Assalamualaikum,
Bangun sahur tadi, ada rasa syukur dalam hati bila scroll the newsfeed di fb.
Alhamdulillah, kini kotak hotam pesawat malang MH17 dah berada di tangan penyiasat Malaysia.
Diserahkan pukul 9pm waktu Ukraine kepada wakil Malaysia.
Boleh klik video ni untuk saksikan upacara penyerahan kotak hitam MH17 kepada wakil Malaysia.
Kotak hitam ni diserahkan oleh pasukan puak pemisah yg berkuasa di lokasi kejadian terhempasnya pesawat MH17. InsyaAllah, bila kotak hitam dah berada di tangan kerajaan kita, tiada apa yg dapat disembunyikan lagi. The truth will be reveal soon.. Mungkin bakal mengejutkan dunia...
Pasukan Puak Pemisah mengucapkan terima kasih kepada wakil Malaysia dan Netherland kerana datang berjumpa mereka tanpa bantuan kerajaan Ukraine. faham-faham la politik di antara Ukraine-Russia dan puak pemisah ni adalah orang tengah di naungi oleh Kerajaan Russia. Tahniah kepada PM kita DS Najib Abdul Razak kerana bercakap sendiri dengan ketua puak pemisah, Barodai tanpa menggunakan orang tengah.
Berkaitan mayat/jenazah kesemua penumpang MH17, 282 bodies were recovered, dan akan dibawa menggunakan kereta api ke Karkiv.. dari situ akan diterbangakn ke Amsterdam menggunakan pesawat tentera Netherland (Hercules 130 tak silap saya).. Turut akan mengiringi penerbangan mayat/jenazah tersebut ialah 6 orang dari pasukan Malaysia.
Moga segalanya dipermudahkan Allah.
Biarlah jenazah/mayat dapat sampai ke pangkuan keluarga masing-masing sebelum 1 Syawal. Sayu sebak dan syahdu sudah pasti. Tapi kita redha. Saya yakin ahli keluarga mangsa juga semuanya telah redha dengan ketentuan Ilahi. Beginilah ajal yg sudah tertulis ti Luth Mahfuz.
Harapan kita dan kesemua rakyat Malaysia (yg berhati perut) cuma ingin jenazah di bawa pulang, diuruskan mengikut keagamaan masing-masing dan disemadikan dengan cara yang elok.
Supaya ada pusara untuk dilawati..
Apapun, saya kagum dgn kebolehan DS Najib Abdul Razak yg diberikan kekuatan dan ketengangan serta kebijaksanaan untuk bertindak dengan baik dalam situasi tegang dan sedih seperti ini.
kita doakan yg terbaik yer..
Hentikan rumours.
Stop questioning ridiculous questions yang menampakkan ketidak cerdikan diri sendiri.
Hormati mereka yg terlibat.
Ini tragedi buat negara.
Tahun yg penuh tragedi.
kecian pm kan.. macam dugaan masa dia memimpin...
ReplyDeletealhamdulillah... syukur, semoga segala urusan dipermudahkan.
Alhamdulillah. ...rundingan cara penyelesaian terbaik...kekerasan akan menghancurkan semua
ReplyDelete