Tuesday, May 28, 2013

Risaunya umi, Ilyaas Demam

Assalamualaikum,

Risau nya saya bila anak demam. Ilyaas demam sejak hari Sabtu yang lepas.
Pagi Sabtu tu dia ok je. Breakfast scramble egg, tp tak habis dan minum air solivite.
Kemudian saya basuh ayam, kemas-kemas dapur. Siapkan baju nak pergi kenduri dan bila time nak siapkan Ilyaas untuk pergi kenduri, rasa suhu badan dia dah tinggi. 38 darjah celcius dah.
Basahkan badan dia.siap-siap ke kenduri. Nasib baik dekat je.
Sampai rumah kenduri, jumpa pengantin kejap, jamah bubur gandum, dan terus balik rumah.
Ubat demam yang menjadi kebiasaan Ilyaas pulak tertinggal kat terengganu. Bagi ubat demam from KK yang brand Fepril tu.
Mandikan dia. Tanggalkan baju, seluar, pakai pampers and spender je. Demah kepala dengan air asam jawa, dan demah badan dengan air paip + ice cube. Suhu pun turun.
Dia aktif main sana main sini. Last-last tertidur jugak.

Pukul 5, keluar pegi rumah kenduri satu lagi. Singgah drop hadiah je, then tersus ke Poliklinik Dr. Azhar. Dr check and cakap viral fever. Tak perlu antibiotik. Just ubat demam dan selesema. Masuk ubat ikut punggung jugak sebab suhu still 38 darjah celcius. Lepas masuk je ubat, terus kebah dan timbul selera makan. Singgah kedai dan bagi Ilyaas makan nasi goreng cina. Kitaorg pun makan jugak, semua lapar since tengah hari tak makan. Kat kenduri pun tak makan, risaukan Ilyaas yang panas masa tu.

Malam tu, dia aktif je. Pukul 10, minum susu dan makan ubat lagi. Suhu naik tapi tak sampai 38 degrees dah. Pukul 12, dia terbatuk, dan termuntah. Keluar semua susu dan ubat. Tapi lepas minum air kosong, terus tidur. Bangun minum susu je. Pukul 2 check suhu, agak panas. masukkan ubat ikut punggung lagi. Bangun pagi, badan dah suam-suam kuku.
Hari Ahad, buat breakfast nasi lemak dengan ayam bakar.Ilyaas makan ayam sikit je. Still tak berselera tapi suhu dah lebih stabil.

Tengah hari, suhu naik balik. Nasi still tak nak makan. Bagi makan ubat, minum susu dan dia tidur. Demah badan dia dengan air paip dan demah kepala dengan air asam jawa lagi. Petang bangun, ada selera makan, makan bubur ayam mcd. Pastu mandi, pegi tengok ikan kat tasik UTP. Malam dia ok je.Ada nmpak macam lemah sikit, tp suhu stabil. Lepas minum susu dan batuk, muntah lagi. Aduhai, sedihnya tengok keadaan anak tak bermaya macam tu.

Takut sgt. macam-macam perkara dalam fikiran. Husband relax je. tp Allah je tau, hati seorang ibu. risau. takut. Hari Isnin, dia nampak segar. hantar ke rumah babysitter sebab adik Imani ada appointment dgn KK untuk montly check up. Bila hantar Imani ke bs, check suhu Ilyaas, dah tak demam langsung. Tp still xnk makan. Saya suapkan ubat selesema dan dia rehat. saya pun datang uni. Tgh hari call babysitter, ckp Ilyaas ok cuma xnak makan.makan 2 suap, muntah balik. nak susu je. tp tak demam.

Petang balik uni awal sikit. tgk Ilyaas ok je. Bawa pusing2 taman naik motor, main basikal kat luar rumah, dan makan nasi ayam. Malam dia mula berhingus dan susah nak bernafas. tidur pon mcm xnyenyak dan xselesa. muntah lagi lepas batuk. Saya peluk Ilyaas, tidurkan dia di atas riba. Dalam hati berdoa Ilyaas cepat sembuh dan dijauhkan dari sebarang perkara serius.
Saya jadi sangat paranoid sekarng bila melibatkan kesihatan anak-anak, tambah lepas Erina kehilangan Aqil sebab demam. Tidur malam asyik terjaga check on Ilyaas. Suhu badan dah tak panas langsung. suam-suam je. cuma wheezing sebab hidung tersumbat dan batuk. Adik ok. Kesian adik umi abaikan sikit. sampai tergolek2 tidur umi tak perasan. Nasib baik adik kuat, tak demam macam abang.

Pagi tadi, call Paed kat Pantai Hospital Ipoh, terus pergi. Jadi third patient. Dr check betul2. Alhamdulillah, doc cakap takde apa2 serius. Viral and ada tonsil sikit.
Amik ubat and start antibiotik for 5 days. Moga-moga Ilyaas cepat sembuh dan selera makan pulih sperti sediakala.

Luluh hati umi tengok Ilyaas tak bermaya bila tak de energy sebab xmakan.

Kawan-kawan, tolong doakan Ilyaas saya cepat sembuh ye dari demam ni...

Semoga kita semua berada dalam kesihatan yang sihat untuk melaksanakan tugas, tanggungjawab dan amanah yang dipikul.



5 comments:

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...