Wednesday, August 14, 2013

Sebelum Raya


Kali ni raya kami raya kat Bt. Payong. 
Hari Isnin sebelum raya tu kitaorang bertolak from BM lepas solat subuh, around kol 7pg camtu. 
Sampai Marang kol 2 lebih gak la. campur berenti banyak kali. mula stop kat Jeli. pastu Bukit Bunga. pastu kat KT kejap singgah amik kepok lekor BTB. 

Saja balik Bt Payong awal sikit. Sebab last balik masa pilihan raya aritu. So dpt la spend seminggu kat sini. 
Masa kitaorg sampai tu, still tak cukup corum satu family halaman dhuha. 
Family Shah Alam hari rabu baru sampai. 

Malam raya tu, mak la busy masak kuah kacang, rendang, n nasik tumpen. (ok, kalau salah eja, adik2 ipar sila jangan gelak!). Ayah ngn husband n abang2 ipar semua dok busy bakar sate. Sedap gila sate tahun ni!

Saya ni tak berapa membantu sgt. Imani asyik nak berdukung je. Letak kejap nangis. Kalau dia tidur, dapat la tolong2 sikit kat dapur. Buat kuih raya gitu gini. Tapi kejap je la. tidur dia bukannya lama pon kalau siang. 

Malam raya, kitaorg semua sembahyang jemaah isyak. pastu takbir ramai-ramai. Sayu. dan gembira at the same time. kalau time terawikh pun, mmg terawikh ramai-ramai, ayah jadi imam. 


Time takbir tu, rasa tak percaya baby Zarifa still with us. dapat celebrate raya ngn kitaorg semua satu keluarga. Alhamdulillah.Siapa sangka kan, kuasa Allah =)

Dah jadi tradisi keluarga halaman dhuha, kalau berbuka puasa, kitaorg akan makan dalam talam. tahun ni tak berapa nak merasa sgt makan sekali dalam talam. sebabnya asyik dukung Imani je sepanjang masa, mana nak join orang lain makan dalam talam. malam last berbuka tu je sempat. tu pun laju-laju makan. mintak tlg adik ipar pegangkan Imani kejap. 


sekarang ni, ada 3 dulang. satu utk lelaki dewasa. satu wanita dewasa. satu lagi kanak-kanak. 
champion utk talam kanak-kanak, ialah Ilyaas. 
bersungguh dia makan. 
Tahniah nak!
Umi bangga. hahahah
tak dan dan yang tu pn nak bangga


No comments:

Post a Comment

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...