Friday, November 30, 2012

Dinner di Bombay Palace, KL

Dah tgk link kat atas ni? Klu nak order, email kat myhafiy_blogshop@yahoo.com ye.TQ


Ok, cerita entry ini ialah:

Pada hari sabtu yang lalu, kitaorg 3 beranak dgn family kakak ipar dari johor (yg dtg perak sbb dorg gi cuti2 kat cameron) telah berangkat ke KL.  Kitaorg gi KL, sbb adik ipar yg suka buli I telah balik untuk merehatkan minda di Malaysia selamat 3hari 2malam. Sebab dia stress sgt dgn kehidupan medic dia yg menggila itu. Korang baca lah kisah stress dia kat blog dia.

Sampai KL dalam kol 11 pagi, singgah sentul jap, then gi cucuk Ilyaas. Habiskan cucuk pneumococal dia yg dah lama postponed. After that ke Shah Alam, lunch nasi tomato penang mari and jalan2 kat Setia City Mall (yang orang lain dah berzaman pegi tu). Okla situ. Kecik je tp mcm lengkap jugak la.

Dah malam tu semua ke Bombay Palace untuk dinner keluarga. dah setahun lebih rasanya tak gi makan kat Bombay Palace. Dulu dok KL, selalu gak sebab ikut ayah mertuaku yg mmg penggemar makanan India ni.

Mmg dari petang dah  keep a space dalam perut nak makan besar ni. Heheh. Sampai terlupa nak snap gambo makanan. Tp yg tak bestnya, malam tu penuh gila Bombay Palace dgn orang2 luar aka orang2 besar. Seb baik dah reserved. So dpt kami makan dgn aman.


Ni pun adik ipar yg snap gambo. I mmg dah tak kuasa nak amik sebarang gambar. Dgn lapornya, Ilyaas dok moody sbb sepupu dia yg lain dok layan tab, ipad je. Plus dia kelaparan jugak kot. Last last Ilyaas pinjam note tok dad dia layan upin ipin, baru senyap,baru umi ayah dia dpt menikmati hidangan Indian ni dgn aman damai. Tok dad pun tenang nak makan cucu tak kaco.

Menu malam tu, kitaorg share2 lauk. I seperti biasa akan order my all time favourite lauk iaitu butter chicken. Sedap sgt. Sampai abg syaril habiskan kuah dia. sobs. Pastu ada ayam tandoori. sorang makan seketul besar, kenyang gila. Udang vindaloo, fish curry and lamb rogan josh. Semua sedap. Kalau makan kat Bombay Palace ni, akan teringat time kerja part time kat kedai makan India Muslim kat Perth dulu. Hari2 makan indian food, sampai muak jadinya. Order nasi saffron 5pinggan, pastu share ramai, sbb portion dia besar. Then order vegi briyani satu, share ramai2. and roti nan kashmiri ke ape nama dia xingt.

Lepas makan, kitaorg bergambar kenang-kenangan . hahha.

Tengok la adik ipar I yg bongsu tu. Bergaya dgn dress lagi. form 1 nak masuk form 2 tu.:P
I plak gemuk sorang2.sbb mak buyung sorang lagi tak join dinner. Dia dok rumah , kirim anak2 kat mamu je. Ilyaas hensem tak nak tunjuk muka pulak. Awa tadop dalam gambor. Eh ayah pon tadop, mesti sbb ayah tgh bayar masa ni.Hahahha, tak patut tak patut..lepas makan, anak2 bergembira amik gambar bagai, si bapak kena cover total cost. Thank You Ayah:P





 Ok, tu je, review I secara personally pasal restoran Bombay Palace ni :-

1) Makanan mmg sedap. Worth it dgn harga. Tp kena pandai budget la nak makan apa, jgn main amik semua, nak bayar kang pengsan.
2) Standard harga nasi briyani kat sini rm27-rm35 (2orang makan). Nasi saffron rm18-27 (2 orang makan) (tgk jenis yg letak mushroom ke, plain ke). Lauk lauk standard semangkuk (3-4org makan) RM25 ke atas.
3) Air mahal. So minum air masak dah ler. Mango lassi satu RM18 kot.
4) Kat sini, bila sampai kita akan diserve complimentary cucur sayur/cucur bawang. dengan papadom. Sedap gak buat kudap-kudapan sementara tunggu makanan rasmi datang.
5) Servis bagus. Pelayan mmg well spoken in english, even ramai yg paham malay jugak.
6) Kawasan parking luas, senang nak park kereta.
7) Suasana dalam tu just nice for dinner. Tak terang, tak dimmed sgt. Sesuai la nak gathering family, or nak gi dinner berdua ngn husband pun ok je.




5 comments:

  1. thanks for review... ;) teringin gak pergi...

    ReplyDelete
  2. mana ada saya pembuli. saya seorang yang baik. lagipun, bukan saya yang bagitau desert tu adalah sejenis kuaci. muahahaha


    btw, link blog sy apsal jadi link blog myhafiy? hahaha.

    ReplyDelete
  3. I slalu lallu depan this restaurant, teringin nak pegi one day. but never make the time for it. now since u said it was good, then i shud plan for a visit! Thanks for the review :)

    ReplyDelete
  4. all are welcome.
    saja tulis review sbb rasa mcm worth it.

    dah change link blog drmuda kita.:P

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...