Thursday, November 1, 2012

November sudah

Assalamualaikum,

Tadi masuk lab, tulis tarikh 1 Nov 2012.
Baru sedar pejam celik pejam celik dah hampir hujung tahun 2012.
Rasa mcm baru je masuk 2012. Rasa mcm baru je resign dan register diri sebagai student master by research.
Alih-alih dah nak habis satu tahun.
Hari ni pulak busy sgt. Sebab esok pagi-pagi ada discussion dengan sv. Dan hari ni jugak baru dapat idea apa nak di-discusskan. Dan hari ni jugak baru nak prepare.
Last minute person sungguh la!
Dan hari ni jugak nak kena pegi buat spec baru sebab semalam Ilyaas dah patahkan spec lama.

Bila dah masuk November ni, rasa lebih gelabah dan gabra lagi.
Sebab banyak benda tak siap lagi.

Satu...
Research mmg dah tak ikut original timeline, sebab pelbagai perkara yang out of control.
Tapi masih bersyukur sebab tetap ada hasil. Dan insyaAllah akan selesaikan symposium pertama sebelum cuti panjang nak bersalin nnt.
Kalau boleh sebulan ni nak mantapkan result yang ada sekarang. Dan nak sambung balik tulis part of thesis yg terbengkalai kejap aritu.
Reading utk theory kena lebih banyakkan.

Dua...
Hari Isnin ni nak kena buat MGTT test. sebab berat naik 4kg dari last check-up. Walaupun tak nampak kat mana berat tu naik, tetap kena ikut prosedur kementerian kesihatan. Pasrah demi kebaikan diri sendiri serta anak dalam kandungan. Dah baca satu blog yg tulis prosedur2 nak kena ikut utk MGTT test ni serta keperluan buat test ni. Harap dapat control berat supaya tak naik mencanak-canak mcm first pregnancy dulu. Almost 80kg ok! Pengsan kalau takleh turun berat asal.

Tiga...
Bila dah november, maknanya dah 7 bulan mengandung. dan masuk third trimester. Excited nak dpt anak baru. Tp takut jugak nak bersalin lagi. Dan tau, tak lama lepas bersalin nnt, mesti rasa teringin nak ada baby dlm perut lagi...hahah.. tipula kalau mak-mak yg pernah pregnant tak teringin nak pregnant lagi. Walaupun susah payah bawak badan yg berat ni, tp keseronokkan rasa pergerakan baby sorang2 dlm perut tu Allah je yg memahami. Dan gelabah jugak sbb tau bila masuk 3rd trim ni, maknanya, bila-bila pun baby boleh buat cubaan nak keluar. So, barang2 baby semua kena get ready dah. Setakat ni, baju dah ada beberapa helai, tu pun nenek dia belikan.

Empat...
Tadi sv cakap, lepas deliver and dah rasa sihat, dia nak saya pegi field trip. Ok. Memang perlu. untuk research sendiri. Tp nanti lepas deliver sy nak susukan baby. So, mmg kena fikir jugak mcm mana cara nak pastikan bekalan susu cukup, tidak bengkak susu sepanjang field trip dan penghasilan susu tidak berkurang lepas balik field trip. n kena praktis baby minum dari botol tp tak refuse nipple walaupun umi dia kena pegi field trip seminggu dua tak direct feeding dia. Ok, takut bila fikirkan semua ni. Sampai masa, sy kena harungi jugak. Mudah-mudahan segalanya dibantu DIA nnt.


Okayla,nak balik rumah. Nak pikir nak masak apa pulak untuk dinner. Harap malam ni boleh stay-up (tak tertidur bila tidurkan Ilyaas). Nak kena siapkan preparation untuk discussion esok.


Jom baca Yassin sama-sama malam ni. Malam ni kan malam Jumaat.

K byebye

1 comment:

  1. mgtt. sangat tak bestkan... lin dlu kena 2 kali. mintak2 yang kedua ni tak kena... uhhuh boleh ker?

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...