Wednesday, December 11, 2013

11/12/13 and over the last weeks



Tarikh cantik
ramai orang kawin hari ni..
termasuk Cik Ta kita..
tapi rumah I takde Astro , tak dpt tgk live update akad nikah Cik Ta...
tak kisah sgt pon, saje nak amik tahu perihal artis.alaaa, korang pon camtu kan? 
mesti suka baca gosip2 artis..adatla tu..

mcm dah seminggu tak tulis blog, idea n masa takde..
takpe kot, bukan ada sesape pon rindu nak baca blog cap ayam ni..
arini saje nak type entry sebab tarikh cantik...huahuahua, 

masuk hari ni dah 3 hari husband-less, sobs sobs sobs..
rindu ler..lain la klu xde husband kat sebelah kita..
mcm kekok..
kagum ngn korang2 yg pjj, or husband keja jauh atas kapal ke atas rig ke..
tabah sungguh hati korang. 

tp alhamdulillah anak-anak ok jer.dorang tak merengek meragam. 
dua2 behave molek je. 
dengar cakap, rajin kemas mainan..

sempena tarikh cantik ni, nak dedicate gambar kat bawah ni to the love of my life..

my husband, my perfection





and here are some activities we did over the last weeks





My fridge has been to packed with fridge magnet. Ni gambar on side depan je. penuh magnet bergambar
side tepi pulak penuh collections fm both from husband n myself masa kitaorg study dulu..
then masa kitaorg gi kerja sama2 time bercintan cintun
ada jugak orang bagi
both of us think that we need a special magnetic board utk susun atur fm yg ada..
ilyaas suka kutip dan main..
some of them dah pecah :( some dah tercabut magnet...nasih boleh diselamatkan lagi..



and this one, is my new wedges in shocking pink. 
mak mertua hadiahkan..
cool giler kan mak mertua i hadiahkan kasut kaler pink.

sampai skrg tak berani nak pakai pi uni..
ilyaas je bergaya dulu dlm rumah.



and my little baby is not so little anymore..
dah nak masuk 11 bulan in 2 weeks..
sob sob cepat nye adik membesar. 
jom sama2 kita ukur milestone kita ye dik.
makan dah nak mcm orang tua. semua benda nak makan.
bercakap tak pandai lagi. 
berjalan tak pandai lagi. 
suka bertatih je. 
dah pandai turun naik katil. tp takut dia tergolek sendiri jer. 
minum susu bagaikan puteri raja setiap malam. 



last two weeks pegi putrajaya/shah alam. 
sempat melawat buah hati kesayangan kami sekeluarga. 
Zarifa sayang
masa ni Jippa baru keluar wad sbb ada lung infection.
dia kena sedut oksigen baru ok..
Jippa my tough girl
Jippa baru turns 10 months old minggu lepas..


dan ini tuan blog nak selfie kejap...hahahah


ok dah bye...

nak sambung drawing...


Wednesday, December 4, 2013

Nursing cover with bag

Assalamualaikum, 

 Myhafiy Blogshop (kedai kecik kami) sekarang dah sediakan beg berzip untuk simpan nursing cover. Bag ni dijual bersama dgn nursing cover. kiranya come with the package la. sebelum ni kitaorg tak bg beg sbb selalu tak berkesempatan nak jahit bag ni. Bila dah try and error, we finally decided sediakan bag sekali dgn our nursing cover. Bag ni guna plain fabric dan kitaorg letak matching ribbon from fabric yg sama dari nursing cover.  mcm kat gambar bawah ni. comel kan..

Bila dah ada bag ni, senang nak simpan n make nc kita tak tertinggal. senang simpan dlm handbag or bag baby. boleh guna bila2 masa je...for sure nampak lebih kemas n bergaya..beg ni pon korang bleh guna utk isi benda2 lain bila dah tak breastfeed baby nnt..simpan make up ke...buat pencil case ke...



walaupun kitaorg tambah beg ni dgn nursing cover, harga tetap sama tau. tak de extra charge. 
cuma RM60. kain mmg dari kualiti yg sgt elok. It's a Swiss Cotton. Lembut, tebal, tak jarang, sejuk, breathable dan corak pon cantik2. 


bgi yg tak pernah tengok camne rupa nursing cover ni

taaaa daaaaaa

itu saya menggayakan nursing cover...sambil endap2 anak kat dlm cover tu...dun worry, baby tak lemas dalam tu. ada ruang utk bernafas n kita boleh monitor n tgk mata anak sambil menyusu...=) priceless moment 

ni pandangan sisi, nampak kan nc kitaorg cover badan depan belakang tepi kiri kanan

luas pun luas, xperlu segan2 kot2 ternampak pinggang or perut kita...
sgt memenuhi keperluan ibu2 muslimah , insyaAllah


For now, fabric boleh dipilih dari album kitaorg kat fb



and kat bawah ni kain2 terbaru dlm koleksi yg ada













sapa nak order, boleh pm kat facebook page ye

atau just tinggalkan email korang kat comment bawah entry ni..


Thankssssssss



Happy breastfeeding mummies =)


Monday, November 25, 2013

A happy weekend and doa for Zarifa

Assalamualaikuuuummmm semua,

Dalam usaha nak up entry ni, kena seru mood blog supaya datang sekejap...Susah benor nak dpt mood sejak dua menjak ni...Menandakan otak saya sekarang dah sibuk dgn benda lain...

Sibuk sibuk pon, weekend tetap best...Weekend mana pon, walau pon busy camne sure best sbb dpt berada 24 jam dgn anak-anak...masa yg ada 48 jam dgn dorang ni je la sebenarnya masa utk kita belek dorang...masa ni la nak teliti telinga anak, buang daki-daki, potong kuku, check gigi dorang kuning ke tidak. klu tak hari2 gosok gigi tp tak la sental gigi..heheh..

back to the title, weekend aritu adalah first time utk Imani pergi main indoor playground. Last time pegi, Imani dlm perut lagi, masa tu gi dkt Aeon Station 18. This time, pegi kat Ipoh Parade, lepas baca blog mak arissa, baru tau kat Ipoh Parade pon ada playground ni.



Imani main percuma je. Ilyaas kena bayar rm5 utk 20minit. kalau weekdays, rm4 utk 20 minit. 
Dekat Station 18 lebih untung, bayar berapa belas ntah (kena baca balik entry lama ni), utk one day entry. 
tp kat station 18 sebab ramai orang pegi, lebih terdedah la anak-anak pada jangkitan dari budak lain. Ilyaas dulu kena kudis kat tangan dia lepas main kat Aeon Station 18...pengalaman pahit.so tak mau dh gi situ..

Kat Ipoh Parade ni mmg tak ramai orang. aritu ada 2 orang je adik beradik main sekali ngn Ilyaas n Imani. 
Lepas main terus basuh tangan dorang tanpa berlengah dgn sanitizer dettol. 


Sempat gak singgah popular. tak beli apa pon tp saja pusing dlm tu. Ilyaas excited tgk buku. 



My kesayangan...
Comel sgt tgk Imani dlm telekung purple tu...Geram. dah la pandai senyum nampak gigi camtu..

mcm nak gigit je pipi dia..


Petang smlm, sempat buat muffin coklat utk Ilyaas. Sebab Ilyaas suka buat dialog 
" Ni kek umi, ni kek ayah, ni kek adik"
"kek Ilyaas yg bawah"
setiap kali baca magazine Asuh yg ada cerita ' The Bakery Truck'
Senang je nak gembirakan dia..
bila dah buat muffin ni, mesti la banyak dpt. so bagi kat babysitter and jiran dia. 
Ilyaas makan 2 ketul je pon. saja hias iyak2 nampak mcm nak party pulak..


On the other side, my little angle from heaven, Zarifa x berapa nak sihat the whole last week. Kesian Zarifa. 


Dia kena lung infection. with her edward syndrome and heart problem, sangat-sangat lah merunsingkan parents dia. Zarifa admitted dan lepas dpt bantuan oksigen, mama Zarifa kata she looks better. InsyaAllah arini Zarifa dpt balik rumah dah. 

Tak percaya how a true fighter she is. And kalau nak tgk kuasa Allah SWT, saya tak perlu pergi jauh-jauh...
Saya just perlu renung dah fikir balik pasal Zarifa saya. Apapun prediction doctor, kuasa Allah SWT tetap kuat. 

Doa saya utk Zarifa....

" Semoga Jippa tak sakit bila minum susu, supaya Jippa tak sakit bila Mama masukkan tiub dlm mulut ke perut Jippa, semoga tidur malam Jippa nyenyak dan tenang, semoga Jippa tak sakit di jantung bila darah mengalir keluar masuk, semoga Jippa tak rasa sesak nafas lagi, semoga Jippa dpt mula makan dan dapt cepat membesar..semoga Jippa menyenangkan Mama n Ayah Jippa, semoga Jippa menjadi kekuatan Mama, kekuatan Ayah, kekuatan kita semua...semoga Jippa boleh tersenyum, dan bersyarah mcm selalu. Umi Athi harap, walau sedikit sumbangan yang Umi Athi dpt berikan, semoga susu Umi Athi dpt membesarkan Jippa..Dapat mengalir dlm darah Jippa menjadi pembantu dalam proses pembesaran Jippa"

Doa saya utk Mama dan Ayah Zarifa...

Semoga Abg Min dan Kak Ezri sentiasa sabar, tabah, gigih, dan ikhlas dalam menjaga anak istimewa seperti Zarifa. semoga semuanya terbalas. semoga orang yg tidak memahami keadaan Abg Min dan Kak Ezri tak akan bertanya soalan-soalan yg melukakan hati kalian berdua.juga hati adik beradik Jippa yg lain, juga hati kita semua sebagai ahli keluarga...Semoga Allah berikan inner strength utk kalian berdua melaksanakan tanggungjawab memberikan yg terbaik buat Zarifa...


Kawan-kawan yang baca entry ni tolong amin kan doa saya ye...

thanks in advance buat semua yang meng-amin-kan doa ini...

May Allah bless all of us...

Happy productive week ahead , InsyaAllah

Wednesday, November 20, 2013

You raise me up

"Kakak, susah tak study?"

"Kakak ok ke?"

"Kesian anak ayah, penat...."


I miss the person who always ask me these kind of questions wherever I saw him..

Kadang kadang rasa ayah treat me like a school kid, despite of I'm having kids on my own already.

Bila balik rumah ayah, ayah akan cuba sedaya upaya utk make sure I am not struggling to live. Ayah redha and restu je bila anak sulung dia tibe tibe nak berenti kerja dan sambung belajar. Walhal, he was the most excited person in the world bila anak dia dapat kerja. Kerja 'besar' la waktu itu, kata orang.

Ayah orang paling risau (selain mak) bila anak perempuan tunggal dia dua kali masuk operation room. Tapi dia buat-buat cool je.

Sometimes, honestly I feel like ayah suka tanya soalan yg dia dah tahu jawapannya. Or perhaps, he just wanted to hear the real truth from my mouth. But myself, always tak nak risaukan ayah, will answer it the other way round...


"Kakak, susah tak study?"

- Ok je...study mana2 pun susah jugak. kerja pun susah jugak...

"Kakak ok ke?"

-Ok je. I'm happy. 

"Kesian anak ayah, penat...."

- Biasala tu yah...nak buat camne..InsyaAllah semua ok je.


Setiap soalan ayah, I will answer ok je...mesti ayah tak puas hati dgn jawapan tu..but I believe when I answer that way, ayah will stop worrying about me..about my kids...

My dad, never asks me bila kakak nak habis study... thanks for that ayah..kakak memang tak de specific answer for this question...huhu..I'm trying....

Bila teringat, since day 1 at school...ayah orang yg sentiasa ada..mak jugak...
day 1 at school, ayah teman waktu rehat. he bought me nasi lemak sebab kesian tgk anak dia makan buah jambu je waktu rehat.
sepanjang kat kinddy ayah tolong pakaikan tudung pagi2 sebab mak keluar rumah lebih awal. mak kerja jauh waktu tu.

well...to write about him, i need days...perhaps months...

he is definitely a person who raise me up through my ups and downs...together with mak..

When I am down and, oh my soul, so weary;
When troubles come and my heart burdened be;
Then, I am still and wait here in the silence,
Until you come and sit awhile with me.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

You raise me up... To more than I can be


That's my dad.


*should call him now*







Wednesday, November 13, 2013

Rambling for today

Masalah

sepuluh kali type satu ayat.sepuluh kali gak delete. 

ni mmg kes takde idea nak tulis. 

emmm idea ada, tp xde mood nak menulis blog. 

feeling tak de. 

rasa nak cerita cerita jgak..

tibe tibe rasa perlu ke share kat public? 

perlu ke letak kat blog?

so amik pendekatan mudah, keep it for later. 

cuma peringatan utk semua ibu yg menyusukan, 

jgnlah korang tertinggal pump atau sebarang peralatan pump. 

merana ok. 

demam bengkak susu sgt tak best. 

dlm pantang tak rasa, ni anak dah nak masuk 10bulan baru merasa. 

pening kepala...dah pump sampai takde apa keluar pun still dok rasa bengkak lagi..






Tuesday, November 12, 2013

Happy Birthday Ayah



Happy 55th Birthday to my beloved Ayah..

semoga ayah sentiasa sihat, dan panjang usia...

Love you so much

*tptakretinakshowoff*


sayang ayah




Wednesday, November 6, 2013

Trip to Legoland, Johor

hip hip hooray, Ilyaas and Imani dah sampai ke Legoland Malaysia.

Long weekend aritu, kitaorg pegi Johor. rumah my sil. kebetulan my parents in law ada kerja kat sana, so plan asal nak balik ganu ditukar ke pergi johor. maka, kecoh meriah and bersepah la rumah kakak ipar... 

Legoland bukak pukul 10pagi. Pukul 8.30pg, husband dgn abg ipar dah pegi beratur nak beli tiket awal2. 
ingt orang ramai la, rupanya tak panjang pun line nak beli tiket. ktaorg plak, pukul 9.30 baru keluar rumah. dgn budak2 semua, bagi chance dkt mak2 budak masa bersiap lama sikit. 

sebenarnya boleh je nak book online and dapat discount 20%. provided kena booking 7 hari sebelum tarikh nak pergi legoland tu. Memandangkan kitaorg buat decision nak pergi dlm 5 hari sebelum, so kalau beli on9 pun tak dpt discount. better beli kat kaunter since boleh dapat discount warganegara bila tunjukkan mykad/mykid. 

Masa kitaorg sampai tu belum kol 10pg lagi, so dapat menyaksikan orang beratur siap2 dpn gate legoland tunggu gate bukak. mostly yg dtg nak pergi waterpark. sebab waterpark baru bukak. kitaorg xpegi waterpark pun. 


dah masuk tunggu bawah pokok. tunggu pemandu pelancong aka biras i pergi park kereta. kitaorg mmg dah malas tgk map segala sbb dah ada local people yg dah hafal setiap penjuru dalam legoland ni. 

bagi sesape nak sewa stroller, boleh sewa kat dlm ni. utk single stroller rm35. kalau double stroller rm45. dia bukan stroller mclaren ke quinny ke sweet cheery ke..dia stroller mcm kat aeon tu..tp takla besar sgt. nak draw duit semua dun worry kat sini ada ATM. 

cuaca masa time kitaorg pergi ni agak panas. matahari tak nampak sgt, tp cam terik bahang. rupanya nak hujan tgh hari tu. tak banyak pun rides yg kitaorg smpat naik. sebab setiap satu rides yg kita nak naik tu, kita kena beratur tunggu giliran. part beratur tunggu giliran tu tak berapa best sgt la. sbb kadang2 line panjang, pastu dgn budak2 lagi, mmg tak berapa sesuai la. 

untuk rides bg kids below 3 yrs old mmg tak banyak. kalau ada pun, parents/orang dewasa kena teman. Ilyaas sempat naik train dgn boat je. nak naik boat tu punya la lama beratur. tp worth it, Ilyaas happy sgt dpt drive boat sendiri. 

Imani plak, naik train je. the rest dia dlm stroller. or berdukung. tak pakai baby carrier sbb panas. 



Umi plak sempat naik roller coaster satu round je. boleh tahan takut. tp best. huhu..

adik ipar i beli gambar atas roller coaster tu..hahahah..muka sorang2 mmg mendebarkan...





oh satu lagi umi naik train teman ilyaas. 
ada gak train utk family, yg tu kitaorg semua naik.dia bawa pusing sekitar legoland..
eh eh umi naik tower jugak. dpt tgk legoland dan kawasan sekitarnya. tp baby below 1 yr tak leh naik.so Imani duduk kat bawah dgn ayah. 

dgn clown...huh. tgk gambar ni rasa gemuk gila. pipi tembam kebabom...


mmg tak banyak pun amik gambar. sbb seriously tak sempat dok handle budak2 ni. ada total 6 orang budak2 yg kitaorg bawak. dah la dorg punya excited nak dtg legoland sampai tak nak breakfast. masuk legoland bukan main lapar n moody. nasib la kakak ipar dah bekalkan goodies bag sorang2.makan la snek2 dulu. 

kalau bli tiket kat kaunter, dpt voucher makan rm10. tp kat dlm legoland ni, harga makanan boleh tahan mahai la jugak. ice blended pun rm10.. tp kitaorg kan gi ramai2, so kumpul2 voucher tu dpt beli pizza sebijik  besar. alas perut masing2.

pukul 2 cmtu, hujan turun. lebat plak tu. masa tu kitarog dah dkt bahagian kids and baby. so lepak kat situ je la lagipun berbumbung. biar budak2 main lego kat situ.mcm playground besar penuh lego..excited gila sorang2. makan semua kat situ. ada baby room/nursery jugak, tp tak sempat masuk sbb nak cross dah hujan..tunggu lama sgt hujan tak berenti, kitaorg pun decide nak balik, redah je la hujan..sangkut imani kat baby carrier, selumbung kepala dia ngn towel...alhamdulillah, xde sapa demam lepas tu..

tp rasa kejap sgt gi legoland. honestly tak puas langsung main kat sini. 
next time anak2 dh besar kena datang lagi la. baru semua boleh main sampai muntah...hahaha. umur2 dorang ni rasanya bawa gi Puteri Harbour Family Theme Park je kot..indoor and lebih sesuai utk anak2 kecik ni. 
 kedai lego pun tak sempat masuk..
klu tak merasa Ilyaas Imani main lego baru ...hahaha (jimat duit ayah)

tp petang tu pi JPO pulak...
hahaha
so paham2 je la..

kalau korang plan nak gi Legoland, I suggest bacalah tips ni dulu

di karang penuh dgn pengalaman oleh kakak ipar i yg dah terror ngn legoland ni

http://bananamejar.blogspot.com/2012/09/our-first-outing-to-legoland-malaysia.html

I copy paste letak sini k


Tips:


  1. After you pass through the entrance, you’ll be greeted by ‘The Beginning’, with Legoland merchandise store and The Cafe on your left, and mini market and reception on your right. Go to the left side of the park (to Lego Technic) if you are a family with older children (who would meet all the height requirements). Proceed to the right side of the park (to Lego City) if you come with younger children. 
  2. You’ll be amazed by the miniature of landmark buildings in Miniland, situated at the heart of Legoland, right after The Beginning. But you can always take picture later after you have completed all the rides. 
  3. Board Legoland Express first (at Legoland City) since even babies are allowed on this ride, if accompanied by adult of course. The train will take you around the park.
  4. Bring your children to Duplo Playtown (shaded area) in ‘Imagination’ if you are sick of queueing and just want to watch your children having fun by themselves (suitable for toddlers and preschoolers).
  5. You can find many activities that do not involve ride or roller coaster in Imagination land. 
  6. Baby care and prayer room are also located in this area. 
  7. Bring gigantic golf umbrella, drinking water, lots of tissue papers (or face towel because you’ll be sweating like hell), hats, and also don’t forget to put on sunblock with the highest spf that you have. 
  8. You can always rent a stroller or double stroller if you forgot to bring yours. 
  9. Well, of course the foods in Legoland are expensive, what do you expect? If you are short of cash, there is always Maybank ATM machine near the entrance.


I love MINILAND!!