Thursday, November 8, 2012

Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) during pregnancy

MGTT stands for Modified Glucose Tolerance Test that most pregnant women in Malaysia have to go through a screening test. But those with high risk (berat naik berlebihan, genetic history of kencing manis, keguguran sebelumnya) mmg wajib ambil test ni. In my case, it was because kenaikkan berat berlebihan. Ikut KKM, pregnancy between 1-19weeks, berat sepatutnya naik 0.5kg setiap bulan. After 20weeks, pertambahan berat patutnya 0.5kg setiap minggu atau 2kg per month.  
 
Kenapa kita perlu jalani ujian MGTT? Apa kepentingan nya pada baby dan ibu?
 
- Jika ibu menghidap diabetis sewaktu mengandung, kandungn gula berlebihan dalam darah akan ditransfer kepada bayi melalu plasenta. Ini menyebabkan bayi berkemungkinan lebih besar dari size biasa. Dan menyukarkan kelahiran serta membolehkan komplikasi2 seperti tulang bahu tersangkut sewaktu melahirkan. Ni juga boleh merosakkan saraf pd bahu bayi sekiranya berlaku komplikasi kelahiran.
 
- Bayi juga tends to have hipoglesimia (kandungan darah rendah) selepas kelahiran akibat badan bayi terpaksa meghasilkan insulin berlebihan selepas dilahirkan untuk mengawal kandungan gula yg dibawa dari dalam kandungan.
 
- Bayi ini juga cenderung mendapat diabetis type 2 di kemudian hari.
 
info lebih lengkap boleh didapati di Baby Center atau di blog Farah Rahim.



Ni nak share kronologi bagaimana saya mengambil MGTT for the first time.

31/10/2012
Doktor bagi surat untuk buat MGTT sebab berat naik 4kg dlm tempoh sebulan. Scan menunjukkn size bayi adalah normal dgn usia.1.2kg at 28weeks.

4/11/2012
Pukul 9.50mlm, saya makan buah epal.
Pukul 10mlm, mula berpuasa dari makan dan minum kecuali air kosong.


5/11/2012
8pagi- register di klinik kesihatan untuk ujian MGTT

8.25pagi, ambil darah utk Fasting Sugar Blood (FSB) sebanyak 3ml

8.30pagi, minum air gula seperti dlm gambar kat atas. Minum slow2 untuk elakkan muntah. Ada gak orang yg minum sekali teguk je. Tapi, pastu nampak dia muntah balik. Kalau muntah banyak sgt, kena repeat test ye. 75mg glukos dilarutkan dlm air suam. manis gila ok!

10.30pagi, ambil darah kali kedua. 3ml lagi. untk bacaan selepas minum air gula. nak tengok insulin dalam badan berfungsi atau tak. Dalam tempoh 2 jam, boleh balik rumah. tp i xbalik. i lepak je kat bilik menyusu dan membaca. kalau balik pun, tak leh buat kerja berat. kena rehat2 je. plus kepala mmg sedikit pening dan tekak akan kekal rasa loya air gula sampai la kita boleh makan after dah amik darah.

Result akan diberitahu pada next checkup.unless bacaan gula terlalu tinggi means mmg ada diabetic masa pregant, klinik kesihatan akan call segera.

Bacaan normal untuk FSB ialah  3.0 mmol/L - 5.5 mmol/L
Bacaan normal untuk selepas 2jam minum air glukos ialah <7 .8=".8" mmol="mmol" p="p">
So, skrg I'm praying so that both bacaan adalah normal.Dan tidak ada diabetis masa pregnant dan tidak perlu repeat test lagi.


 

6 comments:

  1. lin da minum masa preggy hafidh dlu. 2x ok.. :(

    ReplyDelete
  2. akk xpnh minum..sbb berat ms preggy yg no 4 ni agak2 segan nak naik..huhu..berat naik smpi nk bersalin hnya 8kg je..uhuk..

    ReplyDelete
  3. Allene: mintak2 xkena minum lagi la. nak control berat ni mcm payah je. makan mcm biasa je tp berat naik jugak kan.

    Kak Azrine: Untung la kak. senang nak kurus balik pas pantang.

    ReplyDelete
  4. fyi, Ibu yang ada gestational dm lebih bnyak risiko utk menjadi Type 2 Diabetes selepas bersalin

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...