Assalamualaikum,
Sepanjang bulan puasa ni, alhamdulillah I masih dapat breastfeed Imani.
Waktu siang biasanya I pump sekali je, sebelum solat zohor. Kalau stock ebm untuk the next day dah tak cukup, baru I pump dua kali. because I know, pump dua kali confirm I akan dahaga dan lembik sangat. tapi terpaksa jugak la beberapa hari pump 2 kali, selang-selang pump 2 kali.. korang pon tahu kan stok ebm Imani kais pagi makan pagi kais petang makan petang..
I bekalkan jugak susu Anmum Step 3 dekat rumah pengasuh.. disamping 3 botol ebm.
ada 2-3 kali Imani minum susu Anmum tu..
By the way, tujuan entry ni bukan nak citer pasal ni, sebenarnya nak citer pasal anak susuan ke 4 I dan suami...
tgk gambar dulu Imani dgn adik susuan dia...
Adik kepada Arman Fayyadh iaitu anak susuan ke-2 kitaorg.
Arman Fawwaz ni lahir bulan may hari tu, beberapa hari lepas tu, kitaorg sekeluarga berangkat ke Holland. Before gi Holland, kitaorg lepak dulu dekat rumah my sil, sempat I susukan dia masa mama dia gi mandi..
tapi I xsure la dia kenyang ke tak masa tu. Budak ni bam bam sesangat...mcm shin chan..
tak tahu bila masa dia kenyang, sokmo dia lapar jer..hahahha,
tengok badan dia la kan..
then, lepas balik from Holland, I sambung susukan Fawwaz lagi 2 kali.
Again, I was-was jugak, kenyang ke idok budak ni.. tapi lepas menyusu dia burp kuat, maka kenyang la tu kan..
Balik Tganu minggu lepas, mama Fawwaz gi settlekan hal rumah, I susukan Fawwaz ngn Imani serentak.
walaupun tgh puasa, Alhamdulillah susu ada lagi masa tu..bila double feeding at one time, jadi makin banyak plak...
Dah jadi 4/5 kali dah I susukan si Fawwaz ni, maka confirm dah Fawwaz sebagai saudara susuan Imani , sekaligus jadi anak susuan ke 4 buat I dan suami..
nampak tak ketembaman si Fawwaz ni.. Hampir sama ok lebar badan dia ngn Kakak Imani..
I babywearing si Fawwaz ni guna carrier Imani, tak perlu adjust size apa2 pon...
Imani kurus sgt ni...minggu depan check up 18m ngn cucuk, confirm nurse bebel kenapa anak awak tak naik berat...
Btw, semua anak2 susuan I dgn husband ialah anak sedara sebelah my husband jugak... bukan orang lain..
yang bestnya, nnt tak batal wudhu dengan Fawwaz, Fayyadh and Amzar... n tak perlu pakai tudung dengan mereka jugak bila mereka dah cukup umur nnt..
Nak baca cerita anak-anak susuan I yang lain?
2. Fayyadh
3. Zarifa
Jemput klik link dekat nama-nama di atas....
Dan tolong doakan Zarifa kami juga yer....
Thank You semua....
ps: Alhamdulillah berjaya bfeed Imani for 18m, next target, 24m...this phase going to be transition ... I confirm akan mix kan bm n fm... slowly...heheh
No comments:
Post a Comment
Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...