Tuesday, August 27, 2013

Pneumococcal & Rotavirus Vaccination

Akhirnya, Imani is on pneumococcal vaccination + rotavirus. Sama mcm Abg Ilyaas.Bezanya, utk Ilyaas hanya pneumococcal vaccination dan di ambil seawal usia 4 bln. Tp utk Imani, kitaorg husband n wife hanya mulakan vaccination ni masa Imani berusia 7 bulan.Well, ni di sebabkan masa umur 4/5 bulan, Imani kena bersunat dulu..so kitaorg tunggu lepas habis siri vaksin wajib oleh KKM sebelum mulakan vaksin tambahan ni. Kitaorg ke Hosp.Pantai Ipoh utk amik vaccination ni. 

Mulanya plan nk amik vaksin ni from Pusat Perubatan Ar Ridzuan, tp tukar plan sebab di PPAR, vaccination pneumococcal kena buat booking semingu awal dan harus bayar wang pendahuluan utk booking tu plus total charge vaksin pneumococcal di PPAR menjangkau Rm500. Tapi dekat Hosp.Pantai, harga vaksin ni just Rm210 ( utk yg control 10 jenis bakteria).

Paed pilihan kami.
Dah beberapa kali anak demam tak kebah kami bawa jumpa Dr.Lee
yang bestnya, klinik ni bukak on Saturday. and tiap kali datang x perlu buat appointment dulu.
Doctor juga easy going, dan always ask the parents tahu tak ubat ni untuk apa, cucuk ni utk apa yada yada yada

Kesedaran untuk berikan suntikan tambahan pada anak-anak saya bermula sejak saya mengandungkan Ilyaas lagi. Syukur la sebab saya ada kakak-kakak ipar yang up-to-date. From dorang la saya belajar pasal vaksin pneumococcal ni. Untuk Imani, sebenarnya mmg plan nak amik vaksin ni sejak dia umur 2 atau 4 bulan. Tapi selain reason yg sy sebut kat atas tu, saya agak bertangguh jugak. Sehinggakan satu hari saya dikejutkan dgn pemergian permata hati Erina akibat serangan bakteria jahat  Streptoccoccus bacteria . 

Dan menurut doktor, bakteria ni boleh di halang sekiranya bayi kita mendapat vaksin tambahan Pneumococcal. Kisah arwah Aqil menyebabkan saya rasa tak boleh lagi bertangguh tangguh utk dptkan vaksin ni. 

Kalau korang yang baca blog ni nak tau lebih detail dan lebih terperinci berkaitan penyakit pneumococcal dan bakteria jahat ni, jemputlah baca artikel Erina. Penyakit itu. Penyakit Pneumokokal.  Doa saya, jauhkan lah anak-anak ku dari serangan sebarang penyakit. Biarlah mereka membesar dgn tubuh badan dan akal yg sihat. Ini sebagai satu usaha, selebihnya kita tawakal dan yakin pada kuasa Allah SWT. 

Vaksin Pneumococcal ni boleh di beri bermula seawal usia 2 bulan. 

Details pemberian vaksin ni seperti kat bawah ni:

Sebelum 6 bulan - 4 kali suntikan (selang 2 bulan setiap satu suntikan) sehingga umur 12 bulan
Selepas 6 bulan - 3 kali suntikan sehingga umur 12 bulan
Selepas 2 tahun - 1 @  2 kali suntikan

Puteri saya. Imani Hafiyya. waiting for her turn untuk di cucuk
Selain pneumococcal, saya dan husband dah sepakat untuk ambil vaksin Rotarix, untuk melawan penyakit Rotavirus. Terdapat banyak arguments berkaitan halal dan haram vaksin rotavirus ni. Sabar, kita tak perlu melatah kalau dengar vaksin ni tak halal, terus tak boleh ambil. 

Semuanya bergantung pada kes tersendiri. 

Macam saya dan keluarga, kami menetap di Perak. dan seluruh negeri Perak, pernah di isytiharkan sebagai kawasan endemic (penyakit berjangkit) pada January dan February 2012. Dan menurut notis, ianya masih lagi endemic di negeri ini walaupun dah tak ada kes kematian disebabkan rotavirus ni. Doctor Lee sendiri bagitau saya yg 50% dari penyakit cirit birit dan dehydration di kalangan bayi adalah di sebabkan virus rota ni. Dan setelah baca beberapa artikel dan dapatkan pandangan seorang kawan yg juga doktor, saya decided untuk dpt vaksin rotavirus untuk Imani. Tambah lagi Ilyaas pernah dijangkiti virus rota ni tahun lepas, menyebabkan Ilyaas terpaksa tukar susu untuk beberapa hari. Kisah Ilyaas kena cirit birit terlampau dan susu yang sesuai dengan nya. 




Vaksin ni tak perlu di suntik.
Kena titiskan dalam mulut
Dah selesai semuanya, saya pun isi form YES! Form ni untuk tunjuk support kita pada YES to PnD protection campaign yang di lancarkan baru baru ni. The YES campaign.



Total Price utk Vaksin Pneumococcal dan Rotavirus plus consultation is RM397. 
Rm50 consultation
Rm210 Pneumococcal
Rm130 Rotavirus
Rm7 Service charge kot

Ye, memang banyak sekali harga tu. Hukhukhuk
Tapi demi protection untuk anak-anak, kita melabur la sikit kan. Hehehe.
Kalau boleh spend ratus2 beli baju raya Jovian (well, I mmg x la berjovian jovian ni, ahkak pakai baju raya medin je) , tak kan tak boleh spend sikit untuk kesihatan anak. 
Ini bukan jaminan, tp usaha. Allah kan suka hambaNYA yg berusaha. InsyaAllah


btw, ni nak share betapa ramainya orang pegi klinik Dr Lee ni.
Walhal ada je paed lain kat Hospital Pantai Ipoh.

7 comments:

  1. mahal gak kan total nya.rara buat kt klinik ampang 215,ok lah.protection utk anak kan.korban sikit lah.

    ReplyDelete
  2. insyaAllah..nak amik jugak utk aish..takpela..bukan ribu2 kan..masih lagi mampu..

    ReplyDelete
  3. Penumococcal mmg mahal kn..afif terlmbt amik...so amik 2 kali je,rm300..xtau plk mahal,nasib blh claim,tu pn HR soal siasat...huhuhu

    ReplyDelete
  4. thanks for sharing..baru2 ni anak kedua saya juga dijangkiti rotavirus..ramai ibu2 yang tak tahu apa itu rotavirus sehinggalah anak mereka dijangkiti..ramai juga yang tak tahu rotavirus boleh bawa maut..tentang vaksin tu..saya ada terbace ianya menggunakan sumber porcine dan tidak halal..ada fatwa yang dikeluarka..boleh rujuk e-fatwa..jemput baca artikel di blog saya tentang rotavirus ^^

    Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Jangkitan Rotavirus Pada Si Kecil Anda

    ReplyDelete
  5. Says pun baru tahu...thank ye...lgipun sy br Ber blogger ni

    ReplyDelete
  6. Nak tnya. Untk dapatkan injection direct terus ke paed atau ada appointment. Then mcm mn flow ye. Actually xpenah ke hosp pantai ipoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. NS, saya ada call dulu Dr Lee Hak Teong. tp usually boleh je walk-in, kalau nak pergi saturday, gi pagi, sbb appointment last pukul 12 (or 11.30am).
      just inform nurse di klinik, namanya Viviene yg awak nak amik injection vaksin ni.

      Delete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...