Assalamualaikum semua,
Kalian masih ingat pada arwah Zarifa si Wildan Syurga ?
Kalau dah lupa atau tak pernah tahu pasal si Wildan Syurga ini, jemputlah scroll ke entry2 lama saya berkaitan #Zarifa ku sayang
Saya minta maaf awal2 sekiranya sesiapa yg membaca entry2 lama tersebut, mengalir air matanya. Apakan daya, mmg ini kisah sedih tp penuh pengajaran dan kecintaan.
Setahun sudah berlalu pemergian si Wildan Syurga ini, ayah Zarifa sendiri telah berjaya menulis sebuah buku mengenai perkongsian hidup yg Allah pinjamkan antara beliau dan isterinya dengan Zarifa.
Buku yg bertajuk 28 Hari di NICU.
Saat Getir penuh Cinta, Kekuatan dan Keajaiban.
Ya, kami sekeluarga cintakan Zarifa, apatah lagi mama dan ayahnya. Tapi Allah lebih cintakan Zarifa. Dijemput anak ini kembali padaNYA pada bulan Ramadhan yg mulia.
Zarifa mengajar kami erti kekuatan luaran dan dalaman. Dia kecil tak berdaya, tp dia kuat melawan sakitnya.
Dan sememangnya Zarifa merupakan miracle baby.
Tajuk buku mungkin tidak refleksi pada isi kandungannya, tp ini menarik ramai untuk membaca..
Pembaca mungkin fikir, aaahh anak aku 90 hari di NICU.
aaahh, dia cuma 28 hari, aku rasa 100 hari di NICU.
tp pengakhiran masing masing tidak sama bukan.
Zarifa keluar dari NICU bukan sihat walafiat seperti bayi lain. Dia keluar kerana di NICU bukan dapat mengubati nya. Bacalah buku ini, baru anda tahu luahan hati perasaan seorang ayah dan ibu yg akhirnya redha dalam menerima anugerah AllahSWT ini.
Abg Min atau nama penuh penulis Abdul Muhaimin di sebelah kiri
Buku ini berharga RM35 dan boleh didapati di MPH , Popular dan kedai2 buku yg lain.
Harga nya mungkin tampak sedikit tinggi tp ini kerana ada gambar berwarna di dalamnya.
Gambar anak syurga ini.
Don't forget to get yourself a copy of this ya.
In sha Allah banyak perkara dapat kita pelajari dari buku ini..
No comments:
Post a Comment
Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...