Friday, January 6, 2012

Summer Milk Tea yang sesuai diminum waktu panas cmni

Assalamualaikum semua,

Beberapa hari ni panas kan kat KL? Rasanya suhu mencecah 36 degrees pada waktu tengah hari. Pastu hujan pun dah lama x turun...Tengah hari tadi, lepas lunch saya jalan kat KL Festival Walk yang located just kat belakang my office. Time jalan-jalan tu nampak kedai Summer Milk Tea. Terus teringat zaman-zaman study kat Perth dulu. Utopia Bubble Tea kat Perth City yang sangat lazat diminum tak kira time summer or time winter. Memang terbaik la bubble tea kat situ. everytime pergi perth city tak kan pernah miss beli bubble tea yang indah lagi lazat itu.

Okay, berbalik pada Summer Milk Tea ni, tengok2 sekarang tgh buat promo buy 1 free 1, so apa lagi terus pi order satu untuk diri sendiri, satu untuk encik suami.
Ni la kedai summer milk tea kat KL Festival Walk

sempat plak tu capture muka workers dia. (takde kerja sungguh la saya ni, kebetulan takde org, so snap la pic)
Haaa, ni la hasil buy 1 free 1.. Saya order summer milk tea signature tea dia yang kaler putih tu.
Husband punya choc milk tea..Sesuai untuk hilangkan dahaga dia lepas balik solat jumaat  
Yang paling best bila kita beli summer milk tea ni, kita boleh pilih berapa sugar level yang kita nak ...kalau normal level akan dimasukkan 100% sugar..so rasa dia standard la manis n lazat kot.tp saya order yang low sugar which is ada 25% gula je..kita boleh jugak pilih either 50% or 75% sugar level ...

Dapat la jugak mengubat kerinduan pada utopia bubble tea kat perth dulu..tp yang tu mmg xleh lawan la kesedapan dia..n paling penting hilangkan dahaga diwaktu cuaca musim panas kering kontang ni...Kalau tiba2 terjalan kat KL Festival Walk, singgah lah sini yer.. =)

Published with Blogger-droid v2.0.2

Thursday, January 5, 2012

Bawal Power Uptown Damansara



As'kum semua;-)

Sapa suka tengok rancangan jalan2 cari makan? saya suka.especially episod awal yang dikendalikan oleh tengku maria tengku sabri...Memang mengliurkan habis lah.

Sekarang ni Que aka Qushairi plak yg jd pengacara tapi still best.Few months back pernah tengok Que makan bawal power goreng dekat salah sebuah warung. Tapi tak ingat location warung tu kat mana.. Masa tengok tu, ada Shila Amzah sekali join dia makan.. Meleleh air liur saya tengok sebab bawal ni dihidangkan dgn ulam ulaman yang menjadi kegemaran beta...

Nak dijadikan kisahnya lah, dan rezeki la jugak.Tadi lepas hantar my father in law kat airport subang, my husband ajak pegi makan kat damansara uptown. Seumur hidup mmg tak pernah gi situ walaupun dulu study kat KDU College setahun. (tapi saya budak baik, tak keluar malam time tu, duduk kat hostel diam2 baca buku or gossip dgn housemate je, padahal uptown tu sekangkang kera je dari KDU)..So, bila husband ajak mmg berbunga-bunga la jugak sbb excited nak gi try makan kat tempat baru. Dalam kepala otak ingt macam uptown danau kota yang ada jual baju bajan cetak rompak sekalian. Rupanya lain lah..This is more to food court yang ada pelbagai jenis makanan.. 
Bila sampai, kitaorg survey2 kedai mana yang berkenan, sekali ternampak la signboard "BAWAL POWER"....terus otak teringat muka Que makan bawal goreng lazat. Terus aim nak makan yang tu jugak..Jadi inilah santapan sy pada malam ini....


Ikan Bawal Goreng + Nasi Putih panas2 + Kuah Kari Penang + Sambal Belacan Berapi + Ulaman + Acar Bawang (TERBAIK DARI LADANG , eh salah dari laut)

Ni la rupa paras kedai BAWAL POWER kat uptown damansara ni
Selain ikan bawal, warung ni ada jugak sediakan ikan keli goreng dan beberapa jenis ikan lain jugak.tp tak ingat sebab dah nekad nak makan bawal goreng je so tak pandang dah ikan lain. Heheheh..
Kat uptown damansara ni ada banyak lagi warung2 yang jual pelbagai jenis makanan dari western, malay, chinese, thai and banyak lagi lah...
Suasana tempat makan di uptown damansara
Tempat parking jugak sgt banyak dan menyenangkan pengunjung. Kalau parking berbumbung and ada security, charge cuma RM1 per first 3 hours. kalau xnak bayar, parking je la kat tepi2 jalan, tp chances nak dapat parking sgt rendah la sebab banyak kereta park kat tepi2 jalan. 

Okayla, dah ngantuk sebab kenyang sgt dinner bawal sedap tadi.. Jadi, if any of u mengidam nak makan ikan bawal goreng yang lazat, sila lah gerakkan diri anda ke BAWAL POWER Uptown Damansara...Sekian...Selamat Malam semua =)


Published with Blogger-droid v2.0.2

Tuesday, January 3, 2012

03.01.12 google resignation letter?

A normal date. Doesn't seem to have any speciality. Husband is sleeping (dgn wajah yang sgt kacak) and son is  sleeping too (dengan wajah paling comel abad ini). and Me, reading some tips from google on how to professionally resign from your current work.!?

What am I doing ni? Seriously tertekan sgt kerja sampai sanggup stay up sorang2 study format nak tulis resignation letter? Tak tahan sgt ker kerja skrg ni? Hmmmmmmmmmmm...Big longggggg HMMMMMMMMMMMMMM

Jawapannya: Entah la.. hati makin jauh. Hati makin tawar. Hari-hari pressure macam ni rasa umur belum 30 uban penuh satu kepala. Anak belum dua, tulang belakang dah rasa nak patah sebab stress (aik, ada kaitan ke, mcm xde je)...Tapi for the time being, ni la sumber rezeki. Bukan senang nak dapat kerja ni, dulu mak ayah adik2 semua teman datang interview. siap tumpang rumah mak tam kat klang bila tau dpat 2nd stage interview on the next day.Tak kan nak leave it like that je? But.... I have dreamsss too! HMMMMM lagi...we'll see how lah kan...

okay lah, tunggu dah lihat.

saya tunggu kamu surat keramat.

selamat malam semua.


Monday, January 2, 2012

End of Year Family HD Dinner @ Bombay Palace


Assalamualaikum semua... Salam Tahun Baru =)

31 Dec 2011 yang lepas, family from Terengganu datang KL. Kebetulan ada wedding family kt PJ on 1st Jan 2012, so ramai-ramai pakat berkumpul di KL lah. So pada malam New Year Eve tu, family Halaman Dhuha (HD) gathering makan-makan kat Bombay Palace, Jalan Tun Razak. Of course la di sponsor oleh ketua keluarga aka Tok Dad. Ni bukan lah kali pertama saya ke Bombay Palace, mungkin kali ke 6-7 kot, sebab my father in-law mmg sangat suka makan kat sini. Disebabkan saya and husband duduk kt rumah Tok Dad di BBS, jadi kitaorg la yang selalu temankan beliau makan di Bombay Palace. 

Tapi makan-makan kali ni lebih bermakna lah sebab semua ahli keluarga kecuali Ana (my sis in law yg tgh study kat Surabaya) and Hakim (my bro in law yg tgh study kt Belfast) je yang tak dapat hadirkan diri. 

Tok Dad and Ilyaas






Bila kita makan kat Bombay Palace ni, semua pelanggan akan dihidangkan dgn starter berupa keropok papadom dgn jeruk2 tradisi masyarakat India. Seperti yang dapat kita lihat dlm pic di sebelah kiri ni. Kadang-kadang kalau tak ramai pelanggan, dapat jugak starter berupa cucur sayur. sedap jugak tu.especially kalau tgh kelaparan. 

Antara menu yang menjadi pilihan kami sekeluarga ialah

1) Lamb & Chicken Briyani
2) Tandoori Chicken
3)Pulou (Safron) Rice
4) Butter Chicken
5) Spicy Fish Curry
6)Prawn Vindaloo
7) Chicken Tikka
8) Naan Garlic

Plain water mmg dihidangkan secara complimentary pada semua pelanggan.Jadi kitaorg mmg minum plain water je la.. tp sy pernah cuba manggo lassi kat sini, mmg terbaik lah!
 Susunan meja dalam kedai Bombay ni mmg sesuai untuk formal dinner dan gathering. Tapi padan lah dgn harga nya yer. Nasib baik Tok Dad berbesar hati belanja kami semua. Thank You TD =)

Untuk ke restoran ni, kalau pegi in a big group, di galakkan buat reservation dulu la. Sebab most of the time, Bombay Palace akan full house.Ni alamat dan contact number Bombay Palace :-


Alamat: 
215 Jalan Tun Razak, 
50400 KL.

Phone Number:
03-2145 4241/7220


Sunday, January 1, 2012

Bubur Nasi Ikan Salmon

Ilyaas dah masuk 9 bulan lebih baru saya perkenalkan ikan salmon dalam menu Ilyaas. 
Baru la tahu mahalnya ikan salmon ni. seketul kecik je dah RM5,beli kat Jusco.



Ni la anak teruna kesayangan saya tgh menikmati makan malam salmon with rice porridge. Saya campur brocolli, carrot and potato juga dalam bubur ni..semua tu sy blend dulu dan jadikan puree simpan dalam freezer...bila nak masak bubur nasi, saya masak je dlm rice cooker isi air banyak2 supaya beras tu tak jadi  keras macam nasi. just jadi lembik seperti bubur. lepas tu sy masukkan je semua bahan2 yang dah di blend bersama isi ikan salmon..Bila nak serve, saya lenyek-lenyekkan isi ikan supaya mudah untuk Ilyaas kunyah..


Inilah rupa bubur nasi bersama ikan salmon + broccoli + carrot + potato..Selamat mencuba semua=)




Published with Blogger-droid v2.0.2

Saturday, December 31, 2011

Impian, Harapan dan Cita-cita 2012

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, beberapa minit lagi tirai Tahun 2011 akan berganti baru dengan kunjungan Tahun 2012.
Maknanya, kita makin menghampiri usia tua kita., kita makin menghampiri akhir zaman. Banyak perkara yang penting berlaku pada tahu 2011, khasnya buat diri saya. Pastinya tahun 2011 ini tidak akan saya lupakan. Tahun yang merubah status saya sebagai selama lamanya. Memikul tanggungjawab dan amanah sebagai seorang ibu pada tahun 2011 yang penuh bersejarah..Status ibu yang akan saya bawa hingga ke akhirat, insyaAllah.

Untuk memasuki tahun baru 2012, sama seperti kebanyakkan orang lain, saya menyimpan seribu satu harapan, impian dan cita-cita yang pelbagai supaya tahun 2012 memberi makna yang mendalam buat diri saya dan keluarga saya.

Di kesempatan yang ada beberapa minit sebelum tibanya ambang 2012, saya nak cuba listkan beberapa perkara penting yang saya impikan, harapkan dan cita-citakan untuk tahun 2012...( maaf la ayat sedikit skema, sebab rasa tiba2 nak skema)

Antara yang sy impikan, harapkan dan menjadi cita-cita saya untuk tahun 2012 ialah:-

1. Mahu pindah keluar dari KL dan mulakan hidup baru somewhere outside from KL. Husband and me  need somewhere healthier to grow old together and to raise our children.


2. Mahu kembali swimming like before. Plus, bawa Ilyaas swimming jugak.I miss swimming a lot. rindu sngt.


3. Start homeschooling secara lebih serius and lebih disiplin untuk Ilyaas.Plan to teach him Alif Ba Ta, apart from numbers, alphabet, colours and shapes.


4. Start my study in Msc . InsyaAllah.semoga dipermudahkanNYA.


5. Kalau diizinkanNYA nak breastfeed Ilyaas for the whole 2012,  walaupun sekarang ni mission impossible sikit since stock makin sedikit and if I have to attend long field trip, thing will be different... Wallahualam.


6. To spend more time for baking. at least sebulan/dua bulan sekali dapat ber-baking. tp  bukan baking live kat fb tu.heheh

7. Untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah, isteri, ibu, anak, menantu, kakak, kakak ipar, adik ipar, ibu saudara, cucu, dan pekerja dengan sebaik-baiknya dengan hati yang IKHLAS.

Banyak lagi yang di harapkan untuk tahun 2012. Walau apa pun, semuanya diharapkan baik-baik belaka. Jika ada tersalah silap sepanjang tahun 2011, harapnya 2012 nnt tak di ulangi lagi kesilapan yang sama.

hmmmmmmmm, ngeluh panjang sekejap untuk kepenatan yang dirasai sepanjang tahun 2011, but ALHAMDULILLAH yang teramat atas segala nikmat tahun 2011.

SELAMAT TAHUN BARU 2012 SEMUA PEMBACA CHERISH EVERY CHERRY


Friday, December 30, 2011

Ilyaas ke Menara Condong Teluk Intan

Ni entry yang tersadai dalam draft selama seminggu. Lepas check out dari Dorani Bayu Resort di Sabak Bernam, saya sekeluarga bergerak ke Teluk Intan. Jarak from Sabak Bernam ke Teluk Intan lebih kurang 50km je ikut jalan lama..

Tujuan utama nak ke Teluk Intan ni mestilah nak melihat Menara Condong Teluk Intan. Sepanjang hidup ni tak pernah jejak  kaki ke Teluk Intan. Husband pun sama jugak la, tak pernah lagi sampai ke Teluk Intan.. Jadi kami excited jugak la nak melihat the famous leaning tower of Malaysia.  Bila sampai Pekan Teluk Intan, senang je nak cari kat mana lokasi menara condong ni. Tapi bila kitaorang sampai, menara condong ni tgh renovate untuk baik pulih kot. so kitaorg tak leh naik sampai ke atas. setakat amik gambar kat bawah je..

Ni la gambar2 yang sempat di-snap.....

By the way, sape2 yang berminat nak baca info pasal menara condong sila klik di sini...

Ilyaas n me

Ilyaas and ayah nya

my 2 bro with my dad

my family tersayang