Friday, April 26, 2013

Pesanan Tok

Arwah Tok sebelah mak saya dah pulang ke rahmatullah 66 hari yang lalu.
Saat menerima khabar Tok kembali ke rahmatullah, saya masih fragile. Masih dlm pantang.
Saya yg jawab call di telefon Ayah. Saya yg dgr berita itu.Saya jatuh on the spot atas lantai.
Mujur saya tak dukung Imani waktu tu.
Dan mujur saya cpt2 sedar dn bangun. dan call husband.
Setiap kali teringatkan Tok,my tears never fail to run down my cheeks. Saya cepat2 lap, saya cepat2 sedekahkan AlFatihah untuk Tok. Setiap kali lihat wajah Tun M di kaca tv, pasti saya cepat2 alihkan muka. Tun M reminds me of my late grandfather so much. Tok lebih kurang sebaya Tun M. Cara tok bercakap, lemah lembut penuh sopan tp sarat dengan maksud mendalam, sama mcm Tun M.
Masih ingt lagi salam terakhir yang saya ucapkan pada Tok, sebelum Tok dikafankan. Saya tak pernah tulis special entry khas untuk Tok. Tapi Tok mmg sentiasa dlm hati dan ingatan saya.
Saya cucu perempuan sulung Tok. Tok sentiasa pesan mcm -macam pada saya.
Pasal pelajaran, solat, jodoh, pekerjaan, anak, kewangan, pentadbiran, agama, dan banyak aspek lagi.

Antara pesanan-pesanan Tok yang buat sy kuat ialah..

-dalam hidup ni, kita kena ada target. sebagai perempuan, kena ada target utama untuk keluarga. Kemudian baru target untuk impian kita. Jadi perempuan tak bermakna impian kita tak boleh dilaksanakan. Ini reason kenapa saya di sini.

-Halim lelaki yg baik. Hormat dia sebagai suami.

-Banyakkan membaca. Rasulullah mendapat wahyu pertama dgn maksud Bacalah! kita sebagai umat Baginda, kena sentiasa membaca. Ini tok pesan ulang-ulang sejak dari saya kecik lagi.

- Jaga mak. Jaga mak. Jaga mak. Mak saya. anak tok. menunjukkan betapa pentingnya seorang ibu pada anak. dan betapa sayangnya ayah pada anaknya, walaupun anak dia dah punya keluarga sendiri.

Tak percaya saya mampu type entry ni. Lama sy cari kekuatan nak type entry khas untuk tok ni.
Pemergian dia saya tak tangisi lama. sekejap. In fact tak sampai sejam saya menangis. Saya tak nak tok terseksa dgn tangisan sy. Bila teringat (hari-hari teringatkan Tok) saya baca Al-fatihah.

Saya bersyukur di beri kesempatan mengenali insan hebat ini. Sumber inspirasi saya dari kecik. Yang tiba2 pergi sebelum sempat melihat cucu kesayangannya menerima ijazah lebih tinggi.

Ok, saya kena stop. saya tak nak nangis.

Thank u sapa yg membaca.



4 comments:

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...