Sunday, October 6, 2013

Akar Siti Fatimah,usaha untuk memudahkan bersalin

Dah nak masuk 9 bulan pun saya melalui proses melahirkan anak kedua, tp saya belum share lagi pasal akar kacip fatimah. eh kacip fatimah pulak, akar siti fatimah..

mungkin setengah orang biasa dgr nama akar siti fatimah ni, mungkin jugak ada yang tak pernah. 
sebenarnya, akar siti fatimah ni, saya dpt dari Mekah. Masa mak saya pergi Mekah dulu, mak ada belikan, beberapa kuntum akar siti fatimah. memang nak dapatkan akar siti fatimah ni, hanya lah di Mekah. Takde jual di tempat lain. origin mmg dari Mekah. Kalau tak percaya, boleh la google. Yang dijual di Malaysia pun, semuanya di import dari Mekah. Masa nak bersalinkan Ilyaas, saya tak sempat minum/guna air rendaman akar kacsiti fatimah, sebab tuptup dah nak bersalin. tak sedar, mak pun tak teringat..biasalah, first timer. 

Waktu mengandungkan Imani, mmg dah bagitau mak awal2, saya nak cuba minum air rendaman akar siti fatimah. Saya nak cuba utk bersalin normal. kita usaha kan.. 
Ni lah rupanya akar siti fatimah, yang fresh, belum direndam dalam air lagi

kalau baca dekat2 blog lain, ramai yg guna air rendaman akar siti fatimah ni utk minum atau dicampur dgn air mandian. ada yg guna sejak masuk 7 bulan mengandung. ada yg guna bila masuk 9 bulan. mcm saya, saya start around week 36 going 37. semuanya bergantung la pada kita sendiri. 

cara-cara yang saya praktikkan masa mengamalkan minum air akar siti fatimah ni dulu, lebih kurang mcm ni la:-

1. Saya rendam akar siti Fatimah dalam air kosong. Air masak. Suhu air tu kena suhu bilik la, bukan air panas, or air suam...or air sejuk dari peti ais. untuk first time rendam, saya biar sejam-2 jam. biar akar tu kembang dalam air tu. 

Ni rupa akar tu masa dah dlm proses merendam...
ni first time rendam...
air dia jadi warna keruh sikit...
sebelum rendam, saya basuh dulu akar tu. 
ye la, jauh travel dari mekah..siap melalui proses pengeringan lagi dekat sana, 
di simpan n sure ada habuk melekat kan. 
di sarankan basuh dulu la baru terjamin kebersihannya


2. Kemudian, saya keluarkan akar tu, dan keringkan dia. 
Air rendaman tu saya buat dalam bekas air yg 2L. Saya guna buat minum.ganti air masak. 
Mula-mula mmg ada rasa dan bau keruh. Bau daun la. emmm ada bau tanah sikit. saya ignore je, betul2 niat di hati nak berusaha nak bersalin normal kali kedua ni. 

3. Bila dah habis air rendaman dalam bekas air tu, saya ulang lagi proses no 1 and no 2. 
kadang-kadang, saya rendam dalam baldi, dan buat air mandian jugk. 

4. Kalau hari ke uni, setiap pagi bangun, saya akan rendam dalam jug, then isi dalam botol air dan bawa pegi uni. saya minum mcm minum air mineral. sambil2 tu keep on selawat dan baca doa nabi yunus. 

Ni saya rendam pagi2 sebelum gi uni. dah kembang sekembang nya akar tu. 
kata orang tua, kalau cepat kembang, cepat la kita bersalin. 
wallahualam. 
masa first time rendam, amik masa jugak nak kembang. 
tp bila dah selalu rendam, laju je dia kembang. 
logically secara sains nye mmg la makin selalu rendam, tinggi la tahap absorption nya, senang la nk kembg..kan?
hipotesis sains pulak...

5. Kadang-kadang, sebelum tidur saya amik sikit air tu, saya sapu2 la kat perut yg besar masa tu..sambil doa jugak mintak dipermudahkan...

Saya bawa jugak masuk botol air akar siti fatimah ni ke dalam labour room. Nurse pun suruh minum. Dia cakap, awak ada air selusuh tak, kalau ada minum. 
Saya jawab takde, air akar siti fatimah..minum la selagi larat nak minum
masa tu saya dah sakit nak bersalin. dah pecah air ketuban pun.
baby pun dah berak...cerita penuh kat sini..

Tak sampai 3 jam saya bertarung sakit, saya rasa nak teran...tp tibe2 doc detect yg baby dah stress sebab dia dah berak.. n doc detect kepala baby dok mendongak. susah nak turun... 

so, cepat2 dorg bawa saya ke OT dan selamatlah saya bersalin kan Imani.. walaupun bukan secara normal, tp saya rasa Allah permudahkan..

Saya tak sakit lama, doc dpt detect baby stress cepat dan operation pon cepat je. 
Saya sedar masa operation dijalankan, Allah bg peluang sy tgk baby saya right after melahirkan... 

Walau pun orang kata, minum air akar siti fatimah, senang nak beranak secara normal, tp saya yakin Allah Maha Kuasa. sy pun senang juga bersalin. tak sakit lama, operation pun kejap, takde complication etc...kita berusaha, Allah tentukan. Apepun kita kena redha dan syukur...=)

Oh ya, ikut pesan orang tua, akar siti fatimah ni , boleh digunakan berapa kali pun tak pe.maksudnya utk berapa kelahiran pun tak kisah... biasanya, guna utk anak no1, then simpan untk anak2 seterusnya...sebab dia tak busuk dan boleh disimpan dengan keadaan kering. 
kalau dah tutup buku beranak, boleh simpan dan serahkan pada anak kita pulak bila anak kita mengandung dan nak bersalin nnt. boleh bagi kat menantu jugak... 

terpulanglah, wallahualam...

yang pasti, yakin pada Allah. Dia Maha Kuasa. 













6 comments:

  1. Akk ank no.4 baru dpt akar siti fatimah ni..

    ReplyDelete
  2. rara xsempat minum.sbb czer.hehehe

    ReplyDelete
  3. Bersalin anak ketiga ni baru nak cube minum...arap dpermudahkan...:)

    ReplyDelete
  4. Ank no 1 dn 2 minum air akar ni.alhamdulillah mudah bersalin normal.ank no 3 pulak akar ni hilang..ni menunggu ank no 4..mak bg akar yg baru...tulah nk tau bila masa sesuai minum..rupenya blh buat mandi jugak ye..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum, saya ada membekalkan kaff maryam.
    whatsapp saya +201154562202

    ReplyDelete
  6. Utk rapatkan rahim bila rendam dgn air panas..
    Rendam dgn air biasa atau suhu bilik..akan kembangkan rahim

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...