Monday, November 25, 2013

A happy weekend and doa for Zarifa

Assalamualaikuuuummmm semua,

Dalam usaha nak up entry ni, kena seru mood blog supaya datang sekejap...Susah benor nak dpt mood sejak dua menjak ni...Menandakan otak saya sekarang dah sibuk dgn benda lain...

Sibuk sibuk pon, weekend tetap best...Weekend mana pon, walau pon busy camne sure best sbb dpt berada 24 jam dgn anak-anak...masa yg ada 48 jam dgn dorang ni je la sebenarnya masa utk kita belek dorang...masa ni la nak teliti telinga anak, buang daki-daki, potong kuku, check gigi dorang kuning ke tidak. klu tak hari2 gosok gigi tp tak la sental gigi..heheh..

back to the title, weekend aritu adalah first time utk Imani pergi main indoor playground. Last time pegi, Imani dlm perut lagi, masa tu gi dkt Aeon Station 18. This time, pegi kat Ipoh Parade, lepas baca blog mak arissa, baru tau kat Ipoh Parade pon ada playground ni.



Imani main percuma je. Ilyaas kena bayar rm5 utk 20minit. kalau weekdays, rm4 utk 20 minit. 
Dekat Station 18 lebih untung, bayar berapa belas ntah (kena baca balik entry lama ni), utk one day entry. 
tp kat station 18 sebab ramai orang pegi, lebih terdedah la anak-anak pada jangkitan dari budak lain. Ilyaas dulu kena kudis kat tangan dia lepas main kat Aeon Station 18...pengalaman pahit.so tak mau dh gi situ..

Kat Ipoh Parade ni mmg tak ramai orang. aritu ada 2 orang je adik beradik main sekali ngn Ilyaas n Imani. 
Lepas main terus basuh tangan dorang tanpa berlengah dgn sanitizer dettol. 


Sempat gak singgah popular. tak beli apa pon tp saja pusing dlm tu. Ilyaas excited tgk buku. 



My kesayangan...
Comel sgt tgk Imani dlm telekung purple tu...Geram. dah la pandai senyum nampak gigi camtu..

mcm nak gigit je pipi dia..


Petang smlm, sempat buat muffin coklat utk Ilyaas. Sebab Ilyaas suka buat dialog 
" Ni kek umi, ni kek ayah, ni kek adik"
"kek Ilyaas yg bawah"
setiap kali baca magazine Asuh yg ada cerita ' The Bakery Truck'
Senang je nak gembirakan dia..
bila dah buat muffin ni, mesti la banyak dpt. so bagi kat babysitter and jiran dia. 
Ilyaas makan 2 ketul je pon. saja hias iyak2 nampak mcm nak party pulak..


On the other side, my little angle from heaven, Zarifa x berapa nak sihat the whole last week. Kesian Zarifa. 


Dia kena lung infection. with her edward syndrome and heart problem, sangat-sangat lah merunsingkan parents dia. Zarifa admitted dan lepas dpt bantuan oksigen, mama Zarifa kata she looks better. InsyaAllah arini Zarifa dpt balik rumah dah. 

Tak percaya how a true fighter she is. And kalau nak tgk kuasa Allah SWT, saya tak perlu pergi jauh-jauh...
Saya just perlu renung dah fikir balik pasal Zarifa saya. Apapun prediction doctor, kuasa Allah SWT tetap kuat. 

Doa saya utk Zarifa....

" Semoga Jippa tak sakit bila minum susu, supaya Jippa tak sakit bila Mama masukkan tiub dlm mulut ke perut Jippa, semoga tidur malam Jippa nyenyak dan tenang, semoga Jippa tak sakit di jantung bila darah mengalir keluar masuk, semoga Jippa tak rasa sesak nafas lagi, semoga Jippa dpt mula makan dan dapt cepat membesar..semoga Jippa menyenangkan Mama n Ayah Jippa, semoga Jippa menjadi kekuatan Mama, kekuatan Ayah, kekuatan kita semua...semoga Jippa boleh tersenyum, dan bersyarah mcm selalu. Umi Athi harap, walau sedikit sumbangan yang Umi Athi dpt berikan, semoga susu Umi Athi dpt membesarkan Jippa..Dapat mengalir dlm darah Jippa menjadi pembantu dalam proses pembesaran Jippa"

Doa saya utk Mama dan Ayah Zarifa...

Semoga Abg Min dan Kak Ezri sentiasa sabar, tabah, gigih, dan ikhlas dalam menjaga anak istimewa seperti Zarifa. semoga semuanya terbalas. semoga orang yg tidak memahami keadaan Abg Min dan Kak Ezri tak akan bertanya soalan-soalan yg melukakan hati kalian berdua.juga hati adik beradik Jippa yg lain, juga hati kita semua sebagai ahli keluarga...Semoga Allah berikan inner strength utk kalian berdua melaksanakan tanggungjawab memberikan yg terbaik buat Zarifa...


Kawan-kawan yang baca entry ni tolong amin kan doa saya ye...

thanks in advance buat semua yang meng-amin-kan doa ini...

May Allah bless all of us...

Happy productive week ahead , InsyaAllah

7 comments:

  1. Semoga zafira cpt sembuh..inshaAllah

    ReplyDelete
  2. semoga Zarifa cepat sembuh...sedih acik tengok gambar kamu syg......kuatkan semangatmu ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin..thanks :) moga dia menjadi kekuatan smngt kita semua

      Delete
  3. kejapnye imani dah besar dah..
    semoga zarifa cepat2 sembuh..aaamiiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnnn tq aunty kina...
      aritu mama zarifa la yg beli madela sealed from aunty kina...

      Delete
  4. aah la sweet sgt imani pakai telekung tu...hehe

    sedih la tgk zarifa tu :( semoga sihat selalu yer

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...