Saturday, December 31, 2011

Impian, Harapan dan Cita-cita 2012

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, beberapa minit lagi tirai Tahun 2011 akan berganti baru dengan kunjungan Tahun 2012.
Maknanya, kita makin menghampiri usia tua kita., kita makin menghampiri akhir zaman. Banyak perkara yang penting berlaku pada tahu 2011, khasnya buat diri saya. Pastinya tahun 2011 ini tidak akan saya lupakan. Tahun yang merubah status saya sebagai selama lamanya. Memikul tanggungjawab dan amanah sebagai seorang ibu pada tahun 2011 yang penuh bersejarah..Status ibu yang akan saya bawa hingga ke akhirat, insyaAllah.

Untuk memasuki tahun baru 2012, sama seperti kebanyakkan orang lain, saya menyimpan seribu satu harapan, impian dan cita-cita yang pelbagai supaya tahun 2012 memberi makna yang mendalam buat diri saya dan keluarga saya.

Di kesempatan yang ada beberapa minit sebelum tibanya ambang 2012, saya nak cuba listkan beberapa perkara penting yang saya impikan, harapkan dan cita-citakan untuk tahun 2012...( maaf la ayat sedikit skema, sebab rasa tiba2 nak skema)

Antara yang sy impikan, harapkan dan menjadi cita-cita saya untuk tahun 2012 ialah:-

1. Mahu pindah keluar dari KL dan mulakan hidup baru somewhere outside from KL. Husband and me  need somewhere healthier to grow old together and to raise our children.


2. Mahu kembali swimming like before. Plus, bawa Ilyaas swimming jugak.I miss swimming a lot. rindu sngt.


3. Start homeschooling secara lebih serius and lebih disiplin untuk Ilyaas.Plan to teach him Alif Ba Ta, apart from numbers, alphabet, colours and shapes.


4. Start my study in Msc . InsyaAllah.semoga dipermudahkanNYA.


5. Kalau diizinkanNYA nak breastfeed Ilyaas for the whole 2012,  walaupun sekarang ni mission impossible sikit since stock makin sedikit and if I have to attend long field trip, thing will be different... Wallahualam.


6. To spend more time for baking. at least sebulan/dua bulan sekali dapat ber-baking. tp  bukan baking live kat fb tu.heheh

7. Untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah, isteri, ibu, anak, menantu, kakak, kakak ipar, adik ipar, ibu saudara, cucu, dan pekerja dengan sebaik-baiknya dengan hati yang IKHLAS.

Banyak lagi yang di harapkan untuk tahun 2012. Walau apa pun, semuanya diharapkan baik-baik belaka. Jika ada tersalah silap sepanjang tahun 2011, harapnya 2012 nnt tak di ulangi lagi kesilapan yang sama.

hmmmmmmmm, ngeluh panjang sekejap untuk kepenatan yang dirasai sepanjang tahun 2011, but ALHAMDULILLAH yang teramat atas segala nikmat tahun 2011.

SELAMAT TAHUN BARU 2012 SEMUA PEMBACA CHERISH EVERY CHERRY


3 comments:

  1. athi..dunt give up in bf! nad sebelum ni takde prob dgn bf.. susu cukup2 ade..stok pun bolehla ngam2 je.. sebab nature keje yg jarang gi outstation (memang takde pun setakat ni)..and balik keje je melekat je ngan delisha.. lately delisha kerap batuk+flu+demam..and pastu jangkit ke nad pulak.. so decided to try shakle trial set.. ni dah 3 hari mcm merunsingkan pulak sebab susu tetibe drop. tatau nak teruskan ke tidak..hai risau betul..
    carfidg

    ReplyDelete
  2. selamat tahun baru...:)
    semoga apa yg di impikan menjadi kenyataan..amin...:)

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...