Cerita hari raya ke 4 pulak.
Pagi pagi lagi kitaorg dah siap-siap nak gi beraya rumah mak sedara yg xsempat pergi masa Day 2 haritu.
Sebelum keluar beraya, sempat lagi menggediks dgn husband.
Weh, sepanjang raya kali ni tak sempat pun amik gambar berdua je dgn husband.
Sekali sekala nak feeling pengantin baru jugak ken.
kami suami isteri tunggu la, tak lama lagi maybe husband i menulis kat blog ni jugak pasal kereta..hahah ada kisah pasal kereta kitaorg |
Tengok la reaksi husband ku. memula muka xde perasaan je.
Lentok sikit atas bahu baru dia gelak sakan.
Nak buat camne dapat isteri sengal camni kan, husband plak sabar je la melayan.
Rumah pertama kitaorg gi rumah Suwook. Adik bongsu my father in law.
Suwook ni jenis orang yg suka berniaga.
Perniagaan utama dia ialah Bepang Pulut.
Bepang pulut dia mmg sedap.
Rezeki kitaorg aritu, masa sampai Suwook tgh busy siapkan order untuk orang buat door gift kenduri kawin.
Bepang tu fresh from kuali, pastu masuk kat acuan dia, and Suwook tgh dok potong-potong ikut size yg orang tu order.
bepang pulut suwook |
Pembuatan bepang pulut oleh Suwook ni dibuat secara semi-kecil kecilan. Buat kat rumah je. Pekerja sendiri sahaja. Pakai beras pulut siam, dengan gula nira siam. tak pakai yg local sebab local campur gula biasa jugak.
Suwook jual sepeket ada 3 keping bepang. Harga sepeket mengikut size bepang dalam paket tu.
Biasanya untuk door gift orang order yang size kecik-kecik je. Harga bermula from RM0.50, RM0.70 dan paling besar RM1.00. Ni kalau order banyak-banyak la.
Kalau order sikit2 xleh la nak dapat harga borong mcm ni. Kalau beli kat pasar payang, mau sepeket RM3.50 kot tak silap.
Sapa nk order boleh contact Suwook No HP: 013 976 4003 No Tel Rumah: 09- 619 5737 Alamat rumah Suwook: No 130, Kg Surau Panjang, 21070 Kuala Terengganu Suwook atau nama sebenarnya Jarrah Binti Awang |
Dah terlanjur tengok kegigihan Suwook dok potong2 bepang pulut tu, I pun ter-join Suwook buat kerja kat bengkel bepang dia tu.
Sambil buat kerja, sambil ngap dua tiga keping bepang.. Hahaha
Sebagai upah, dapat beberapa bungkus bepang free. :P
Saya menolong Suwook |
Sementara tu, Ilyaas kat dalam dok seronok main dgn cucu cucu Suwook.
OOTD Ilyaas Baju Upin Ipin Seluar Rebel UK |
Anak anak tak mau tidur, so bagi dorang layan tab kejap. |
Esok nya balik Tronoh.
Tamatlah sessi raya kitaorg.
Hari Selasa malam dpt call tok meninggal. rushing balik Penang/Kedah pulak.
Plan nak beraya kat sebelah my family tertunda sebab pemergian nenek tercinta.
Di ganti dgn majlis tahlil.
Anak2 sempat lagi habiskan baju raya yg belum di pakai. hehehe.
anak beraya sakan dari parentsnya.biasala tu kan.
Raya ni yg syoknya anak2..kita tumpang2 jek.hahah
ReplyDeleteooo bepang pulut ke nama dye.hehehe xtau pon.tau makan je.heheh
ReplyDelete