Monday, November 12, 2012

Bubur Nasi guna Japanese White Rice

Assalamulaikum
*entry ni dah dalam draft for nearly a month:P*

Hari ni nak share pasal masakan baby.actually bukan baby sgt la, dah toddler pun anak bujang tu. Masa bulan puasa haritu, kan ada buat sushi untuk iftar (sebab mengidam) dan lepas tu tak buat-buat sushi lagi dah, maka ada byk beras jepun extra. So, saya pun guna la beras jepun ni untuk masak bubur Ilyaas.  MashaAllah, rasa bubur dari beras jepun ni sgt sedap I tell you. Sampai kan umi dia ni pun join sekali makan. Pastu bila my sil datang rumah, dia pun masakkan bubur guna beras ni untuk anak dia (dan blend sbb fayyadh baru 8bulan masa tu), she's also admit, bubur guna beras jepun ni lagi sedap rasanya daripada kita guna beras biasa/tempatan kita. haha, terus dia pun pesan beras ni sebungkus.
*rupa bungkusan beras jepun, cap Mikari*
saya beli kat Isetan. Rm8.90 untuk sebungkus, 1kg. Rasanya kat Aeon pun ada.
 
 
Untuk masak bubur nasi guna beras Jepun ni, mula-mula sekali saya akan basuh beras dan rendam dlm 15minit supaya beras ni kembang. Sales girl kat Isetan yg bagitau, kalau rendam lagi lama, lagi sedap n lembut. Kat instruction belakang paket beras pun ada bagitau.
*rupa beras putih Jepun*
*pendek dan gemuk*
*bila rendam dalam 10-15minit, akan kembang dan jadi warna lebih putih/milky*

 
Pastu, saya akan masak beras ni mcm biasa, atas stove. Bagi yang ada slow cooker, boleh la guna, sure hasilnya lagi best kot. Boleh jugak guna rice cooker biasa, but kena check selalu, takut terkurang air, kang bubur jadi nasi pulak.

Cara saya masak bubur nasi untuk Ilyaas sekarang ni ialah, mula-mula saya akan tumis bawang dgn planta. Kalau ada unsalted butter lagi bagus la, but I started to introduce Ilyaas with salt masa dia umur 13-14 bulan camtu. Letak salt sikit2, better than perencah/perasa. Plus, after all, garam bukannya membawa keburukan semata-mata, ada jugak kebaikkannya.
 
Lepas tumis, saya masukkan beras, gaul kejap dgn bawang2 tu and masukkan air dgn banyak. Biar mendidih, masukkan ayam/ikan/udang and carrot/labu/kentang. Kacau jap, tambah air kalau perlu. Pastu biar je sampai nampak tekstur beras jadi mcm nasi lembik. Hehhe. Masuk sayur mayur. Biasanya saya pakai bayam/broccoli/sawi/saleri. Kalau rajin sikit, saya tambah telur and kacau2..Rasa sikit, klu perlu letak la garam sikit/or kicap. Klu tak, biar je rasa plain camtu. Tapi klu letak kicap, ayah Ilyaas makan sekali masa suap anak dia.
 
Sayur bayam, carrot, bawang and ayam

Rupa bubur nasi guna beras jepun
tekstur dia lagi lembik and lembut
rasa mmg sedap
berlemak manis bercream gitu
tak tau cmne nak explain, tp sedap sgt.
Sekarang stock beras jepun dah habis. Lupa nak cari kat Aeon. Bila-bila gi KL, nak singgah Isetan jap nak beli. tapi nasib baik Ilyaas tak picky eater, masak guna beras cap rambutan pun dia makan habis semangkuk gak..

3 comments:

  1. ok..tggu aish besar..nk bli jgk bt bubur for him..haha..tq for sharing ye..

    ReplyDelete
  2. nti bg link kt akk ye yg blogshop jual rompers rm3 tu...ehehr

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...