katil. Nampak sgt housekeeping tak vacuum kan. Ini sgt mengecewakan. 

4) Jalan yang berturap elok di kawasan common area sekitar resort. First time kitaorg cross over depan restoran, bahagian bawah dan belakang kereta seperti terhantuk dgn keadaan jalan di kawasan depan restoran tu. Bila tengok balik, kawasan tu sgt tinggi! Kelihatan seperti tanah di situ mendap, so jalan agak ke bawah dan building/kawasan porch kereta jadi sedikit ke atas. n tar yang ditambah pulak tak sama level...jadinya, banyak lah kereta yang mengalami kecederaan bila lalu di kawasan ni.. Dan mmg sy perhatikan, kawasan di sekitar resort ni tanahnya mendap. Harus segera tambah pasir untuk elakkan tanah mendap dan hakisan. 

Overall, apart from above unsatisfactory, saya berpuas hati dan seronok dgn pemandangan di sekitar resort. Jadi sangat lah sayang jika resort ni tak di maintain dgn baik. Lepas check out kitaorg bergerak ke Teluk Intan yang hanya 50km dr Sabak Bernam. Nanti berkesempatan saya cerita pulak lawatan ringkas kami ke Menara Condong Teluk Intan...Bye-Bye


team cherish every cherry bergambar di jeti resort

ps: Berjam-jam ambil masa nak habiskan entry ni,. Si kecik Ilyaas sibuk nak menaip sekali..pantang nampak umi depan laptop...

No comments:

Post a Comment

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...