Ni memang sah I dah tergolong sebagai golongan mak cik..
Sejak nak start puasa haritu, asyik terbayang-bayangkan corak dan design langsir.
Nak buat ganti langsir sliding door kat rumah sewa kitaorg ni.
Korang bayangkan la, sejak kawin dah 4 tahun ni, I tak pernah pon tempah langsir.
Memula kawin dok rumah ayah kat KL, sah sah dah ada langsir..rumah family kan.
Tapi masa nak raya, I beli gak langsir yg ready made kat Aeon tu.
I beli ke mother in law i beli eh?
Isk, mmg I ni tak boleh buat role model menantu contoh tau, sebab I rasa mil yg belikan langsir tu...
Huwaaa, teruknya perangai...
Pindah rumah sewa plak, kakak ipar I dgn baik hati bagi langsir2 dia yg dia tak nak dekat I.
Banyak pulak tu, memang lebih dari cukup nak tutup semua tingkap kat rumah sewa tu.
Tingkap bilik belakang jer I guna langsir sumbangan dari my mum...
Read More>>
Thank you semua yg sudi sumbangkan..:D
Dah nk masuk raya ke-3 kat rumah sewa ni, langsir tu tak pernah pon bertukar..
tapi I pernah basuh la.. takde la I ni tahap teruk sgt tak pernah basuh...
Hari nak basuh langsir tu pon pikir dua ploh kali ok, sebab langsir sliding door tu ada satu jer, bila kita bukak basuh, dah jiran semua nampak kita kat dalam rumah. Kna pakai tudung je seharian sementara nak tunggu langsir tu kering..
Hmmm, seb baik la sehari je dah kering..
Ramadhan tahun ni, I mmg berdoa bagi ada rezeki lebih sikit nak tempah jugak langsir..
Biar la yg murah-murah pon takpe, janji berganti baru.
Dan at least langsir ni I punya. bukan mak punya, bukan mil punya, bukan kakak ipar punya..
Nanti ada rezeki kitaorg beli rumah sendiri, boleh la pakai langsir ni kat rumah sendiri nnt...
Mcm biasa la kan, I suka google. hahahah,...korang semua pon sama kan?
Lepas je submit thesis softbound semalam, I mula diganggui nafsu nak tempah langsir. Bahaya sungguh.
Mujur la dah set bajet...I pon google la langsir yg I berkenan..
Kaler biru mcm ni, mmg tenang jer nampak..
Yang ni elegant kan.. corak bunga besar gitu..
ada another layer yg jarang plak tu
yang ni simple je la.. tp tak berkenan sgt kaler dia..
yang ni comel..
nak buat mcm ni la kat bilik Imani nnt..
tapi I tau yg cantik comel cun elegant semua ni confirm harga kain pon semeter mencecah berpuluh puluh ...
nak buat langsir sliding door kena 15m, mau berapa ribu nak kena bayar ....urut dada...
Dan alangkah indahnya kalau I reti menjahit langsir sendiri..
dalam impian nak belajar menjahit..
Lepas siapkan proposal bertajuk Projek Langsir dekat husband I smlm, I whatsapp dia.
Siap nyatakan harga, bajet, long term use etc...
Maka, dia terpaksa jugak bersetuju dgn suri hidup dia ni..kalau tak kena dgr zikir " nak langsir nak langsir"....
I survey dua kedai curtain..
Satu kat Bandar U... mahal..upah jer satu panel Rm15. kain kat kedai tu plak tak banyak pilihan. berapa roll je ada.. harga kain paling murah Rm7.60
Then, I gi Nafisa Textile kat SWC seri iskandar, upah satu panel Rm8... harga kain paling murah Rm6 (lepas less sebab sale katenya nak raya)...
Ni corak pilihan I..
I pilih berdasarkan ciri-ciri
1. Warna nak lain sikit dari apa yg ada skrg. So I amik silver..
2. Boleh masuk apa2 theme cat pon (nnt ada rumah sendiri sure la nak cat dinding ikut tema nippon paint ke wallpaper ke)
3. corak tak sarat sgt.. n tak nak corak bunga.
4. harga mmg kena yg paling murah. tp kualiti kain dia ok je. tak la tebal mcm langsir hotel.. tp ok la buat ganti.
Plan nak buat kain nipis kat layer belakang..
tp kena charge upah lain. and harga kain jarang tu lagi mahai dari kain ni. mahai banyak plak tu..
maka I postponed dulu niat nak buat langsir nipis..
lain tahun la...
entah mcm mana rupanya ble dah siap... esok baru siap...
walaupon tagline dia kata tempahan siap dalam 1 jam..
musim orang nak raya ni, mmg banyak la tempahan dia I nampak td...
harapnya molek la dgn rumah sewa i tu nnt..
*dalam hati simpan niat nak kumpul duit siap2 utk tempah langsir rumah sendiri nnt*
masa la kita... dari sebelum puasa dah fikir nak tukar langsir... hihihi
ReplyDeletesamalah kita athi..i belum start jahit lg wpun kainnya dh ada,i gigihkan diri nk jahit sendiri sbb ada mini sewing machine-Amoi
ReplyDeleteFuhhh..syiok..akk pun act nk tuko lgsir rmh tp budget xde lg..so nmpk gya lps rya la br tuko..uhuk
ReplyDelete