Assalamualaikum dan Hi,
Semalam baca review Kina tentang Stroller Combi yang dia guna, saya pun terpanggil nak review stroller yg saya guna hampir 2 tahun ni. Dah lama berkira-kira nak tulis review, tp asyik lupa dan lupa. Since dah ada peransang semangat dari Kina, saya pun tak nak lengahkan lagi. Bukan niat nak lawan review-mereview ni, just untuk panduan those mother especially first time mothers yang mencari stroller yang sesuai untuk kegunaan mereka.
Saya guna Stroller McLaren Quest Sport. Warna merah hitam. Stroller ni secara jujur, saya dapat hadiah dari keluarga HD. Di beli di UK dan dishipkan ke Malaysia, kebetulan biras sy nak balik for good lepas habis Phd, jadi tumpang sekali stroller ni. Saya tak pilih sendiri stroller ni, nama pun hadiah kan, tp saya sgt happy dgn sumbangan stroller ni pada kami sekeluarga. Ni antara reasons kenapa saya happy pakai McLaren Quest-->
Stroller ni sangat sangat ringan. Saya boleh angkat sebelah tangan je. Boleh galas guna sebelah bahu je.
Gambar kat atas ni masa Feb 2012, meredah hujan sambil galas stroller. Berat stroller ni ialah 6.0kg.
Pakej masa beli, dapat rain cover sekali. Tp mmg tak pernah guna pun. sebab selalu guna stroller ni indoor je.
Updated on June 2014
The same stroller with same person yg dah berusia 3 tahun masa ni.
with rain cover on the roof.
Cara nak bukak dan tutup stroller ni senang sangat. In 2 steps dah selesai.
Kalau nak bukak stroller ni, just tekan clip kt bahagian tepi, then pijak bahagian belakang and tegakkan stroller. Untuk keterangan yg lebih details leh tengok kat website ni.
Bila ditutup, dia akan bentuk payung. So senang la nak carry. And jimat space.
Dalam bonet Forte.Luas lagi ruang yg ada.
Nak letak kat tempat passenger pun tak amik space sgt.
Ni keadaan stroller separa terbuka.
Start guna stroller pada hari ke 47 selepas dilahirkan. Bawa pergi check up di Ampang Puteri and jalan2 kat KLCC. Tp ni gambar masa Ilyaas dah 3bulan. Time riadah kat Taman Tasik Titiwangsa. Since stroller ni agak lebar bila dibukak, untuk baby less than 6 months, advisable untuk pakai stroller pad. Saya just beli add-on stroller pad brand Bumble Bee.
Bila Ilyaas dah besar sikit, dah tak guna stroller pad tu.
By the way, stoller ni McLaren Quest Sport ni ada 4 recline position.
First, sitting position mcm dalam gambar ni. *Sila abaikan model yang tgh badmood tu*
Then, Second Recline Position
Third Recline Position
Fourth Recline Position, berbaring la kiranya.
Btw, hood stroller ni boleh dibukak, dan dibasuh. Gambar ni masa hood tengah bukak, sebab keadaan panas masa saya bawa Ilyaas pegi gathering last Feb. Cara nak adjust seat ni pun senang je, using one hand pun dah boleh adjust seat reclination.
Break untuk stroller McLaren Quest ni ada kat bahagian belakang (middle). Tekan je ngn kaki untuk lock and unlock. Yang best sekali, tayar dia boleh pusing 360 degrees, both front and back tyres. So sgt senang nak handle di tempat yg sesak dan sempit. Dan tak de problem tersekat-sekat bila tolak stroller. Smooth je.
Stroller ni pun ada basket kat bahagian bawah, tp tak besar sgt la. And boleh diaccess bila keadaan stroller pada sitting position. Klu tak, kena angkat sikit tpt duduk tu which is tak berapa best bila baby tgh tidur.
Untuk kekurangan stroller ni (pada pandangan saya la) ialah:-
- Tak leh facing tgk muka baby. Especially masa baby kecik, agak risau la jugak. Tapi, lama2 dah terbiasa.
- Untuk first timer, agak susah nak bukak safety harness dia. I face some difficulties masa first outing with Ilyaas dulu. Tapi rupanya senang je.
- Takde Stroller pad sedangkan stroller ni suitable untuk 2months and above. But 2months kan mcm perlukan head support lagi.
- Tak banyak choice colour. Rasanya ada biru, merah, orange, brown je kot. Tak pasti sgt sbb I did not survey earlier.
- Baby berada dlm keadaan agak rendah bila dalam stroller.
Btw harga kalau ikut kat LittleWhiz untuk design 2012 ialah RM999. Tapi saya pernah jumpa around RM799. Mine was a little bit cheaper sbb beli kat UK.
Oklay, this is only my experience and my 2cents.
Hope it helps mothers yang sedang memilih strollers.
bercadang nak beli ni..huhu
ReplyDelete