Thursday, July 25, 2013

update laju-laju sambil pejam mata

Lama tak jenguk sini. 
Imani demam. 
Arini dah masuk hari ke tiga. hari pertama demam dah bawa ke poliklinik, doc bagi paracetamol. 
suhu dia jenis tak nak turun2 walaupun dah makan ubat. dah demah bagai. 
semalam naik sampai 38.7 darjah celcius. 
Risau gila. 
Jadi fobia dan paranoid sekaligus. 

Ni first time Imani demam semenjak lahir. 
Cukup 6 bulan je, dia demam. 
Instinct seorang umi, rasanya anak nak tumbuh gigi. 
Gusi dah keras. Bayang2 putih dah nampak. 
Tapi giginya belum muncul. 

Tapi tak nak main instinct2 ni, petang ni nak jumpa child specialist. 
Dah 3 hari demam tak baik. 
Mungkin perlukan antibiotik. 
Antibiotik semulajadi dari susu umi dah tak cukup utk melawan viral demam ni. 

At the same time umi macam zombi bergerak. Ayah jugak. 
Umi ada paper kena siapkan dan dihantar pada co-auhor. 
Banyak maps perlu di edit untuk paper tersebut. 
Tak sempat siap. 
Dateline submission 30 July!

Ya Allah, permudahkanlah. 
Sembuhkan Imani dari demamnya. 

Good things, malam ni berbuka di rumah mak. Esok sahur dgn mak ayah. 
Ahhhh, rindunya kat dorang.


ok bye, 
nak sambung tulis paper. 


4 comments:

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...