Assalamualaikum semua,
Sepanjang stay kami kat sini, siang hari my husband ke uni, siapkan kerja research dia. hari kedua kitaorg kat sini dia dah present hasil kerja dia depan expert dlm bidang geophysic. Alhamdulillah, lega rasa bila prof tu cakap results semua dah cukup utk master ni and cuma perlu tambah sikit2 lagi, so skrg my husband tgh fasa nak siapkan thesis dia. moga dipermudahkan. on my side pulak, i dah submit my thesis kepada my sv (now co-sv) dkt france, dia tgh check. lepas selesai semua dia check, buat correction and will submit to graduate studies utk proses nak viva..mudah-mudahan.
Eh sori, tajuk lain, tapi cerita lain.. So while my husband gi TU Delft, sy melepak je dgn anak-anak.
Tgh hari tadi saya ngn anak-anak berjalan-jalan sekitar Delft Centrum aka Bandar Delft.
Cuaca plak sgt nice arini. Matahari terik, tapi tak la panas bahang mcm kat Malaysia.
kitaorg pon pakai nipis je. angin kadang2 bertiup bawa rasa sejuk..
Jalan tak da arah. pusing2 tolak stroller and biar Ilyaas jalan kaki sendiri.
Mulanya dia malas. Tp bila dia rasa cuaca tak sejuk sgt, dia jadi aktif terus.
Ilyaas jenis tak suka sejuk2. kalau sejuk dia jadi malas nak bergerak.
Singgah kedai ni. ape nama x ingt. mcm watson la.
beli air je kat Ilyaas. kat sini makanan sgt2 murah.
aritu kitaorg beli mcm2 jugak la, harga x sampai pon 10euro.
Terjumpa kedai Indonesia ni. tp tutup.
Sebelah dia ada kedai makanan Indonesia gak.
tp mcm tak halal je. tak de pon signboard halal.
dah 2 kedai Indo yg I jumpa, dua2 takde tanda halal.
kat sini klu confirm 100% halal, kedai kebab. mostly org turkey yg jual.
mmg beberapa hari ni kitaorg ni jadi pelanggan setia kedai kebab. tp i tak la sokmo makan kebab, muak n rasa kolestrol sgt. hahahha.
ada time I beli subway seafood crab or makan pizza spinach and cheese ke. boring gak la.
sementara nak tunggu masuk apartment yg ada dapur, terpaksa la makan luar dulu.
tak pon kitaorg makan indomee, roti, yoghurt, minum susu, jus, camtu je la.
Since I mmg takde plan nak pegi mana2, so merayap je la dgn anak2.
Ilyaas mcm happy je dpt keluar from hotel. heheh,
yela kat hotel mengadap umi je.
Imani xpe la dia ngntok tido.
I ada la ajar Ilyaas buat aktiviti2 sket, beli sticker etc.
tp still dia bosan gak.
Masuk satu kedai jual barang2 vintage tp colorful.
Guest what? I jumpa tikar plastik ni .
dia jual 19euro tu.
sah2 import from malaysia or indonesia ni
ada bnyk accessories gak dlm kedai ni, tp agak mahal la harga dia.
Gambar atas ni la kedai jual tikar tu.
dorang ni walaupon tgk I pakai tudung, muka tak mat saleh langsung, dorang akan still communicate dlm bahasa belanda. I akan jawab balik, sorry I don't understand. then, baru dorang ckp english. kat sini takde la orang pandang pelik walaupon pakai tudung, sbb mmg ramai penduduk sini yg menutup kepala dgn hijab.ramai jugak community muslim kat sini.
sebelah kedai jual tikar tu, ada kedai fashion2.
tuan punya kedai dok lepak kat luar kedai berjemur. sbb ada matahari.
punya la kalau kat malaysia kita nmpk matahari ke cpt2 nak cari tpt ada ekon kan.
tak pun berpayung..
Sambil jalan2, lalu tepi canal/terusan sekitar banda delft ni, byk la itik berenang2 gembira.
Ambil kesempatan bg Ilyaas ngn Imani bermesra dgn alam. suka plak dorang dok sebut "duck duck duck"
Itik2 di terusan
Sempat feeding Imani.
makan makanan Heinz je.
umi x mampu nak masak bubur lagi
InsyaAllah minggu dpn dah masuk apartment, so boleh memasak.
Alhamdulillah, spnjg kat sini, susu I mcm mencukupi, so Imani x la nmpk kelaparan walaupun I bagi dia makan makanan Heinz je. ada jugak bg nasi kebab tu, tp tak banyak dia makan.
budak tu kan kategori bayi picky eater.
restoran di tepi terusan
org belanda mkn tgh hari atas bot di terusan.
blue love
landmark bandar delft
kat sini terjumpa 3 orang from sg siput. hahah
jauh benar smpi kat delft ni baru nak jumpa...
delft new church
ada orang kawin tadi
ramai la kat sini
Dekat Centrum Markt delft ada byk kedai cenderamata.
I pusing2 je melihat sambil survey harga,
Antara FM yg ada
ada yg pm I nak pesan @ kirim FM
Jadi lepas tgk2 harga td, I kira-kira, campur conversion rate + dgn postage dari malaysia nnt (i guna flat rate rm10 tau postage sbb i tak amik apa2 untung pun belikan barang2 mcm FM or baju or apa2 la..
satu FM lebih kurang RM10-RM15(tgh design dia) campur postage jadi satu FM range harga antara RM20-RM25.
kalau key-chain RM5 campur postage RM15
Sapa-sapa nak still boleh pm I kat fb, or email I kat athidean@hotmail.com
letak title KIRIM BARANG DARI HOLLAND
selaim FM, ni ada lagi cenderamata
mostly kaca
so susah sikit la nak beli jenis2 mcm ni
walaupun nampak antik dan classic
sebelum balik bilik tadi, singgah beli nasi kebab lagi
ada budak dok request nak nasi nak nasi
ok la, satu portion besar mmg xabis makan 3 beranak kitaorg. simpan dinner plak la.
sempat bergambar dgn artwork dkt dinding bangunan
standard color from dutch
ok itu je, nnt I update pasal lain plak k
nak kena buat formatting thesis ni..
Sis kena dok sana lama ke.tot nk kirim bju aish like kemeja n jeans..boleh ke
ReplyDeleteSy nak ole2. FM dua biji bleg
ReplyDeletepM u dear.. I nak FM. Suh pokyeng bayor hahaha...
ReplyDeleteAthi, dulu KJ g amsterdam pernah mkn kt kedai indon yg halal. Bila sembang2 ngn diorg, dia ckp indon kt ctu nyk dtg dari area2 Bali, so byk non muslim. Tp kelaka punya la byk indonesian dkt holland smpi polis dkt airport pon org dia. Byk kali jumpa polis tegur kita bahasa melayu hehe
syoknyerr..
ReplyDeletebeshnyeeee
ReplyDelete