Saturday, April 12, 2014

Mee Suah for toddler



Ni entry bila ntah ni tak perasan tak publish
letak gambar takde ayat..
so kita auto publish kan entry ni arini.

kalau mak mak yg buntu takde idea nak masak apa kat anak, try la masak mee suah ni. 
mee suah ni ala2 mihun, tapi dia lebih lembut, boleh jadi mcm bubur sket kalau dah kembang. 
mee suah ni tak silap makanan orang chinese. 

kalau kat tesco ke giant ke, mee suah ni jual dalam bungkus2 kat bahagian mee kering or maggi. 
warna dia putih. 
and dia dah ada rasa masin, so mmg tak payah tambah perasa ke garam ke dlm masakan mee suah ni. 

nak masang dia senang je...ni roughly ye i citer..lain2 korang mak2 semua edit ikut suka sendiri..

1. tumbuk bawang putih..
2. tumis bawang putih tu..
3. tambah air sikit..
4. masukkan udang atau sotong..
(anak2 I tak suka udang or sotong, so guna ayam je)
5. tambah air, biar mendidih
6. masukkan mee suah. basuh dulu tau mee suah bg lembut sket. tapi tak yah rendam mcm bihun. 
7. pecah kan telur. 
8. tambah sayur kalau nak. 
9. biar mendidih dalam 1-2 minit. 
10.siap

makan panas-panas mmg sedap..kalau suka kuah bnyk, letak la bnyk air..
mee suah ni jenis serap air tau, so klu biar lama nnati dia kembang...

I rasa ni tak baper sesuai kalau budak kurang setahun, sbb dia ada rasa masin dari mee suah tu..
lepas setahun ok la kot..

ok tu je...

bye2

Friday, April 11, 2014

Cabaran paling besar sepanjang menyusukan Imani

Assalamualaikum, 

Hari ni nak citer pasal breastfeeding experience I dgn anak kedua I, Imani Hafiyya.
Sepanjang 15 bulan menyusukan Imani Hafiyya, alhamdulillah, boleh dikatakan tak banyak cabaran yg I terpaksa lalui. rezeki susu sentiasa ada,stok ebm cukup. Malah ada rezeki lebih untuk bagi pada anak susuan I, Zarifa. 
Lepas 11 bulan menyusu, nampak susu drop sikit. selalu dpt 16oz sehari, dpt 12oz je. Kebelakangan ni, dpat 10oz sahaja. 
Aritu ada la I amik supplement dari Shaklee, tp bukan set lengkap pon. Alfafa je. Mantain jugak susu. 
tp pastu I stop Alfafa, amik fenugreek. susu tak la drop terus, masih ada. 
Sampai semalam, I kira-kira stok, ada 300oz. lebih kurang 9000ml. Stok ni cukup untuk at least 15-20 hari. 
Sebenarnya, I ni tak pernah pon kira berapa oz yg ada, berapa plastik yg ada...I just go with the flow. 
Semalam I kira sebab SEMUA STOK TU DAH CAIR. 
Bayangkanlah, all 300oz ebm I cair. 
EBM yang cair =(
Nangis 
Balik from hospital semalam (kenapa dari hospital? baca citer ni and ni), I pergi bukak freezer, sbb nak simpan susu2 yg I pump dkt spital...Bukak je deep freezer, I smell something wrong. Bau kepok lekor kuat gila. Lampur freezer tak menyala. daaaannnnnn semua susu I dalam botol or dalam plastik dah caiiiiirrrrrrrrr. 

Terus I menangis sambil angkat semua susu2 tu...Sambil tu husband datang tgk...
Rupanya plug freezer tu mcm terangkat sikit, perhaps kena panah. walaupun dah pakai anti-petir plug...plug tu recover balik, tp sbb dia terangkat sket, current letrik tak sampai la ke freezer I. Maka freezer tu mencair...bersama semua benda dalm tu cair dan rosak...

Seriously, I nangis menitik2 air mata, kejap2 nangis sambil buat kerja lain...
Sedih sgt...susu yg I kumpul selama ni utk stok Imani, at least boleh bertahan sebulan lagi dah xleh guna. 
I simpan la sikit utk kegunaan semalam, arini dan mungkin kalau elok lagi esok. 

The rest kena buang. 
Susu frozen yg dah cair mana boleh frozen kan balik. 
Dah susu sebanyak tu cair, mana la mampu Imani nak minum dalam masa 24-48jam. =(

my deep freezer
yg dah berkhidmat selama 15bulan..
thank u la, walaupun akhirnya ada musibah di akhir perkhidmatannya..
nasib baik deep freezer tu masih boleh berfungsi lagi. 
Masa kejadian ni, I tersedu sedu nangis. Tak tahu nak cakap macam mana. 
Niat di hati mmg plan nk campur susu ibu dgn susu formula, selepas Imani umur 18 bulan, ada 3bulan lagi. 
Tapi apakan daya, mungkin kena mula campur susu masa umur 15bulan ni...mungkin..
Sekarang ni berazam untuk power pumping. Ptg smlm kat rumah pun, I pump, n direct feed jugak. 
Supaya production susu dpt meningkat balik dan kalau ada rezeki Imani, boleh la dia masih 80% on breastmilk, 20% on formula milk. tp sampai skrg masih belum decide susu cap apa yg nak dijadikan percubaan pertama utk Imani minum fm..

susu lemak manis yg harus dibuang.
ilyaas kata susu busuk.
selamba je dia kata susu adik busuk. tak sedar dia dulu fanatik bukan main dgn susu busuk ni.
nak wean off dia dr breastmilk dulu, ya rabbi bukan senang.
drama air mata i laki bini dgn si ilyaas tu.

ni ha citer nak wean off dia...
citer 1
citer 2

Masa nak buang susu tu...husband yg buangkan. I x rela...sambil tu jeling2 tgk susu susu yg dah diusahakan pump setiap hari mengalir masuk dlm sink. husband suggest buat sabun. I tanya, dah abang nak ke pakai sabun susu ni...dia sendiri tak sanggup. maka buang la. nak bagi Imani mandi pon mcm sesetengah orang buat I tak sanggup. nak siram kat pokok or tanaman, rumah kitaorg yg ada rumput rampai yg meliar je...ke sinki je la jawabnya...sobs sobs..

bye bye
Mujur dari tgh hari sampi malam bg Imani minum ebm ni dia ok . terima tanpa banyak songeh.time nak sleep baru direct feeding. sempat pump n kumpul 5oz lagi smlm..
I know perjalanan breastfeeding bukan mudah. lain ibu lain masalah dan cabarannya. 
I had a very smooth journey selama almost 15months, sekarang baru terima cabaran besar ni. 
kena usaha kumpul balik. 
niat nak fully bfeed mungkin tak kesampaian. tp kalau dpt topup sikit2 pun syukur. 
kesimpulannya, I totally redha atas kejadian ni. 
biarlah susu2 tu di buang. pasti ada hikmah yg Allah tetapkan. 

cumanya, kami husband n wife mmg kena struggle sesuaikan Imani dgn fm... many upcoming dramas awaiting us....
nak kena mula mintak sample susu ni......

and I dah mula makan habbatus sauda dalam setiap meal. I mmg ada habbatus sauda kat rumah. 
sebelum ni tak guna. dinner last night dh mula taburkan atas nasik. dpt rasa susu bnyk sket masa tgh malam. 
pagi tadi pun tabur habbatus sauda ni dlm nasi lemak. alhamdulillah, masa pump tadi dapat extra 1.5oz.. 
Wallahualam. apa kesannya... cuma I yakin dgn kata-kata ni..

"Tetaplah kamu dengan habbatus Sauda ini kerana di dalamnya terdapat ubat bagi segala penyakit kecuali mati"

i guna biji habbatus sauda mcm ni
tabur je atas nasi/makanan kita
rasa dia kelat2 sikit
n pedas2 sikit..
ala2 black pepper gitu
ada jugak dlm bentuk pills.

InsyaAllah, ada rezeki lagi susu untuk Imani.. 
kalau kena campur fm, I have no obligations. 
I am not anti-fm mum. In fact, kalau betul2 tak mampu untuk bf due to any reasons, I encourage other mums to give fm. tak kan nak biar anak x minum susu.or susahkan diri cari susu kambing fresh sahaja. kalau ada byk duit, berkemampuan, bg la susu fm yg mahal, lebih berkhasiat etc..

wish me luck tau..doakan I dpt slowly gain my production n kumpul balik susu buat Imani. 
and also to start mixing with formula milk...





Wednesday, April 9, 2014

Esok baru boleh keluar wad

Assalamualaikum korang, 

begitulah kekdahnya..esok baru Ilyaas boleh keluar wad. (read: umi sekali la)
dah kebosanan dok kat spital ni..
internet ada je. 
tapi nak buat kerja tak berapa nak boleh focus la...
nasib baik boleh la menaip sikit2...

tadi pagi bangun dgn harapan tinggi doa kot2 doc bagi keluar arini. 
siap dah kemas2 beg semua..
nurse pon ckp maybe leh kluar arini
tp bila doc datang ckp ada satu lagi antibiotik drip kot tangan...
and Ilyaas's left nose still blocked..hingus banyak lagi...
so kena neb lagi arini sekali..
maybe malm ni off neb..
takpela, mmg nak anak betul betul sihat
so biar doc rawat betul2, bg ubat ikut masa...biar betul2 hilang semua virus2 jahat tu


selfie pagi tadi dgn si anak yg makin sembuh. Alhamdulillah.
muka Ilyaas belum mandi pagi lagi ni..
still with his bad morning breath 
btw, influeza B ni sejenis seasonal influenza. vaksin untuk influenza ni mmg dah termasuk dalam list vaksin kebangsaan. bermakna Ilyaas mmg dah amik vaksin utk influenza ni..tp kuasa Allah kan, kita cuma prevent, kalau dia nak bg jugak sakit tu, mmg tak dpt melawannya....

Skrg umi dpt update blog jap sbb Ilyaas tidur..Adik kat rumah pegasuh. siang hantar sana. 
Malam husband bawa Imani dtg tidur dgn umi. 
Kitaorg tak la strict sgt meng-isolate kan imani dari abang dia. 
Sebab doc ckp, Imani fully bfeed, and since I am with Ilyaas 24jam, InsyaAllah (ni i ckp la, doc chinese tak sebut InsyaAllah), badan I develop antibodi utk lawan influenza B ni, jadi antibodi tu ada dlm susu Imani, sekaligus menguatkan sistem pertahanan badan Imani terhadap Influenza B ni. 
MashaAllah, besar kuasa Allah kan..
Walaupon mmg Imani ada demam on off dan cirit sikit, kitaorg bawa gak dia jumpa paed Dr Lee. doc yg sama rawat Ilyaas, doc ckp Imani ok. tak kena sakit mcm abg dia...suhu dia pon x rise up sgt smpi 38 lebih. 
tgk2 nmpk 2 batang gigi geraham tgh nak tumbuh. 
satu belah kanan, bawah. satu lagi belah kiri, atas. 
padanla demam...
apepun, umi ayah ttp risau,takut2 adik terjangkit dari abang. so cpt2 amik ubat dulu. precautions first. 

huuuuuuu, dah boring dok sini..
Ilyaas asyik ajak jalan jalan. nak jalan mana pon dalam spital ni. 
playground pon xde, sbb spital tgh renovate lagi..




kes Ilyaas boring.
dia tinggalkan hasil karya seni di dinding ward
mudah mudahkan nurse tak perasan.hahahhaha


oklah, itu aje update. 
nak cari balik momentum nak menulis thesis. 
dah 2 minggu my thesis terabai. 
anak tak sehat, apepun tak boleh buat. 
aritu adik tak sehat, sama jugak, duduk tak senang apepun tak bleh buat



Tuesday, April 8, 2014

Ilyaas warded sebab Influenza B

Assalamualaikum ,
I bersiaran dari isolation room Hosp.Pantai Ipoh ni.. Dah masuk hari ke3 ni berkampung dkt sini sejak hari Ahad lepas.
Bagi yg ada fb or Ig I tau dah kan..Ilyaas dh seminggu la demam.rujuk entry bawah ni Hari Jumaat n Sabtu dia refuse to eat.Jadi badan dah xberdaya..I dgn husband makin risau..Angin pon dah x menentu sbb risaukan anak dok paksa makan paksa makan ubat semua x jalan.Ahad pagi buat decision dtg ED Pantai hospital.
Kebetulan masa tu Paed Ilyaas, Dr Lee HT ada kat spital..lps MO check mmg kn admit la sbb dh 6 hr dmm masa tu.Call Paed n dia trus dtg.Amik darah amik sample hingus/tahi hidung.Xray then masuk ward.
mula mula dpt 4 bedded room.request single room sbb insurance mmg entitle single..kejap je tgh hr before zohor dh dpt room.bukan nya dpt mmg wajib pindah sbb result test darah positif influenza B.
Nasib baik B, kalau detect ada influenza A sekali dh jd H1N1 dh..nauzubillah.
tgh hr tu cik ana ngn daddy joey datang mlawat bawa ns kandar..Tq la korng.mmg kelaparan gila masa tu.Ilyaas kena neb n masuk ubat.drip antibiotik plg kuat 10ml.n ubat2 lain makan je .dia ngamuk gak masa nk bg ubat viral influenza tu..nurse yg baik menolong.sian nurse tu kn tendang ngn ilyaas.
lepas dpt ubat dia zzzz la..adik pon zzz sekali.dpt katil baby satu katil besar satu.bilik mmg besar la.tp ni isolation room.patutnya imani xleh la masuk sbb dia paling senang dijangkiti.tp gtau nurse imani mmg dh demam on off jugak.tp x sepanas abg dia..n imani bfeed.so dorg ok je la.
ptg tu mak ayah pengasuh ngn anak2 dorg dtg melawat..siap offer nk jg imani mlm2.tp i yg xnak sbb mls la nk pump bagai tgh2 mlm...sian imani nnt hujung bulan ni klu jadi kena tinggal seminggu lagi ngn pengasuh...baik sgt dpt family pengasuh ni.syukur alhamdulillah.
hari kedua hantar imani gi babysitter.husband gi keja.umi dok ngn liyash.mak tok ngn wan dtg from penang .Pak Lang Amir bg mash potato kfc.tringt kat anak sedara sakit katanya.mentang dia kerja kfc skrg smntara tunggu dpt offer letter nk gi blajar..
imani pon doc check gak pg tu sbb asyik cirit n suhu x stabil tp xla sampai 38 lebih.doc kata continue pcm biasa je.sbb tu hantar dlu ke bbysitter at least kurang sket germs tersebar kt dia ..maghrib br imani dtg hospital blk nk tido ngn umi..rindu nya la kat imani smlm bila seharian dgn abg dia
btw doc ckp kn stay 4-5 days wlpon dh xdemam..kn continue antibiotik n nebulizer setiap 6 jam...
thanks semua yg mendoakan kesihatan ilyaas ye...especially yg kat group fb...:)

Friday, April 4, 2014

Sakit-penghapus dosa dan penguji kesabaran

Assalamualaikum, 
Salam Hari Jumaat semua... 

Minggu ni, minggu yg mendebarkan, dan juga menyedihkan. 
Hari isnin, adik I yg kerja kat Kunak, Sabah, warded dekat Hosp. Daerah Kunak. 
Dia dah beberapa hari demam, tapi tak baik-baik. 
Kemuncaknya bila dia makan dia rasa meloya. 
Pastu dia muntah keluar darah. 
Warna brownish pulak darah tu. 
Bukan merah fresh. 
Dah makan muntah demam tak kebah, dah berkali ke klinik dalam estet dia kerja tu, HA kat estet tu hantar dia ke emergency department tgh2 malam hari sabtu..
dapat mc. 
pastu dia muntah darah lagi, gi hospital balik n terus admitted. 
doc masukkan tiub dari hidung ke perut dia. 
and kena berpuasa since masukkan tiub tu. 
Darah dari perut dia terus keluar dan terkumpul dlm tiub tu ke plastik bag yg nurse dah attach kan. 
ada beberapa keping gambar dia dgn tiub tu dia whatsapp aritu..sian nye tgk...
dah la sorang sorang kat sana. 
nasib baik la housemate dia n staff2 n boss dia selalu datang melawat n bawa semua keperluan dia. 


ni mesin ubat yg masuk melalui drip kat tgn. dia kan kena puasa. tak leh minum air, x leh makan. sebab doc nak monitor perut dia dulu. 
semalam baru dpt makan bubur. tu arini start normal diet. 
nak tgk capability perut dia dpt terima ke tak makanan biasa. 
Syukur nasib baik I ada schoolmate yg pernah HO dkt Hosp. Tawau. So I mintak tlg kawan I ni tanyakan doctor dkt hosp. Kunak condition sebenar adik I. 
kawan I bagitau, mmg confirm adik I ada bleeding dalam perut. puncanya masih belum tau. 
sekarang on medication untuk stop kan bleeding tu. 
lepas dah xde bleeding, nnt akan kena followup setiap bulan kat hospital dgn jumpa pakar. 
punca sebenar bleeding tu kena juga dikenal pasti. 
and proper treatment diperlukan. perkara ni boleh berulang lagi kalau tak buat followup and give correct treatment. 
wallahulam, mmg adik I takde masalah bertumbuk or bergaduh ke apa. 
tp dia kan pernah accident jatuh motor dulu. tu pon I dah risau gila terus EL gi jaga dia kat spital seremban masa tu..perhaps kesan accident tu ke..tak tahu la..
Dr google plak kata dia ada simptom2 peptic ulcer aka ulcer perut. boleh baik sendiri, kalau antibodi kuat. 
boleh membahayakan nyawa jugak kalau tak dirawat betul2.. Astaghfirullah...

Dugaan....

Inikan adik yg jauh sakit kita dah risau, mak ayah lagila risau. 
I cannot imagine mcm mana ahli keluarga penumpang dah crew MH370 yg kehilangan, tak tahu di mana orang2 yg mereka sayangi... Allahuakbar...berat mata melihat, berat bahu memikul...

Hari Selasa malam pulak, Ilyaas ada demam sikit. bagi pcm, dia kebah n kembali ok. 

hari rabu, hantar dia gi babysitter mcm biasa, tak demam pun, so I pon tak bg la ubat. 
petang tu, badan dia panas gila. check suhu dah 39.5! MashaAllah. 
berdebar debar rasa jantung, takut dia kena febrile fit lagi... 
masa tu dah nak masuk maghrib, so husband suapkan Ilyaas and Imani makan dulu. 
Kebetulan Ilyaas mmg tak de selera mkn kat rumah babysitter, n I ada belikan bubur kat dia ngn Imani kt pasar malam hari tu..berselera dia makan...
badan panas, tp dia aktif je. Lepas makan, bg makan pcm. 

Lepas solat, kitaorg terus gi klinik. ramainya orang. dapat giliran no 9. masa ni Ilyaas mmg merah gila muka. tak larat je. berdukung je. sian sgt. 
doc check suhu still 38. terus masukkan ubat kot rectum dia. 
lepas tu dia aktif la kejap. balik rumah mintak nak makan lagi. semangkuk bubur dia habiskan. dgn kek choc cheese..
malam tu dia tidur ok la suhu stabil walaupon still panas. Patut pukul 3 bagi dia makan ubat lagi. tp pukul 1 pagi I terjaga sbb tersentuh dahi dia, ya Allah, panas gila!
xcheck dah suhu berapa masa tu. terus masukkan ubat rectum again.. 
demah badan kepala dia. 
tidur pon pakai pampers je...lap badan ngn kepala dia ngn air asam jawa. 
tersengguk2 I dgn husband. 
husband la bnyk stay up jaga Ilyaas. sebab Imani asyik melekat je dgn I. 


Hari Khamis pagi (semalam),  suhu dia panas lagi... pukul 7 pg, bg pcm..basahkan badan dia dgn air paip. and dia nampak segar sket....

I x pergi uni semalm. jaga Ilyaas kat rumah. Imani hantar gi babysitter. sepanjang hari suhu dia maintain above 38 degrees. Demah ke mandikan ke semua ttp sama. selera makan pon xde..
minum air je la. 
vitagen pon minum sket2 je. 
lemah sgt tgk. 
tgh hari pukul 12, I cuba pujuk dia nak suapkan nasi ngn sup ikan I masak, tibe2 dia mcm menggigil sbb sejuk...gelabah nye masa tu. kebetulan dia baru gi toilet buang air...maybe sejuk sbb kena air paip kot. cpt2 dia sendiri ckp nak ubat..terus dia baring n get ready supaya I masukkan ubat kot rectum dia...siaaaannnn sgt..
lepas tu dia rehat jap. baru la ada selera makan. tu pon makan tak sampai 10 suap..
I dah rasa nak bawa gi pantai hospital dah. tp I call dulu paed dia tanya pendapat. nurse yg kerja ngn paed tu bg tips n cara2 nak kurangkan suhu. kena alternate ubat etc..I cuba la dulu

kol 2 ptg cmtu bg dia mandi...sbb suhu nampk kurang sket..pujuk2 baru dia tidur...
masa ni suhu dh turun 37.5 cmtu..lega rasa. 
kol 5 ptg, nak keluar amik Imani ngn husband, suhu dia naik balik. bg pcm skali lagi. selang 5 jam kata nurse paed tu..
suhu ilyaas mmg tak kebah2 la..
husband balik mmg I serahkan kat husband la urusan layan Ilyaas. I layan Imani plak. tp I sendiri dah jadi x larat. sian Imani, main sorang2 je...
malam nak kol 10, suhu dia dok tinggi lagi 38 ke atas. tp i bg pcm n ubat2 lain yg doc bg..
kol 11, still panas..semua cara nak kurangkan suhu dah try dah...tak kebah2..
i masukkan ubat kot rectum dia. sbb nurse paed tu pesan, klu lepas sejam pcm intake, still tak turun suhu, bg ubat rectum..alhamdulillah, suhu dia terus turun ke 37 plus...still continue demah n sapu air asam jawa...
kol 4.30, i just bagi dia pcm..suhu dah rendah masa ni..
lega sket...

pagi tadi, just dedar2 je rasa badan dia..
so i pon datang la uni...
tp Ilyaas nangis la dulu kat rumah babysitter sbb dia tak nak gi, nak duduk rumah ngn umi...
sorri sayang, umi kena siapkan correction thesis ni..
banyak ni kena buat...the whole week umi tak dpt fokus apa2..
risaukan pak ngah kena masuk hospital, tak tahu sakit apa. 
risaukan ilyaas

walaupun bukan I yg sakit, tp orang yg rapat, yg I sayang sakit, buat I resah gelisah. 
Memang sakit tu menguji kesabaran kita. penghapus dosa2 kecil.bagi orang dewasa la. 
bg budak kecil mcm Ilyaas sakit, itu dugaan nak uji kesabaran ibu bapa dia mcm mana nak jaga amanah Allah ni.

Hopefully, Ilyaas pulih sepenuhnya dari demam..and x pulak berjangkit dekat Imani..
berbelah bahagi sgt hati I ni.
mungkin hujung bulan ni kena tinggalkan dorang dalam seminggu. untuk present paper I. 
ya Allah, xnak pegi...
I am hoping someone can help to represent me there.....

Tuesday, April 1, 2014

Saya jual mittens/socks semurah RM5!


Assalamualaikum readers, 

just nak share I ada jual mittens, socks and newborn gift set dgn harga semurah RM5 sepasang. 
Sapa nak boleh order cpt2 ye sbb dah tak byk sets yg tinggal especially mittens ni..


Mittens 1 set RM5
*cannot choose design*
*just mention preferred gender*

Sapa yg beli mittens, I sentiasa advise beli dgn socks sekali.sbb postage tetap RM6 jugak. Lagipun, ikut pengalaman i sendiri, i lagi prefer bg baby newborn pakai socks. sbb tak senang tercabut. kalau booties, selalu tercabut sbb kaki baby kan kecik masa baru2 lahir, getah kat booties selalu longgar. kalau socks, kain dia sendiri dah material stretchable, so kaki baby kecik (dlm 2.7kg) pon still boleh pakai (mungkin la longgar sket tp tak tercabut)...and socks lebih long term value.sampai umur 6 bulan pon bleh pakai lagi..


*socks minimum purchase 2 sets= Rm10*
*please add RM6 for postage*








Tapi kalau nak beli set dgn cap dgn mittens dgn booties, i ada jugak. yg ni I jual RM20 termasuk pos. 
Kalau nak set ni dgn mittens yg RM5 (mcm gambar kat atas) just add RM5..tak perlu tambah postage.sbb package ni kira dgn postage skali...berbaloi kan...





sapa nak order bolehlah

whatsapp 0194488744

or 

Personal msg I dekat Facebook Page *preferred communication*





*kalau nak order socks utk baby 6-18m pon I ada jual, tapi tak sempat nak combine gambar. 
3 pasang stokin RM25..(termasuk pos) 


ni contoh socks for 6-18m


boys

girls




Thanks All =)





Monday, March 31, 2014

Nanny marries a navy

Alhamdulillah. my sis in law merangkap pemilik blog leklekcool yg menggelarkan dirinya sebagai seorang nanny dah selamat diijabkabulkan dgn pilihan hatinya, encik peyjo seorang tentera laut merangkap perwira negara pada tanggal 22 mac 2014 aritu. akad nikah pagi pukul 10 lebih camtu, tgh hari bersanding. 
kitaorg tak bawa balik kamera, so mmg takde sekeping pun gambar nak tayang kat sini dari kamera berkualiti tinggi. semuanya dari hp saja..
tema aritu ialah biru apa nama tak tahu. teal kot. 
akad nikah biasala pengantin pakai putih suci murni. 
sanding dia pakai songket. mmg tradisi sebelah in law i akan pakai songket. semua sama. kaler je lain2. 
nama pon orang terengganu kan. martabatkan la adat terengganu. 


the whole HD clan...termasuk 3 orang babies dalam perut mak buyungs


upacara batal air sembahyang dan sarung2 cincin...

ni baju pengantin masa sanding...warna apa i tak tau..greyish blue gitu


pelamin yg cantik...suka sgt..


tu kisah sanding sebelah my in law...dua minggu lepas. minggu sudah plak, eh ari sabtu aritu 29mac, kitaorg ke tanah merah,sebab daddy joey (panggilan anak2 sedara kat encik peyjo) upacara sambut menantu pulak. yg ni mmg best la, sbb first time dlm hidup tgk istiadat bersanding seorang navy...untungla adik ipar i kawin seorang navy...


memula kitaorg smpi, dorang tgh beratur prektis nak baling2 pedang...i cuak jugak..ni pedang betul2 tajam ke, tipu2 je...masa tu hujan renyai2..so x dpt nak perhati betul2...

dorang ada la baling2 pedang, pastu angkat pedang tinggi2 pastu pengantin jalan bawah tu..sambil diiringi lagu apa tak tau navy jugak yg main alat muzik. 


pastu sanding..ni pon navy jaga kat tepi...outdoor pelamin..mmg cun..berangin je...sempat i merenjis hahaha..

time ni navy dah tak kawal tepi2 dah..so semua buat ikut suka la...


Nanny Ana and Daddy Joey
ni upacara potong kek...
lepas potong kek, (potong guna pedang ok!) pengantin kena sentuh hujung pedang tu dgn pedang kek dorang..pastu baru bersurai askar2 lain..


semua dok teringin nak pakai topi daddy joey..


My Navy no 1
hensemnyaaaaaaa
semoga membesar jadi anak soleh , cantik akhlakmu secantik rupa parasmu

My Navy no 2

ayunyaaaaa
semoga membesar jadi anak solehah ye sayang umi
menjadi puteri yg beriman...


ok itu je la cerita adik ipar i kawin dgn navy. 
dorang lepas ni duduk kat lumut..
so they will be our nearest family ...
Yaaaayyyy

nnt nak pujuk daddy joey bawak Ilyaas Imani naik kapal diraja lah....