Tuesday, March 4, 2014

Pengalaman naik Jambatan Kedua Pulau Pinang (JK2PP)

Weekend aritu, kami empat beranak balik Penang sat..
Bagi korang yg dok follow blog ni, tau la my parents mmg dok Penang, tp bukan kat Penang Island, kami orang Bukit Mertajam...

Hari Ahad tu, kebetulan ada urusan family kat Jitra, and on the way balik tu kami semua lajak sikit tak exit kat Juru... Sebab dah pakat pakat excited nak test naik Jambatan Kedua Pulau Pinang JK2PP...

Actually, I dgn husband la yg excited memula nak naik, maklumlah PM announce toll free selama sebulan, lepas ni kami balik Penang dah kena toll dah.. So sementara dah ada kat Penang, jom la kita try naik sementara free. Tp masa sampai kat Seberang Jaya, I dah rasa mcm tak patut je naik sebab kereta mcm banyak.. Call ayah habaq kat dia tak yah la naik takut jem...Ayah plak kata takpa takpa, biasa la tu jem petang Ahad...Amboi, orang dok Penang relax ja kalau jem...kami orang Perak ni pulak malas nak jem-jem ni... Sebenarnya Ayah tu dah dok terbayang bayang nasik kandar kat pulau, tu dia sanggup meredah jem, lagi satu bukan dia yg bawak keta...dia dok sebelah ja...

Kami bergerak dengan dua kereta..kereta kami dgn kereta ayah. Ilyaas mestila naik kereta Wan dia..



Walaupun kereta banyak, kami tetap teruskan misi nak jejakkan kaki kat JK2PP ni.. hahaha, last last tak turun kereta pun masa atas jambatan, so tak jejak kaki la jugak..hahahah

Kena exit tol PLUS dulu...bayar tol sekali la..ni plaza tol terbesar kat Malaysia. ada 28 tol gates.


Pastu baru nampak dari kejauhan tol JK2PP..

time ni dah tersangkut dalam jem...Alahai, menyesal la sgt tp dah tak boleh patah balik dah..
Imani dok lena ja mula-mula..tp dah nak dekat Maghrib, gerak dia..terus dia lapar. 
makanan dia dah habis..so gombeng je kerja. Sian gak kat dia..tp dah tersangkut dalam jem, nak buat camne..
Bukan ada RnR ke apa nak stop..

Ayah plak dapat masuk fast lane, sebab ada pekerja Rela yg jaga kat situ lepaskan ayah masuk fast lane. 
Cepat je la ayah sampai pulau..
Kami ni sangkut dlm jem sampai pukul 8 lebih baru sampai Bayan Lepas. 
Exit plaza tol Plus pukul 6 lebih. 



Semua orang nak benda percuma kan..so ramai la yg dok excited nak try JK2PP ni...

sebelum tol tu ada tempat solat, tandas, n playground.situ pon penuh yang amat dgn umat manusia. 

Jambatan kedua ni lagi panjang dari yg first..and tak straight sgt. mcm bentuk S sikit.. 

Dah sampai island, kami pi solat dulu kat Sg Nibong..Pstu ingt nak pi Nasik Kandar Beratur...But rasa lewat dah n semua pakat2 letih dah..Kami pi Jelutong ja..
Pekena nasik Kandar Deen..

Ok la, tak la sedap sgt, tapi sedap la jugak..hahahahah

Still kena beratur panjang gak...so kira sama ja la dgn Nasik kandar Beratur..hahahah



Tu ja la first experience naik JK2PP..
tak best pon...
Jerebu, tak nampak apa..
jem teruk. buat penat ja...


3 comments:

  1. baru semalam berangan nak naik 2nd bridge nie bulan 8-9 kalau jadi pi penang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. so mai penang lepas raya la ni? jemput pi rumah

      Delete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...