Saturday, December 17, 2011

Teluk Kumbar and it's famous Mee Udang Salwa

Semalam kami bertiga, Ilyaas, Ayah and Umi ke Teluk Kumbar untuk makan Mee Udang Salwa dengan family HD yang kebetulan ada di Penang sebab ada kenduri di Sg.Petani. Ni lah first time umi menjejakkan kaki ke Mee Udang Salwa yang digemari oleh seluruh keluarga HD aka my in-laws. Walaupun saya berasal Penang, and kampung dekat Bayan Lepas je, tp saya tak pernah makan kt Mee Udang Salwa ni. Pernah makan di mee udang lain di teluk kumbar...

Sebelum pergi lagi, husband dah bagi tahu kedai mee udang salwa ni ni kedai yang kecik and nampak biasa je. Actually first impression macam kedai warung la, xde lampu lampu mcm kedai lain di Teluk Kumbar ni. Beratapkan zink yg ada bahagian zink tu dah senget-senget sikit.Tp seperti yang dijanjikan, Mee Udang Salwa ni menjanjikan sesuatu yang berbeza dari mee udang lain yang pernah saya makan. 
Kuah dia mcm ala-ala kuah mee goreng basah, tp bukan la kaler hitam kicap.kaler mcm sos tomato yang light and rasa pon lemak-lemak tomato mcm tu. Sekali rasa boleh ingt macam kuah pasta. Tp bila pekena dua tiga sudu, mmg sedap la. Udang berketul-ketul and sebesar tapak tangan. Lazat hingga gigit kepala udang! Udang tu pulak fresh from the sea. 
Mee udang boleh diorder per pinggan base or (pic courtesy of google image)
Kitaorg order mee udang secara hidangan besar untuk big family 

Lokasi nak ke kedai mee udang salwa ni senang je. Dari Bayan Lepas, straight ke Teluk Kumbar. Di Teluk Kumbar, bila nmpak signboard Gertak Sanggul, belok ke kiri dan straight lagi hingga nmpak Balai Polis Teluk Kumbar di sebelah kiri. Just beberapa meter dari balai polis tu, ada restoran Ilyana Cafe. Belok ke kiri di simpang Ilyana Cafe tu dan akan kelihatan Salwa Mee Udang at the end of the road. 
Kedai ni menghadap laut dan jeti. Kalau pegi waktu petang sure pemandangan superb tgk sunset. Tapi sebab kitaorg gi waktu malam, just dapat merasa angin laut je la. n dgr bunyi ombak memukul pantai.
Ni pemandangan jeti sebelah kedai mee udang salwa pada waktu petang. gambar courtesy of  AsiaExplorer.

Selain tu, masa saya belum berkahwin dan belum ke Perth, kerap juga kami sekeluarga ke Teluk Kumbar untuk beli kuih muih yang lazat, murah dan rasa seperti home-made kuih. Kuih-kuih ni di jual di waktu petang di sepanjang jalan dr simpang Teluk Kumbar ke Ilyana Cafe tu. Kiranya lepas belok simpang Gertak Sanggul tu, akan ada kedai di kiri kanan jalan yg jual kuih muih pada waktu petang. Jadi kalau ke Teluk Kumbar, boleh la spend waktu petang tgh sunset dan jalan2 di pantai sambil makan kuih muih yang sedap sementara tunggu waktu makan malam untuk mencuba Mee Udang Salwa.




Published with Blogger-droid v2.0.1

5 comments:

  1. nakkkkkkkkkk!! tp nak mee dia jeeee

    ReplyDelete
  2. nnti blk penang boleh la try mkn mee udang kat sini...:)

    ReplyDelete
  3. cantik nyer view situ...aman dan daman.tp tgk me tuh mcm kenyang terus...pekat ker?

    ReplyDelete
  4. satu lagi best port mee udang salwa tu..boleh tgk kapal terbang landing malam2.. hrmm..lamanya tak pi sana..last pi masa kak athi tunang dulu..huhuhuhu..

    ReplyDelete
  5. Saya baru mkn mee udang salwa td 17/3/2016. Tobat x sedap langsung.... x mcm dulu yg org gembar gemburkan... minta maaf mmemang x sedap dan x akan datang lagi untuk makan disitu.. sangat menyesal peniaga melayu yg ckp udang dan ketam fresh tp sebaliknya... udang & ketam yg lama isi yg tak padat dan saya boleh tahu bila tengok rupa isi ketam dan udang. Saya org telok kumbar & mmg terkilan sangat.

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...