Wednesday, October 17, 2012

Keluarga Iskandar

Sapa dok follow episod2 keluarga Iskandar? Kitaorg tiga beranak mmg follow. Haaa, jangan tak caya plak, Ilyaas pun join sekali umi ayah dia tengok keluarga iskandar. Tapi, kitaorg tgk kat youtube je, so sedikit ketinggalan la. Plus, bila ada masa lapang sebelum tidur baru kami sekeluarga tengok.
Kira mcm movie night la.

Somehow rasa mcm drama keluarga iskandar ni ada banyak sgt lesson learnt. Cara lakonan dan penyampaian mesej tu sgt berkesan. Dalam kelakar and serious mode dalam drama ni, sentiasa ada terselit motif2 berguna.

Contohnya, scene bf Adibah kena interview dgn abang-abang dia.
-menunjukkan pentingnya kita tidak merahsiakan sesuatu hubungan (tak kira la berkawan, bercouple etc) daripada ahli keluarga. Ahli keluarga kita bukan nak halang hubungan kita, tapi nak pastikan kita berkawan dgn orang yang betul. Salah pilih kawan, diri sendiri yang merana kan..

Contoh kedua, scene Alan gaduh dgn Mak Jah sebab tak nak jugak buat pelamin time kenduri kawin dia.
-mmg la point dia betul, dlm Islam xde suruh sanding2 semua, tp point Mak Jah ialah nak bergambar cantik2 pada hari yg penting dalam hidup Alan. Nampak semangat kekeluargaan di situ bila semua orang happy and gembira sebab dapat bergambar kat pelamin cantik-cantik. Ada kenangan untuk ditatap. N nampak dimana peranan seorang anak, kalau apa yg mak kita ckp tu xmenyimpang dari ajaran Islam, lebih baik kita ikut je.

Contoh ketiga, scene Kay trying not to rotan/pukul anak-anak dia but nasihat and make discussion atas kesalahan anak-anak
- Membuka pandangan saya cara mendidik anak. Persefahaman adalah perlu. Rotan atau memukul jika sudah terlalu keterlaluan. Tp guna konsep precaution is better than cure itu lebih baik.Cara dia denda anak-anak pun give me an idea konsep mendidik anak-anak.

Source: Astro Gempak
 
Itu antara contoh-contoh scenes yang saya ingt, banyak lagi untuk di listkan. Memang tak rugi ambil sedikit masa, relax dan tonton drama ni. Bukan nak promote ke apa, but it really gives something different. Selain kelakar and bersahaja.Bagi yang belum menonton, balik karang klu sempat tengok la satu dua episod, sure tak rasa rugi. =)

On the other notes:

  1. Yesterday's appointment with dentist turn out well walaupun terpaksa tunggu lebih sejam. Gigi semua ok walaupun sekali sekala mmg alami masalah gusi berdarah (inbalance hormone masa pregnant). Buat scalling sekali. Sekarang gigi saya bersinar-sinar mcm iklan darley ok..*tipu*
  2. Hari ni rasa sgt penat. Entah kenapa.Byk berjalan kot. N rasa tak productive sgt. tp mcm byk gak buat kerja.
  3. Kaki makin lenguh. Bengkak dah mula sikit2.Aaaa another 15weeks to go ni..
Ok dah la. bye-bye. Sudah rindu Ilyaas masham.

2 comments:

  1. acu amek la engineering mak dah redha dah.. ha amek la.

    ReplyDelete
  2. hehe.. betul2 citer ni best..

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...