Friday, August 2, 2013

24 Ramadhan- Terlajak Tidur daaaa

Assalamualaikum , Salam Jumaat, Penghulu segala hari.

Hari ni dah 24 Ramadhan dah.
Pecah rekod, hari ni terlajak tidur sampai hampir-hampir pukul 7 pg. Astagfirullah.
Makanya, kami suami isteri terlepas la pahala sahur, terlepas la mengalas perut untuk berpuasa hari ni.

Tapi, puasa tetap puasa. Wajib diteruskan.
Semalam sepanjang hari rasa tak sedap badan. Seram sejuk semacam je. Kepala pun sakit.
Petang pas balik from uni, ckp kat husband mmg tak larat nak masak.
So, ke bazaar je la. tu pun, husband keluar sorang je. kami anak beranak dok dalam keta je tunggu.

Balik rumah je rasa sejuk gila, siap pakai sweater semua. Berbuka makan nasi goreng share baki dari makanan Ilyaas. Husband beli nasi ayam sebungkus tak bersentuh pun. last-last dah detect ada ura-ura nak basi, so jadi makanan tong sampah je. Bazir!

Masa nak terawikh, Ya Allah dua-dua anak nak berdukung dengan umi. Si adik boleh la umi dukung sambil solat. Si abang, mmg x mampu la sayang. Dia geram, masa sujud, dia bantai duduk atas leher umi. Dah la tgh pening kepala, bangun from sujud, terus air mata mengalir sebab rasa sakit sgt kat leher. Budah berat almost 14kg kot duduk atas leher kan. Sujud kali kedua, dia buat camtu lagi. Kali ni terpijak tangan adik, maka adik pun nangis sekuat hati. Dan, umi x dpt nak kusyuk lagi dlm solat. Terus bangun dah 'naik angin' dgn Ilyaas. Insaf la sekejap budak tu. Anak la anak, time tgh membesar mcm ni, mmg kesabaran umi ayah kena tinggi. Tp thank u la anak-anak, dgn adanya korang, umi ayah rasa pahala puasa umi ayah tahun ni lebih banyak dari tahun tahun sebelumnya., InsyaAllah, mudah mudahan.

Ok, berbalik pada tajuk entry, kol 10.30 mlm, umi lapar balik. td berbuka makan seciput je kan. si adik pulak asyik nak gombeng je, bg ebm pandai pulak refuse semalam. so masak meggi la jawabnya. tak berkhasiat jgn tiru ye. tp saya darurat. nak cepat.

sepanjang malam tidur, adik melekat je dgn umi. susu umi jadi makin sedap agaknya bila umi tak berapa sihat , ye dik?
kol 3.30 bangun buat susu kat ilyaas.
sambung susukan adik.
alarm patut bunyi kat hp umi ayah kol 4.30. tapi tak bunyi. itu tekaan kami.
maka terlajak la tidur kami.
tak sahur la kami.
sobs.
sokmo mcm ni, hujung2 puasa mesti ada sehari ter-skip sahur.
moga dapat bertahan mcm biasa hari ni.
mungkin pump sekali je la kot arini.

apepun, bg yg dah nak mula balik kampung, pandu elok2 k.
kitaorg esok baru balik rumah my parents kat penang.
hari isnin, balik ganu.
dok ganu seminggu.
so sesapa kawan2 kat ganu, jemputla dtang umah parents in law i kat bukit payong k untuk beraya.
tok sah segan segan k:)

 *selambe je menantu ajak kawan dtg umah parents in law*
 *mak tak kisah kan mak?* heheheh

1 comment:

  1. Dugaan tu sis..alhamdulillah..semoga dipermudahkan sis ye untuk lagi 5 hari..

    Salam aidilfitri sis..have a safe journey to ur hometown.

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...