Thursday, May 29, 2014

Problem kami di sini: Very dry skin

Assalamualaikum 

Sejak sampai sini 2 minggu lepas, kami semua ada satu masalah. 
nak kata besar sgt masalah ni, tak jugak, tapi boleh tahan ganggu sedikit keselesaan hidup. 

kami semua mengalami masalah kulit yang sangat-sangat kering. 
seriously dah mcm tahap nak eczema rasanya. 

punca utama sebab suhu yg rendah, dan kadar kelembapan yg sgt minimum kat sini. 
kalau kat negara kita, kat sentiasa lembap, kulit sentiasa berminyak. 
tak pon badan berpeluh sentiasa, jadi kulit sentiasa lembap. 

kat sini, suhu mmg rendah, mencecah 8-10 degrees or paling tinggi dalam 16 degrees camtu. 
masuk dalam rumah/hotel, pasang heater nak bagi badan panas. 
mmg kering gila kulit. 


bila dah kulit kering, jadi gatal. 
tergaru-garu la pulak kami anak beranak
ilyaas paling teruk kat kaki bahagian betis dia
myself kat tangan, lengan, ngn kaki..

imani kat pipi ngn hidung.
tangan dia pon kering gak
husband tak berapa terkesan sgt.
kulit dia banyak bulu kot..hahahah
so kurang nak kering2 ni

I mmg dah siap2 bawa face lotion ngn baby lotion Johson utk anak2..
tp bawa yg kecik jer la sbb travel kan. 
tak sampai 2 minggu dok sini, body lotion tu dah habis. 
face lotion I yg Olay pon tinggal skit lagi. 
So terpaksa la beli lotion baru kat sini.

Untuk anak-anak, i guna body lotion brand Zwitsal ni. 
Face lotion diorang plak jenama Balneum Baby

For myself, sebelum ni I bawa yg Olay travel size tu je. 
Skrg I guna Hema hydrating face lotion. 
mujur agak murah la kat sini barang2 ni semua.mostly less than 3euro. 
for body lotion, pihak apartment ada bagi Natural Brand Body Lotion. tp botol kecik. 
selang 2 hari habis. 
kena mintak topup la. 

selain kulit, bibir kitaorg pon masa beberapa hari pertama sampai mmg kering, n menggelupas . 
pedih gak la. 
yg tu I mmg dah siapkan vaseline n lip balm utk semua orang. 



Alhamdulillah, dah lebih 2 minggu kat sini, 
masalah kulit ni makin berkurang. 
setiap kali lepas mandi kena pakai lotion. 
sebelum tidur berlotion
lama dah I tinggalkan amalan menjaga kulit sendiri ni. 
klu tak zaman anak dara dulu je la rajin jaga kesihatan kulit. 

i guna nivea yg moisturiser shower gel ni gak




teringat pernah dapat invitation from nuffnang mintak buat review product ni
tp busy masa tu, so I abaikan je emailnya

sampai sini baru merasa nak guna sendiri product ni..



2 comments:

  1. Alahai..semoga xbrpnjgan ye sis..
    Kita yg pns ni pun xthn..
    Yg kt sana sejuk pun xok jgkkan..
    Huhuhu

    ReplyDelete
  2. Athi...on heater antara sebab kulit jd kering sebab die absorb semua humidity dlm rumah and bile rumah dah panas n humidity makin rendah then die serap lak dari badan manusia..that's why kulit kering and gatal. One way boleh cube is letak satu baldi/pot/ape2 bekas ngn air kat dlm rumah...lg bgs if dkt ngn heater tu..insyaAllah ok..:)

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...