Monday, May 26, 2014

Den Haagse Markt, The Hague

Assalamualaikum semua, 

Dah settle siapkan makan n urus anak-anak baru leh duduk ngadap laptop ni. 
Sementara nak cari mood nak baca balik thesis, meh update jap blog. 
Sebenarnya dah nak muntah tgk thesis, hahahah, tp apakan daya, harus diteruskan. 
bila hujung-hujung writing ni, mmg dah rasa cepat la habis...
tp takut n cuak jugak nak viva..grrrr...

sekarang ni, sementara ikut husband kerja kat sini, mmg feeling-feeling housewife sangat. 
setiap meals masak. 
buat laundry etc
mujur housekeeping still pihak apartment yg buat. 
n laundary still my beloved husband akan sentiasa tolong bila tgk I dah mengantuk or literally tertidur masa bfeed Imani. heheheh

Hari Jumaat lepas , I dgn anak-anak, pergi Den Haagse Markt. 

Kitaorg pergi naik bus. Kitaorg amik bus no 130, from Prisenhof Station. Bus ni straight pergi Den Hague Centrum. Tapi klu nak pergi market ni, tak perlu sampai Den Hague Centrum pon. Boleh jugak amik tram no 1, tp nnt kena tukar. Sebenarnya, kitaorg bukan pergi bertiga. Ada lagi 2 orang isteri students Phd kat sini yg pergi. I follow je diorang yg lebih lama duduk kat sini. Salah sorg dari yg ikut tu bawa 2 orang anak gak. yg sulung sebaya Ilyaas. yg kecik sebaya Imani, tp baby dia lahir hujung tahun, so Imani nmpk besar dah la. 

Dorang berempat naik dari Delft Station, kitaorg naik bus yg sama (dah janji nak amik bus pukul berapa) tp dkt station Prisenhof. Kat sini, jadual bus, tram n train semua sgt efficient. 
Senang kita nak plan perjalanan kita. boleh jgk register dkt website http://9292.nl/en ni untuk plan perjalanan kita. lagi senang.. kat Malaysia, maybe kat KL or lembah klang dah ok kot jadual perjalanan. tp kalau di luar lembah klang, sistem public transport masih sedikit lemah. takpe, slow2 nnt malaysia akan develop a good public transport system, InsyaAllah.

Kat Holland ni, menjadi kebiasaan di setiap bandar akan ada market mcm pasar minggu/pasar hari/pasar tani. Dekat Delft ni pon ada jugak, nnt I citer yg kat Delft plak kay. 

Kelebihan Den Haagse Markt ni dgn market2 lain ialah merupakan open market tertua dan terbesar di Europe. Dibuka setiap hari Rabu, Jumaat dan Sabtu, dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. 



Menurut kawan I yg bawa kitaorg pegi sini, kalau datang hari Sabtu, keadaan sgt padat. nak berjalan confirm laga-laga punggung. Kitaorg gi hari Jumaat pon dah agak sesak pada pandangan I. 
Memang ramai orang. sebab mmg sgt banyak benda dijual. 

Dari bahan-bahan mentah, mcm ikan, udang, ketam, sotong, sayur-sayuran segar, buah-buahan, daging, ayam etc. 
Daging/ayam yg halal pon ada dijual kat sini sbb populasi orang islam di Den Haagse lagi tinggi dari di Delft. 


Apa yg menarik perhatian I ialah kepala Ikan Salmon ni. Dorang jual 1 euro je. 
tengah imagine masak kari kepala ikan. 
tapi I tak beli pon, tak kuasa nak angkut naik bus dgn bawa stroller n pakai baby carrier. 
rasa gagah sgt. hahah, tp kat sini itu pemandangan biasa je. 


ketam ni besar gila. 
tp rasa x leh makan kot, mcm hidup dua alam. 

gambar sayuran I tak amik pon, sebenarnya kelam kabut jugak nak menolak stroller nak amik pic. 
ini capture mana sempat je. 
yg penting anak2 selesa n selamat sepnjang trip kitaorg. 
Imani tidur2 ayam dlm baby carrier sepanjang kat market ni.

By the way, ada jugak jual kain. 
pelbagai jenis. untuk langsir, untuk shawl, baju, 
kain cotton pon bnyk. n cantik. 
mmg kalau dtg ngn mil i ni, sure dia nk borong cotton. dorang jual semeter 1 euro paling murah. paling mahal 1m 5 euro. tu kain elok sgt dah. 
duvet cover pon murah 10euro satu untuk size queen bed. 


kain for langsir,cadar n duvet

cotton
i berkenan yg corak lembu tu..hahaha

Selain kain, ada gak baju, pakaian dalam (mcm kat pasar malam la) kasut-kasut, tudung, jubah. mcm kat malaysia je. even shawl n jubah semua design from malaysia or indonesia. 

jual barang2 1 euro pon bnyk, mcm bekas tupperware, gunting, perkakas dapur etc..

yang i rasa murah, blazer budak2..
satu set dlm 20euro je
kain elok plak. 


kasut pon cantik2 gak
tp harga kasut kat sini lagi mahal dari baju
baik beli baju from kasut


Olive..
pelbagai jenis
dah jadi jeruk ni
i bukan suka sgt olive
so tgk je la.

Yang ni menarik perhatian I. Bakery! 
I mmg jenis suka makan roti2 pastry ni. 
Jumpa pulak penjual muslim. 
So tak was-was nak beli semua jenis roti n pastry yg dijual kat sini. 
I borong donut 4, croissant besar 3, toffee almond pastry satu. 
donut tu sedappp sgt. Ilyaas sorg makan 2. 
I makan satu share ngn Imani satu donut ngn toffee almond tu
1 donut lagi simpan untuk husband minum petang. 
croissant tu buat breakfast esok pagi, isi dgn salami n salad. 

Ni yg best nya Den Haagse Markt ni sbb bnyk makanan muslim/halal. 

Ilyaas plak since first time rasa fresh orange juice kat sini, klu nmpk confirm dia mintak. 



Fresh orange juice. perah depan mata
botol besar 2.50 euro. 

Den Haagse markt ni tgh renovate skrg. so kawasan dia jadi sesak n kecik skit. 
menurut website dia nnt dorg akan buat lot2 kedai.so tak la nampak macam pasar malam style sgt. 

ni plan pasar skrg
termasuk construction site.
kagum jap I pasar tani mcm ni pon ada plan2 bagai.
n lot kedai yg dah tetap..




6 comments:

  1. bestnya kain cotton tu. olive tu pun macam sedap je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kain cotton tu mmg murah lin.
      eh lin suka eh olive?
      athi xberapa suka sgt

      Delete
  2. Nak pesan duvet cover queen size! Tqqq hehehehe . Ana, pesan duvet cover laaa kalau nak duvet je kj belambak ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok kj. tahu mek na, ye nak duvet..
      tak dapat la nk bawa balik.bulky sgt.

      Delete
  3. pinar mata tengok corak kain2 tue....cantik la

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...