Tuesday, October 9, 2012

Survey Now Begins-Set Berpantang

Bulan lepas, dah start survey set tilam kekabu untuk baby no #2 ni.. Alhamdulillah, hasil survey, dapat jumpa penjual yg jual dgn harga berpatutan dgn kuantiti item yg memuaskan and yg paling penting, size tilam baby yg muat utk baby cot nnt. Tapi baru je buat bayaran and tempahan kelmarin.hehe. Nanti barang dah sampai saya review=)
 
Masuk bulan ke-6 ni, saya memulakan survey untuk beli set berpantang pulak. Masa mula-mula pregnant dulu, ada juga survey sikit2, tp tak intensif sgt. Survey menyurvey ni mcm jadi part-time saya la bila bosan stress dgn research. Hehehe.
 
Kat Malaysia ni, sangat banyak set berpantang yang dijual, sama ada online sales, kat kedai jamu, kat farmasi or kat hospital2 pun ada. Bergantung la pada tuan punya badan nak set yg mcm mana. Jamu based, Organic based, Spa-style based or Hemopati based. Sebut je, semua jenis ni boleh didapati dgn mudah. Sedia duit je.
 
Berdasarkan pengalaman berpantang anak sulung dulu, saya makan Set berpantang Jamu Nyonya Meneer . Tp, jodoh saya dgn set berpantang Nyonya Meneer ni tak panjang sbb saya sendiri tak berapa nak sesuai dgn jamu-jamu yg disediakan, and anak cirit bila saya makan masuk kotak kedua. Tapi saya sempat guna set-set pilis, parem dan tapel yang disediakan sekali.
 
Untuk persediaan berpantang kali ke-#2 ni, saya plan nak cari set berpantang yg agak-agak sesuai dgn badan ni, yang penting not jamu-based la, since dah tau badan tak match kan. Tapi saya nak yg ada pil kesihatan.
 
Ni list-list of set berpantang yg sempat saya survey kan:-
Untuk detailed list (ada 63 jenis set berpantang), leh baca kat forum Hospital Bersalin.
 
Spa-style Based
 
Tanamera PostNatal Care Set - Bermula dari RM360 (include postage) bergantung pada pakej yg dipilih, boleh jugak beli secara individual item
Price untuk individual item yang saya tahu (saya email customer care Tanamera) sbb berminat dgn produk2 ni je, nak beli the whole set, tak mampu akak ..
 
Lavender Floral Water – rm36
Herbal massage oil - rm33
Cold Press Coconut oil rm34
Brown Formulation Body Soap- rm15
 
Non-Jamu Based
 

Tropical Herbs Amway - Harga kena pandai cari. Dari survey saya range RM230-280, bergantung pada penjual.Ni harga online la. Ni agak menepati ciri-ciri yang saya nak, ada ubat/pil kesihatan lepas bersalin, pilis, parem, teh herba, minyak urut, minyak ramping, pembasuh wanita, etc tp saya xnak dah bengkung tu, sbb my MIL dah buatkan dari anak first lagi, but since percuma, tak kisahlah.Maybe nak beli yang ni kot. Tp nak try cari kedai yg jual murah lagi.Ke ada sapa2 nak hadiahkan? =)
Manja Set Bersalin Cosway - Rm400.mahal tp barang2 dia mcm best je. Ada kapsul herba bersalin, lulur, mandian herbal, lulur herbal, bengkung, pilis and banyak gak gift lain mcm socks, selipar dalam rumah, buku panduan etc.. emmm, best best..tp harga dia mahal benor.. Sapa tau kat mana ada jual murah set ni?
 
Leesa Confine Mum- Ada 3 jenis set, harga berbeza ikut set. Range RM210-345. dalam ni dapat bengkung, ginger cream, minyak telon, prawan (nak jadi dara balik kot?), pati haruan, and body contour gell.
 
Set Bersalin HPA- Murah sekali!. RM85-90 je satu set. Ni takde bengkung. Ada dua jenis pil lepas bersalin, minyak barut, minyak bayi, teh herba, ubat periuk (tak pasti kegunaan dia untuk apa), ubat basuh dan spirulina.
 
Set Bersalin Jati Indah- RM 250. ada tablet utk kesihatan lepas bersalin, losyen berurut ibu, bengkung, losyen urut baby, basuhan herba utk mandi dan alat kelamin.
 
Set Sendayu Tinggi/Ammy 60 Days - RM386! rasa baik beli Tanamera gini. hehehe. tp dalam ni banyak gak la bleh dapat.. Ada 11 produk. Sila lah baca dkt link yg sy sertakan tu.
 
 
 
 
 
Set Bersalin Ibu Ambar Kenangan- RM 150-200 (depends dgn seller la). this one mmg xbased jamu langsung, malah takde penggunaan akar kayu etc mcm orang Melayu kita. Based nya rempah ratus Arab. sbb dia mengikut tradisi Timur Tengah. Ada campuran kulit kayu manis, jintan hitam, cengkih etc.
 
 




 
 
 
Jamu-Based
 
Yang ni banyak la di pasaran kita. menurut kak engku bidan bersalin (saya jadikan website dia rujukan juga), pemakanan jamu/pil kesihatan ni mmg perlu. Tp pengambilan dia bergantung pada badan sendiri.
 Ni saya listkan la beberapa yang famous, tp saya tak berminat untuk jamu-based as I said earlier, so saya xsurvey dgn details.
 
-Mustika Ratu
-Nona Roguy
-Nyona Meneer
-Ibu Afiat
-Set Air Mancur
-Set Orang Kampung
- Atika Beauty
-Ibu Halimah/Jamu Mak Dara
 
Homeopati -Based
 
Rasanya kat Malaysia, set Salindah je kot yang homeopati based. Tak pasti la kalau ada set2 lain. Tp set Salindah ni bukan untuk confinement je. Ada dr pregnancy 12 weeks lagi dah boleh start makan, untuk memudahkan bersalin, katanya. Klu beli satu set RM360. set termasuk dr 12w pregnant sampai la dlm pantang. Tp kalau nak beli loose item satu2 pun boleh je. Boleh beli kat website dia or kat kedai2 jamu.
 
Others
 
Ni tak tau nak letak dalam kategori apa, sbb bukan jamu, tp bukan jugak akar kayu tradisional based. Kiranya mcm set kesihatan la. Antaranya ialah:-
 
Set Bersalin Shaklee- Vitamin B-complex, Acid Folic, Vit.C, Multivitamin and Zat Besi, Zink.
Pada pandangan saya, mcm supplements yg kita makan masa preganant ni je. So, rasanya mmg xkan ada masalah la kalau nak continue, tp xde produk2 tradisional. Bg sy kena seimbang antara pemakanan kesihatan dan penggunaan produk tradisional.
 
Ok, sekarang dah survey jenis apa yg saya nak..pasni misi mencari kedai/blogshop/online store yg jual set yg berkenan dgn harga murah...
 
*As for now, eyeing for AMWAY set *
 
 
 
 
 

9 comments:

  1. Athi tempah mana? Bantalkabu? Akak suka Nona roguy

    ReplyDelete
  2. athi tempah kat dar baby shop.
    amik set tak bersarung.
    nona roguy lebih dr budget sy:D

    ReplyDelete
  3. Aku pun pakai nona roguy. Satu set rm285..so aku rase yg dlm list ko ade lebih mahal :) hehe.. And anak aku tk de side effects ape2.. Susu pun jd bykk.. Bestt :) btw, athi, ur post on ilyaas kene fit tu was helpful cause alisha almost kene on tuesday..i managed to detect her kaki dah start bergegar2 and rushed her to hospital..so, ur post saved my baby..thank u..

    ReplyDelete
  4. really kme?? hows alisha now ???is she ok, kena admit tak?
    tula heard good review too from NR.
    tp my SIL pakai jadi panas katanya..
    still tak decide lagi which one to go after..thanks for ur info..
    btw, i just sharing things yg kita tak sedar sometime..

    ReplyDelete
  5. Hi athi! Congrats on your second baby! Dari first baby sampai second baby kita lebih kurang sama kan haha.. I pun tgh survey set berpantang, ingat nak combine set berpantang Malay & Chinese confinement food. First baby dulu rasa mcm tak cukup bagus jaga diri, my MIL buat very basic sbb sama2 kurang pengetahuan. so this time nak prepare better sbb my sister akan jaga kat kampung, so byk benda kena tau buat sendiri.

    ReplyDelete
  6. hi nimi =)thank u thank u..haah kan, mcm plan je nak baby kita sebaya..
    dulu masa i kerja pon ada my chinese fren dia combine malay n chinese style confinement.dia cari tukang urut malay, n wear bengkung semua tu..
    i pon nak pantang betul2 kali ni..dulu czer xdpt urut masa pantang, plus cannot bertungku betul2..
    u kalau nak buat sendiri, boleh guna cara ni :-

    campur air asam jawa yg dimasak dgn kapur sedikit, then sapu kat perut, pastu bind it with bengkung.buat b4 tidur,..nnt boleh kempis perut tu..i baca kat blog some one.tak ingt mana.
    plan to try it nnt

    ReplyDelete
  7. sekurang2nya u masih aktif survey in ur 2nd pregnancy!!! i malas habis ni.. sebaik blh copy survey u hihihih so Thank you!

    dulu siap x prepare apa2 set lepas bersalin, redah je. kalini nak la prepare awal..

    ReplyDelete
  8. heheh.u dah kerja lain la..i study je memanjang tension gak
    so bleh survey and reading other stuff

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...