Monday, April 29, 2013

Review Breastmilk Storage Bottles

Assalamualaikum semua, 
Salam 1 Malaysia. ni bukan blog Ah Jib Gor, tp blog Umi Athi yg tetibe rasa pening tgk keadaan politik negara. Apepun, doa doa agar Malaysia sentiasa berada dalam kepimpinan yang diredhai Allah, Aminnnn..

Ok, arini nak cerita eh bukan bukan, nak review botol2 yang saya guna untuk simpan susu perahan saya. Saya ada 60 bijik botol susu untuk simpan susu, dan untuk buat bawa gi uni/ofis untuk pump. Dulu ada 30 bijik jer, pastu masa Imani lahir, pi beli lagi 20bijik. Pastu beli lagik entah berapa bijik tak ingat.
 Jap jap carik entry beli botol baru masa beranakkan Imani.. Ini entry nyer

Dari 60 bijik botol ni, ada beberapa brand la..

Ok, jom kita tengok botol mana yang best. 


Mom's Little One (2oz) 

Yang ni my first purchase selepas Botol Madela (yang datang sekali ngn Pump Madela). Saya beli 1 kotak, sekotak ada 10 bijik. Satu dah pecah/retak. Yang ni best, especially bila mula mengepam first time dalam pantang. time susu tak berapa nak keluar lagi. Sebab dia kecik 2oz je, jadi tak la rasa stress kalau lambat nak penuh. And yang best dia ada kata-kata motivasi. Kalau dpt 30ml (1oz), kat sukatan tu tulis, Tq Mom. Kalau dapat 60ml (2oz) pulak, dia tulis, Love U Mom
Kan jadi lebih bersemangat kita nak mengepam? 
Botol ni ada 5oz gak k. N dia fit dengan madela pump, sama ada pump pisa, harmony or freestyle.
Satu lagi best sebab dia kecik, tak amik ruang sgt, senang nak bawa gi rumah babysitter, bagi yang ada baby yg minum takat 2oz je sekali minum. Macam Ilyaas dulu la.. 
Oh ya, yang ni saya beli FabulousMom. Pastu sebab dia kecik sgt, bila dah pump sekali dpt more than 2oz, dah tak berapa nak guna sgt la...Tp guna isi sabun basuh botol bawak gi uni pulak. N bawa travel jugak. 
btw, botol MLO ni ada disc cap. leh beli asing kalau hilang. tp setakat ni tak pernah hilang lagi la sbb dia melekat elok je bila lepas basuh...


Little Caliph Heaven (5oz)

Ini saya beli kat e-mum shoppe. Cantik. Kaler pink and Kuning mcm gambo kat atas ni. Sekali beli terus 20 botol. RM65 untuk 20botol. Korang kira la untung ke tak. Botol ni buat kita rasa puas hati tgk susunan dlm freezer sebab warna warni gitu. Dia punya sukatan tu jenis lekat terus kat botol,so takde la susah sgt nak nmpk berapa oz dah pump. Botol ni ada disc cap gak, tp disc cap dia melekat kuat gila ngn penutup. tak pernah cabut pon. 
 Botol LCH ni fit well with my madela harmony. Tp longgar dengan madela pisa. i bet longgar jugak untuk madela freestyle. 

kalerful kan botol2 tu...suke suke suke.



Bumble Bee (5oz)

Yang ni bentuk lebih kurang macam Little Caliph tu. Tapi botol bumble bee ni fit elok2 je dengan semua jenis madela pump.  Dia jenis slim la jugak, bacaan dia cetak kaler biru kat botol, senang nak nampak berapa oz dah pump masa tgh dok mengepam. Saya beli kat Kiddy House kat Kuala Terengganu sekotak dapat percuma 2 botol. Sekotak ada 8 botol kot. Tak berapa ingt. dapat free 2 jadi 10 botol. Harga masa beli tu RM35 kot. Tapi harga kat e-mum shoppe lagi murah. RM32 jer. 




Jingle Jungle (5oz)

Yang ni botol dia gemuk sikit dari Bumble Bee, tp tak la segemuk botol Madela. Tulisan sukatan tu cetak kat hitam. Pon senang gak nak tengok masa dok mengepam berapa oz dah terisi. Saya beli kat Fabulous Mum. Tak ingt sgt dah berapa harga dia. Rasanya dlm belas-belas gitula. Korang check la ye kat website Fabulous Mum. Ku malas mau taruk link tibe2.  Botol ni fit well dengan semua jenis pam madela. 
tapi kan, tapi kan, botol ni penutup dia jenis yang ada disc cap tu. So tiap kali bukak tutup mmg asyik tercabut je disc cap tu. disc cap tu mmg tak melekat pon ngn penutup dia, so kena berhati2 skit la masa nak tutup tu, make sure disc cap dia dok betul2 tengah ... Pastu masa basuh pon kena susun elok2 plak disc cap tu. Kalau hilang dah tak leh guna botol ni...




Tollyjoy (5oz)

Botol ni nama nya emergency botol. Hari tu beli sebab takde botol kosong (semua dah guna untuk frozenkan susu) untuk hantar ke babysitter. Beli kat Jusco jer, RM18.90 untuk 4 botol. Boleh tahan mahai la harganye. Tapi dah terdesak, ku belasah ajer. Botol ni tak best. secara jujur ku katakan. Sebab , dia tak fit dengan mana-mana pam madela ku. Serta sukatan oz kat tepi botol tu tak berapa clear. Susah benor nak sukat berapa banyak dah susu yg dituang dr plastik storage ke dlm botol ni. Botol ni saya tak pernah guna untuk frozen kan susu saya. Hari-hari guna untuk bawa bekalan susu Imani ke rumah babysitter je. Dia punya penutup pon macam tak berapa nak ketat sgt. Emmm, ketat je tp ku tak berapa yakin tahap keketatan dia. (errr, tak tau wujud dok perkataan keketatan itu, harharhar). 
Satu lagi, dia punya plastik mcm tak berapa nak quality sangat la. Cam lembik je. Tp mmg dah BPA free yer. cuma tak berapa best mcm botol-botol lain. 




Madela (5oz)

Ni saya dpat sekali masa beli pam pisa dulu. Pam pisa tu dah tua dari umur Ilyaas.
Ada 4 bijik botol madela. memang terbaik. Sebab dia gemuk, pastu ada banyak ruang lagi kat bahagian atas tu. so mmg pam klu dah terlebih 5oz tu boleh je biar lagi, tak yah tukar botol lain. Kalau biar betol2 penuh, boleh jadik 7oz yer. tp kena hati2 la sebab dah penuh sgt kang melimpah pulak. Sukatan dia kaler hitam kuning. Senang nak nampak masa tgh dok pam. Harga satu tak sure le berapa sebab beli package dapat skali ngn pam kan. ada jer jual asing2, pernah tgk kat sogo ngn one baby world. Ku pasti harganya mahal jgakla.
Botol ni hari2 saya guna bawa gi uni untuk pam . Botol ni pendek kata best!



harap-harap review ni boleh bantu adik-adik yang nak jadi first time mum tu yer. Yang dok kompius botol mana nak beli. Banyak lagi brand yang ada kat pasaran. I review apa yang I ada je la. Selebihnya untuk simpan susu mmg bergantung pada storage bag je. lebih jimat ruang. tp botol kena ada, untuk bawa travel senang. 





12 comments:

  1. bnyknya... lin ada 2 brand je... autumn ngn medela... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lin autumnz fits tak dgn madela? aritu nk beli tp terbaca kata longgar klu dgn madela..sajer beli byk brand kasik nmpk meriah n x bosan

      Delete
  2. hehehe..seronokkan kalau botol yg colour2 nie..semangat tgk lam freezer

    ReplyDelete
  3. Baca tru tablet br leh komen...buka kat lappy,pakai explorer,asik x kuar la word verification tu...huuuu....

    Ok,i ada 2 brand je...autumnz n bumble bee...rasanya bumblee bee punya,cepat distort la...tapak dia senang kembong slps 6 bulan guna..autumz mmg best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. laaaaa ye ke...sat i check pasal word verification tu.
      haritu rasanya dah off dah verification tu sebab serabut jer.

      yeke harz, bumble bee i ok je dah pakai 2 tahun lebih dah..
      distort masa sterelize ke?

      Delete
  4. akak pakai jingle jungle ngn mom little one tu je..hehehe..yg lain tak penah cuba..

    ReplyDelete
  5. paling jatuh hati dgn bumble bee!!..=)

    ReplyDelete
  6. sis, boleh bantu..
    betul ke ada baca storage MLO nie xboleh rebus botol dlm air panas, ye ke?

    ReplyDelete
  7. sy pakai autumz, bumble bee & pureen...semua pun ok tp kalau kat autumz & bumble bee nampak susu tu mcm best je..:)

    sy jd follwer blog awak...boleh follow sy blk tak? sy suka la blog keibubapaan mcm ni...

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...