Tuesday, March 8, 2016

Travelling is addictive you know

Sapa setuju angkat tangan?

I dgn husband, sejak zaman kami berkenal-kenalan lagi, mmg kerja travel je.
Kami mula rapat pon masa work travel to Singapore.
Pastu ke US.
Dah pergi berdua je, mana tak sangkutnya.Apepun itu jodoh kami.

Masa transit di Munich Airport in September 2009. 
Before ke US.
Pic taken by a dear friend yg now dah jadi husband:D

Dah kawin, sebelum dapat anak, pon banyak travel. Travel dekat2 je time weekend. Ke Bukit Tinggi, Melaka, Johor, dalam Malaysia je la, sbb sebulan dua lepas kawin dah pregnant, so tak la travel merata sangat.


4 bulan kawin. 
Ke Bukit Tinggi Colmar Tropicale. 
Ilyaas baru 2 bulan dalam perut. 

Lepas tu berhenti kerja sambung belajar. Travel dekat2 dalam negeri Perak.
Beberapa tempat gak sempat pergi mcm Teluk Senangin, Teluk Intan, Pulau Pangkor, Taiping, Cameron Highland bnyk kali la turun naik. Pastu pregnant kan Imani.
Stop jap travelling, sebab nak fokus siapkan master. Tapi hujung2 study master, husband mula balik hobby travel dia. Kali ni pergi sorang2 dulu sbb dia pergi atas urusan present kat conference.
Dia gi Doha and Jakarta. Patutnya dapat gi Beijing gak, tapi dia decline paper tu.

Imani dalam perut dah time ni


Imani dah tubik!

Kat tepi blog ni ada gambar2 tempat2 kami pernah travel. Bleh klik situ kalau nak baca details. 

In 2013 jugak , hujung tahun, kami ke Sabah. Kota Kinabalu and Tawau. 
first time naik flight bawa dua budak cinonet ni. 



Tahun 2014, kami diizinkan Allah untuk travel keluar dari Malaysia. 
Husband dapat buat attachment kat TU Delft for sebulan lebih. I masih seorang student masa tu. 
Husband dah kerja n part time master dia. 
So, kami kumpul duit2 sikit2 plus bajet betul2 dari allowance husband, kami sepakat (atas pujukan beratus kali dari si isteri) pergi Holland satu keluarga. 
Tapi kat sana, tak travel pon ke other countries in Europe. memang kami stay kat dalam Holland je. 
Sebab masa ni mmg beringat, duit kami dapat sebenarnya allowance untuk seorang je (husband je), tp kami divide untuk kami 4 beranak. Alhamdulillah mencukup untuk cover flight tiket, penginapan dan makan kat sana. Duit belanja baju n barang2 je kena tambah2 duit sendiri. 

Pengalaman sebulan lebih menetap kat Holland sgt bermakna buat kami sekeluarga. 
Anak2 pun still ada ingatan tinggal di Holland walaupun dorang baru 3 and 1 tahun masa ni. 

To be honest, this is one of the trip yg rasa nak repeat bnyk2 kali.



Arrival at Schipol airport. Tunggu train nak ke Delft. 
It was 9 degrees. 



Final day in Delft. Before board to Amsterdam for another week. and balik Malaysia lepas tu. 
Nampak mcm mana kegigihan masa ni. 
Tgk gambar serik nak travel with the kids jauh2 mcm ni. 
But, being me, I mmg susah sikit nak tinggalkan anak. #clingymum
Sebab masa kecik I tak merasa travel jauh2 mcm ni, so I nak my kids merasa apa I rasa skrg. 
Let's see the world. 



My handsome boy in Keukenhof. 
Bila ada rezeki nak ke sana lagi..

Kami 4 beranak di Madurodam. 

Alhamdulillah, kami balik selang beberapa hari sebelum flight MH17 kena tembak dan terhempas. 


After that, 2014 juga bulan October kami merasa terbang lagi. 

Kali ni ke Bali. 
Masa ni rasa bersyukur sgt Allah tu Maha Mengetahui. memang teringin nak ke Bali dgn husband. 
Dapat bawa anak2 sekali. 
Tujuan utama mestilah present paper. 
sambil tu (sbb belum kerja) terus jalan2 sekali. 

Duit sama jugak, kami bajet betul2 dari allowance yg kami dapat. 
Alhamdulillah, semua cukup dan tiada penipuan allowance berlaku. 
Apepun, kita kena jujur uruskan allowance , Insya Allah dipermudahkan urusan travel etc. 



Lepas October 2014, kami dua2 mula bekerja balik secara tetap. 
Dah habis belajar, dapat kerja satu nikmat dari Allah Swt. 

After that dah kurang travel. 
Dapat travel dekat2 pun jadilah. 

Sekadar ke KL tu selalu jugak sbb internship visit students etc. 

Latest kami ke Jakarta sepetember 2015. 
Untuk present conference. 
memang tak sempat jalan mana-mana pun. 
Most of the time mmg spend di hotel je. 



After that, Feb 2016 kami ke Medan. 
Travel untuk tujuan bercuti. Kali ni bukan present paper atau atas urusan kerja. 

tp belum update lagi dalam blog!!!

Tak sempat pilih gambar lagi..


Ni satu gambar kat Bukit Gundaling berlatar belakang kan Gunung Sinabung yg masih aktif. 

Citer Medan harap2 dapat cari masa nak update.. Dah sebulan lebih tertunda ni... 


By the way, dalam hati ni dok teringin nak ke Perth and Singapore. 
pastu dok korek2 tabung tgk cukup ke tak duit...

Tak ingat nak beranak lepas raya ni, sibuk nak travel...

well, sbb tu I rasa travelling is addictive!










3 comments:

  1. setuju sangat.travel ni boleh bagi kita pengalaman and bagi kita bukak mata. masa kecik walaupun parents takder la bawak g oversea,tapi cuti sekolah mesti p mana2 kat dalam msia.bila dh besar,ada duit sendiri,dah set wajib p bercuti.and sgt la addictive :)

    ReplyDelete
  2. Setuju sgt...hahahahha
    Mcm akk..akk suka pergi conference smbil jejalan...

    ReplyDelete
  3. mmg sronok travel. akk & suami pun kaki travel. tp bila ada anak slow skit sbb anak jenis mudah demam. pegi penang pn demam.so hold dulu hobi tu.

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...