Tuesday, December 6, 2011

This is what we call Johor Premium Outlet @ JPO


Assalamualaikum semua =)

Hehe, beberapa hari tinggalkan blog atas urusan-urusan peribadi...Haha, bajet artis sungguh. 
Sebenarnya, minggu lepas sgt busy dengan kerja. Tak la berapa busy kalau pandai buat kerja, tp ni tak pandai, jadi busy lah. tak pandai serta kekurangan bantuan.begitulah jadinya. sampaikan sakit2 and dapat mc pun harus ke office dan pulang lebih lewat dari biasa. Hmmm, adatlah kerja company swasta kan..

Hari jumaat tu stress sangat sampaikan rasa plan untuk ke johor akan di-cancel saja sebab badan terlalu tak bermaya. Tp balik rumah, dinner dan rehat, badan rasa fit balik.fit sikit la. so decide to go on with the plan ke johor. lagipun dah lama plan and dah janji dgn my sis-in-law jugak plus mmg ada wedding my dear friend too. nnt entry lain citer pasal wedding tu.. So, pagi sabtu kami bertiga bertolak ke Senai@Kulaijaya. Kami ke wedding dulu.pastu ke rumah my sis-in-law. 

Well, sgt beruntung jadi my sis-in-law ni sbb her house is only 10minutes away from Johor Premium Outlet (JPO) yang baru dibuka 2dec lalu. Ahhhh, bliss sungguh...Mestila dan haruslah ke JPO since dah sampai ke sana. Pagi ahad tu awal2 kami sekeluarga semua dah siap untuk ke sana. Hubby pada mulanya tak nak ikut, tp tiba-tiba nak ikut jugak.heheh.tapi last-last menyesal ikut.


Gambar sebelah kiri tu Ilyaas takde, tp ganti dgn my niece Rayhana ..Ilyaas tak masuk gambar sbb nak bg nampak sign JPO, boleh? hahah. Gambar sebelah kanan tu sila teliti betul2 betapa muka boringnya anak teruna saya terpaksa temankan umi dia shopping.Ni window shopping je dalam coach sbb walaupun dah diskaun den belom mampu nak pakai coach original..

Konsep JPO ni sama la konsep macam Bicester Village kat UK or Harbour Town kat Ausie. Saya sememangnya tak pernah ke Bicester Village tapi pernah menjadi pengunjung tegar Harbour Town suatu ketika dahulu. So bila outlet sebegini bukak kat Malaysia, mmg excited la jugak cuma tak berapa excited tang duit... Banyak branded outlet dkt JPO ni. Berkonsepkan open air@outdoor shopping experience, sememangnya tempat ni harus dikunjungi sekiranya anda seorang Shopzilla. tapi kalu pegi nak cuci-cuci mata pon boleh saja...




JPO terdiri daripada 2 level. Level bawah kebanyakkannya mmg branded stuff like Armani  Exchange, Oroton, Salvadore Feragamo, Burberry, Coach. Secara ringkas nya, outlet2 yang saya hanya mampu window shopping saja. Tapi ada juga Padini, Guess, Bonia kat level bawah.

Bahagian atas pulak, ada GAP, Nike, Charles & Keith, La Senza, Fossil, Esprit, Adidas, Carlo Rino dan banyak lagi. Boleh check list of outlet di sini.



Bukan semua kedai yang dah bukak masa saya pegi ni. since official launching will be on 11 dec ni. So, part of renovation still on going especially kat bahagian bahu jalan and parking. Orang tersangat lah ramai, tak payah cerita la..Horrible! boleh pengsan! tobat tak nak pegi lagi kata husband. Tapi saya nk pegi lagi sbb aritu tak dan nak pilih beg or purse fossil yang mmg murah gila!




Antara brand yang mmg murah n worth beli ialah Fossil! handbag leather boleh dapat dalm RM200 je, wallet lelaki dan perempuan range dari RM50 ke atas. yang RM50 or RM80 dah kira satisfied dah. Esprit pon murah jugak. Baju lelaki and perempuan range RM19.90-RM79.90. 
Gap pon not bad, baju baby and kanak-kanak mmg murah around RM30 dah boleh dapat. 
La senza pun murah jugak. 10 undies Rm50.
Rasanya Nike pon murah gila kot sbb tengok orang keluar masuk tanpa henti sampai pintu masuk tak sempat tutup langsung. 



Tapi, walau macam mana best pon, ada sedikit kekurangan yang saya realize di JPO ni. Antara yang perlu dan wajib di-improve demi keselesaan para pengunjung ialah:-

  1. Sila jangan kunci bilik untuk parents with child/baby. I mean changing room. Susah la nak menyusu bayi lasak mcm Ilyaas yang tak nak duduk diam dalam nursing cover tu. Serta susah juga nak salin pampers baby.
  2. Kedua, surau belum kelihatan. Pengunjung ramai Muslim. So please be more concern on this.
  3. Ketiga, kedai makan yang tidak diragui ke-halal-lan nya tidak ada kecuali cafe starbuck and coffee bean sahaja. yang lain2 semua kedai chinese. Ni perkara penting yg kena concern jugak.

Hopefully next visit to JPO semua ni dah improve. Duit dalam poket pon kena improve kalau nak shopping. Setakat ni dulu review saya tentang JPO...
Oh btw, nak ke sini sgt senang, exit je tol senai akan terus nampak signboard JPO. Sgt sebelah highway. 

No comments:

Post a Comment

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...