Monday, August 18, 2014

Dari rumah ibadat Yahudi , kini sebuah Masjid

From Synagogue to a Mosque






Assalamualaikum korang, 

Salam sejahtera semua. 

Hari ni I nak share beberapa keping gambar yang I snap masa I jumpa sebuah masjid time I sekeluarga berjalan-jalan di China Town, Den Haague, Holland. 

Sejak jejakkan kaki di Holland, I mmg pasang niat, kalau terjumpa masjid, I nak masuk. I nak solat dalam masjid tu. Sampai sesat2 kami cari masjid masa di Rotterdam. Tapi Allah temukan kami dengan sebuah rumahNYA masa kami jalan-jalan di Den Haague. 

Masjid lebih dikenali dengan panggilan Moskee di kalangan masyarakat Muslim Belanda. Kebanyakkan orang Muslim Belanda adalah berasal dari Turki, tapi ramai jugak orang Dutch yang bergama Islam. 

I sangat teruja bila nampak masjid. I terus masuk, tanpa baca apa yang tertulis di papan besi yang tertampal sebelah pagar masjid ni. Rupanya, masjid ni adalah bekas sebuah Synagogue. 

Korang tahu tak synagogue tu apa? 

Initially, I blank. I takde idea pon apa maksudnya. Infact first time I dengar perkataan synagogue ni bila my husband sebut. 

My husband terangkan, synagogue ni ialah RUMAH IBADAH JEWISH

Yup, orang Yahudi punya tempat ibadat. 

Tapi itu dulu...zaman dulu-dulu. sebelum tahun 1942.. Lepas World War II, synagogue telah ditinggalkan kosong. Korang boleh baca history sebab time-time tu orang Yahudi sangat lah susah untuk survive di sekitar Europe especially in German (kaitan Hitler and Jewish)... 

Disebabkan bangunan empty and abandoned, orang Muslim di Belanda yang berasal dari Turki sewa tempat ni dan akhirnya dapat beli bangunan ni dan kini synagogue ni dah menjadi RUMAH ALLAH SWT

Syukur sangat2...

Ironically, masyarakat kat sini namakan masjid ni sebagai AQSA MOSKEE. 

Sempena nama Masjid Al-Aqsa di Palestin...


Keadaan di dalam Masjid Aqsa, Den Haague.

I tak berkesempatan solat di dalam masjid ni..sebab time  ni hujan dah mula turun renyai-renyai dan anak-anak dah tak larat. 

I just masuk, bagi salam, dan ambil beberapa keping gambar ni sebagai kenangan...

Sebelum keluar, I panjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT perkenankan impian I untuk jejakkan kaki di dalam rumahNYA di bumi Holland ni walaupun tak berkesempatan tunaikan solat di dalam masjid ni...

Tak sangka sungguh dapat jejakkan kaki ke sebuah masjid yang mempunyai sejarah seunik ini. 

Semoga kita sentiasa berada di jalan yang diredhaiNYA...Amin...

2 comments:

  1. bagusnya entry nih
    banyak ilmu akk dapat
    tq for sharing ths

    ReplyDelete
  2. Cantiknya...farah ada aunty sebelah husband yg menetap kat sana.. teringin jugak nak pi jenjalan kat sana.. tapi kena kumpul duit dulu la..hehehe

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...