Sunday, January 13, 2013

Quick Update on Sunday

Assalamualaikum,

Hari Jumaat lepas my parents and adik bongsu datang rumah. Yela, due date tinggal 2 minggu lagi, so mak ayah di BM dah tak duduk senang pikir anak perempuan tunggal dorang yang tgh sarat ni. Hari Jumaat tu pon, mmg malas nak pegi uni. Pagi tu pegi uni, pastu jalan2 kat tasik dengan Ilyaas. Siap nak berdukung pulak  budak tu sebab takut dgr bunyi tractor pemotong rumput tgh potong rumput kat sekitar tasik UTP tu.. Haissshhh, lenguh pinggang n lutut umi ni nak oooi.

Malam tu dinner nasik kandar simpang ampat la. Tapi yang peliknya, orang yg xmengandung makan lagi laju dari orang mengandung. husband tambah 3 kali nasi. pastu dok complaint perut rasa penuh. dah dah makan 3 kali tambah nasi kandar tu. mana x penuh perutnya.

Sabtu plak, pagi2 lepak sembang ngn mak. mak urut2 kaki yg lenguh ni. hehehe. manja kan saya ni? well, nak buat camne, saya mmg manja. pastu keluar breakfast n off to Ipoh. Kitaorg gi Pusat Perubatan Ar-Ridzuan. Last week, dapat tahu pasal PPAR ni, google, call and bersembang dgn jiran-jiran yg pernah bersalin kat sini, semua ckp bagus. Org PPAR pun layan call sy dgn baik, dan sudi terima case saya dan help me for VBAC, jadi sy pun pergi la check-up di sini. Saya pilih Dr. Raoofah Mohammed Amir.

Alhamdulillah, first appointment at 38w2d ni, berat sy dah turun dari last check-up. dah kurang 300g. Mak kata tu tanda-tanda biasa nak deliver. baby dah turun tp belum engaged sepenuhnya. Menurut kata nurse kat KD, baby no 2 biasa akan engaged sepenuhnya masa tgh sakit labour. Estimated berat baby skrg ialah 3.3kg. Lagi berat dari abang dia! Ilyaas was 2.98kg during birth.

Jadi, doc suruh saya pergi banyak berjalan. Supaya jalan cepat bukak dan tak overdue. kalau tak, baby makin berat...uuuuu, apepun, saya doakan anak dlm rahim ni sihat sifat luaran dan dalamannya dan selamat dilahirkan..Ilyaas skrg pun asyik2 panggil diiiiiikkkkkkkk...pastu dtg tepuk2 perut umi.. tak sabar la tu nk jumpa adik....

Klu belum bersalin, sabtu depan (39w2d), kena buat VE....(tak mau pikir sakit, positif positif positif)...

ok, nak pi buat meatball. nnt malam nak masak spaghetti meatball.nyummmmm..lunch nak makan luar, sbb nak berjalan2 di mall.


6 comments:

  1. my friends yg duk ipoh pun semua dok cakap PPAR ni ok...last 2 wks, ada sorg kawan bersalin kat sini....ok la kan..at least ada gak private hosp. kan...

    moga selamat semua nya..insyaallah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke.. alhamdulillah setakat ni semua ckp good review.
      byk je hospital swasta kat sini.pantai, KPJ, kinta medical center, fatima medical center, PMC semua ada..cuma nak tau servis yg mana ok dgn harga yg logic.hehe
      thanks kak for sharing the review

      Delete
  2. my mom cakap, bila bilangan anak bertambah, mmg berat baby pon akan bertambah...mcm experince dia, anak no.9 berat 4.5kg...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula, doc ada mention jugak..
      tp cayala, anak no 9 almost 5kg tu nana.. hebat mak u.

      Delete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...