Thursday, February 26, 2015

The Crying Turtle (Penyu menangis)

Assalamualaikum semua, and Hi jugak, 


Masa CNY holiday haritu, I balik Terengganu. Hari Rabu lagi dah bertolak balik sebab tak nak terlibat dalam jem jalan raya. Alhamdulillah, mmg perjalanan smooth je. Stay kat Terengganu sampai hari Selasa. Almost a week kitaorg spend masa kat kampung halaman suami #kampungsuamikampungkujua

Tapi, hari Ahad kitaorg start bekerja. Bawa students final year project pergi field work (kajian batu di lapangan). Kitaorg memang pilih outcrops di sebelah pantai timur. Mudah sikit untuk kitaorg tinggalkan anak2 pada keluarga yg ada kat kampung. Maklumlah, tak mampu lagi nak hire bibik. 

Lokasi outcrop pertama kitaorg kat Pantai Pandak, Chendering. Lebih kurang 5-10km je dari Kuala Terengganu. Pantai ni dekat kawasan perkampungan, and nearby dengan Jabatan Perikanan dan Verterinar Negeri Terengganu. Outcrop yang kitaorg visit tu pon terletak di hujung Pantai Pandak, jauh sikit dari kawasan kampung. Nak gi sini, kena park kereta dekat kawasan pantai berhampiran kawasan kampung, then jalan kaki menyusuri pantai utk ke kawasan batuan tu. On the way berjalan kaki tu, kitaorg terjumpa 




Something very devastating 




Penyu Mati. A dead turtle. Ya Allah, masa nampak penyu ni, I ingatkan di masih hidup. Kalau ye dia masih hidup, mesti sakit yang teramat dia rasa. But, after kitaorg check, penyu ni dah pass away. Tapi darah masih menitik dari mulut dia. 

Keadaan penyu ni memang kelihatan sangat sangatlah terseksa. Cengkerang penyu yang keras tu terpecah (boosted out) dan terkeluar isi/bahagian dalaman badan dia (maybe usus, or perut , I'm not sure). Ada kesan luka/rekahan jugak dekat kepala penyu tu, dan darah keluar dari situ. 

Mata dia terbeliak (walaupun dah mati), seems like dia mati terkejut/kesakitan yang amat. I cannot imagine how does it feels. Dengan lidah hampir terjelir keluar... 
Sangat menyayat hati. Maybe ada antara korang yang tak mampu nak tengok sebab sangat menyedihkan (menakutkan jugak). 


Pandangan from atas. Cengkerang dia pon dah merah, seems like pembuluh darah dalam tu dah pecah and spread out all over the body. I quickly google phone number untuk Turtle Sanctuary Negeri Terengganu. I managed untuk dapatkan the office number and I quickly called them. No body pick up the phone. At that time, it was 2.30pm on Sunday (Ahad, hari bekerja di Terengganu). I cuba beberapa kali dan masih tak berjawab. So I google lagi dan terjumpa another number. 

Bila dail, terus jawab. Once I reported the case dekat Pantai Pandak, Chendering, terus the lady dalam phone tu cakap sebenarnya yang I called tu Turtle Sanctuary Pahang (dekat Cherating). I explained to her yang I cannot contact the one in Terengganu. She took my hp no and call me again about 10minutes later. Dia bagi handphone number an officer who is working for Turtle Sanctuary Terengganu. I called his number and explained to him about the dead turtle. Dia cakap he was in Kemaman at that time, so he cannot come to the site. He will ask one of his worker who is in Chendering Office. Few minutes later, I received a call from another office number, asking me about the turtle condition what not. He even asked me, penyu tu jenis apa yer? I pelik, because of course la I tak tau. Officer tu macam malas2 nak datang dekat site, even asked me to help him bury the turtle. Of course I tak berani, that turtle is still bleeding. In case ada kuman ke apa, I tak nak risk myself,sebab I'm takde proper equipment for that. 

I bagitau officer tu, I will be there at the site (dekat outcrop) until 5pm sebab I buat kajian batuan kat situ. (in case he wanted me to assist him to the location). 

Menyedihkan, (as I expected), the officer did not come to the site until 5.15pm. Sebelum I tinggalkan tempat tu, beberapa kali jugak I nampak orang ramai (yang datang berkelah) amik2 gambar dgn turtle tu. Siap selfie lagi. What are they thinking? Kesian kot turtle tu jadi mangsa kekejaman manusia  n kita as human dok gembira berselfie pulak! 

I did upload this pic dekat IG and FB. and received lotsa comments from concern friends. Thank You guys. 

By the way, sebab I feel so frustrated with the officer dekat Chendering tu, I decided to personally whatsap the first number yg I dapat earlier. Luckily he did read my messages. 


I attached gambar2 penyu tu. Maybe dorang tak datang sebab dorang ingat I was spamming them kot. 

But I am very serious about this case. Penyu kan spesies terancam. 


By the way, from my conversation with this En Halim (Penyu), dia diagnosed turtle ni umur antara 5-6 tahun, still juvenile and died for about one week. I think turtle ni baru mati less than 24 hours, sebab tak ada lalat, tak ada burung atau haiwan2 lain dekat beach tu datang menghurungi badan turtle tu. Kalau dah seminggu, of course dah berbau busuk dan mula mereput kan? 

Turtle ni adalah jenis Green Turtle (memang spesies terancam) dan seekor turtle betina. Sadly. 

To extend my fate with turtle, the next day I berfieldwork dekat Pantai Kemasek, I jumpa another dead turtle. But this time, dah di kambus dengan pasir pantai oleh penduduk kampung. With a grave yard lagi. Kesian, banyak turtle mati dekat pantai terengganu.  =(

And yesterday, I've registered myself as a donor untuk program menyelamatkan turtle under WWF Malaysia. InsyaAllah, semoga sumbangan yang sikit and tak seberapa dapat membantu proses memelihara turtle ni. 

For more info, korang boleh lawat wwf malaysia ok. 

Till then. 

Bye

2 comments:

  1. Ya Allah..tak boleh imagine..kalau orang yang buat sampai jadi macam tu..apa yang ada dalam hati orang tu..

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...