Thursday, August 27, 2015

Sabah Fieldwork: Kg.Minyak (Heritage Oil Well), Sikuati, Kudat


Assalamualaikum semua, 

Hari ni nak update pasal Kg.Minyak pulak. 
Sebenarnya ni lah tujuan utama kitaorang merantau jauh tinggal anak-anak kat mak mertua pergi fieldwork ke Sabah ni. 

Nak melawat Oil Pool. 

Memang betul2 minyak petroleum ye, bukan minyak sawit atau minyak masak. Masa I upload gambar oil pool ni, ramai je kawan2 kat ig and fb gelak2 sambil tanya sure ke petroleum, bukan minyak sawit or minyak masak. 

Well, sebenarnya, kawasan ni dah digazetkan sebagai kawasan pelancongan tp keadaan di sekeliling tak berapa terjaga. So, not so commercial la with only one signboard dekat tepi jalan besar. dan signboard tersebut pon dah buruk, tulisan agak2 pudar je. 

Monday, August 24, 2015

Sabah Fieldwork: North Borneo Biostation Resort, Kudat


Continuation from 1st entry publish last two weeks about fieldwork ke Sabah. 

Entry selepas ni semuanya berkisar dengan Kudat je sebab main study area untuk fieldwork kali ni ialah di Kudat. 

Dari KK, kami bertolak ke Kudat. Around 11.30am, check out TH Hotel and terus move ke Kudat. Plan asal nak stop over some where for lunch, but nak keluar KK dah ambil masa more than one hour due to jem, so perjalanan diteruskan dengan perut masing2 berkeroncong. Sampai dekat mana I can't remember, we pit stop isi minyak and solat. Mujur kat petronas station tu ada maggi cup, so I makan maggi cup dulu cause dah lapar sangat. we continue our journey to Kudat. Around 3pm, kitaorg dah sampai Sikuati. And we saw few outcrops along the way. Quickly decided untuk stop at Sekolah Menengah Kebangsaan Sikuati outcrop. 


Well basically, ni places that we went and ada few places berulang-ulang kali lalu sepanjang di Kudat. And our accommodation sepanjang dekat Kudat is North Bornoe Biostation Resort (NBBS) located at Eastern part of Kudat. 

Tuesday, August 11, 2015

Sabah Fieldwork: Kereta Sewa & TH Hotel, Kota Kinabalu

Assalamualaikum semua, 

Setelah 2 bulan, baru ada kesempatan nak transfer gambar dari handphone ke computer. Baru dapat pilih utk nak letak kat blog ni. kesian blog, dah lama tak berupdate. 

Awal Jun yang lepas, saya and suami ke Sabah. particularly ke Kota Kinabalu and Kudat untuk research work saya. Kebetulan mmg bidang kajian saya dgn bidang kajian suami tak lari jauh, so tak salah la saya invite dia jadi member research project saya. Kami pergi dengan 3 orang lagi member research project. Trip kali ni merupakan trip kedua kitaorg ke Sabah. Yang first dulu tahun 2013, untuk attend conference + jalan2. 

Kali ni kami tak bawa anak2. Dorang ditinggalkan di bawah jagaan my mil and sil dekat Terengganu. Thank you so much mak and sils and bil tolong jagakan Ilyaas dan Imani . and tk lupa jugak my fil too. 

So, our journey started from Terengganu lah . But of course, pakai duit sendiri la semuanya. tak melibatkan duit grant. Bila dah ada grant and project sendiri, baru reti macam mana nak manage duit betul2. takut sangat tersalah guna, jadi tak berkat apa yg kita pakai. 


Friday, August 7, 2015

Free Item/food from KFC if beli lebih dari RM15


Assalamualaikum semua, 

Citer raya boleh publish lagi tapi nak update laju2 pasal benda free from KFC. 
Mungkin dah lama promotion ni berjalan, cuma I je yg mmg tak tau sebab kadang2 tak alert pon. 

Well, promotion free gift ni pun I terperasan sebab kebetulan I baca resit KFC semalam. Selama ni, biasanya konyokkan je resit, campak dalam tong sampah. Malas nak simpan. Lain la nak claim ngn office hahahahah. 

So, semalam ke KFC bertiga dengan Ilyaas and Imani sementara ayah dorang on the way nak balik from KL. tengah nak mula makan, camne ntah leh gi belek2 resit ni. 





Baru la tahu terms and conditions baguih mcm ni ada dekt KFC Malaysia. 


I quote balik apa dalam resit tu yer...

Kalau kita beli apa2 from KFC dengan harga lebih RM15, we are eligible untuk buat survey online dalam tempoh 5 hari dari tarikh resit pembelian tersebut dan dapatkan CODE VOUCHER di akhir survey tersebut, pastu kita bawa resit ni bersama code yg kita dpat ke mana2 KFC bila kita nak makan KFC lagi, then kita leh dapat free item or free food. 

Macam I ni, dah stated kat situ, dapat free 1 pc hot and spicy chicken wing. 

Ok la kan, dari tak dapat apa2...

Quickly I simpan resit ni dalam handbag and sambung makan. 
Pagi2 masuk office terus bukak website KFC.



And isi form Guest Experience Survey ni. 
Senang sangat.
and kejap, less than 2 minutes dah siap dapat voucher. 

So, next visit to KFC I akan redeem chicken wing tersebut. 
Simpan resit dalam handbag siap2, kot2 gi KFC leh guna terus. 


Terima Kasih KFC atas service yang menarik mcm ni... 




Wednesday, July 29, 2015

mcm mana nak menulis balik kat sini ni???

Aaaaaaaaaa


Hi blog!
Hi korang (kalau ada yg nak baca lagi la)...

Blog ni tahap terabai sesangat dah.
Confirm tahun ni tak dapt tgk entry ratus2 mcm tahun2 sebelum ni.
Mmg x sempat.
Banyak benda nak kena membaca, revise, tulis, buat yada yada yada
jadi student dulu relax
sekarang tak mampu relax
dalam tidor pon pikir mcm mana nak buat student paham topic nak kena ajar esoknya
mcm mana nak cnduct practical test individually guna software utk 70 orang students...

lumrah bekerja, sentiasa xde masa utk benda lain
tp syukur ada kerjaya
syukur kerjaya ni kena dgn jiwa raga
suka sangat dgn kerjaya sekarang.
am very happy Allah swt temukan dgn kerjaya yg sesuai ni

ok till then,
nak siapkan slides utk klas.
lagi 40 minit klas, slides tak siap lagi, sbb ni subject baru pegang...
pastu non science pulak.
tak reti nak ngajor mcm mana.

esok nak gi KB..
join conference kat sana.

kot kat KB nnt ada masa boleh menulis sikit kat sini pasal raya haritu.....

bye semua..

Monday, July 6, 2015

Detik-detik terakhir bersama Zarifa

Assalamualaikum semua, 

Dah masuk 19 Ramadhan rupanya kita. Cepat nya masa berlalu bulan Ramadhan kali ni. 
Tahun2 sebelum ni, banyak betul entry pasal makanan, juadah berbuka dan bersahur. Tahun ni, takada kesempatan nak snap gambar pun. Jumpah hari yg masak lebih banyak dari tahun2 sebelumnya (rasanya la), tp komitmen pun makin banyak, jenguk blog pon sekali sekala aje.. 

Bagi yang berkawan dgn saya di fb, mungkin dah baca cerita ini. Cerita ikhlas dari hati seorang ayah yang kehilangan anak tersayang. Dari abang ipar saya sendiri, Abang Min.. 

Dengan keizinan beliau, saya publish kisah ini di sini, di blog picisan ini..Bukan niat untuk dapatkan entry popular, atau kunjungan trafik yg tinggi ke blog ini, tapi sekadar mahu meneruskan update berkaitan wildan syurga kami, bidadari kecil kami sekeluarga yg kini sedang bermain di atas sana. 

Jemputlah baca, jadikan iktibar dan pedoman buat kita semua yg masih hidup yang tidak diuji sebegini hebat, atau khas juga buat pembaca2 yg sedang diuji dengan ujian yg hampir sama... Moga kita semua tabah dan diampunkan dosa-dosa kita. Jemput juga sedekahkan Al-Fatihah buat Nur Wafiatul Zarifa Abdul Muhaimin...

_________________________________________________________________________________

2 minggu berlalu. Terkenang detik-detik terakhir bersama Zarifa. Setelah discharge daripada Pantai Hospital pada 10 Jun 2015, Zarifa balik ke rumah. Jauh di sudut hatiku, aku merasakan yang kali ini Zarifa tidak benar-benar sembuh seperti mana Zarifa discharge daripada hospital 3 kali sebelum ini. Paling akhir dimasukkan ke hospital adalah sekitar Disember 204, namun bukanlah disebabkan pneumonia, hanya sedikit batuk selsema serta masalah pembuangan najis. Dr pakar yang merawat Zarifa turut menyatakan kepadaku yang keadaan Zarifa Nampak tidak begitu meyakinkan, namun ada banyak improvement berbanding sepanjang berada di hospital. Pulang sahaja ke rumah, kami cuba asingkan antara Zarifa dan Zafira kerana pada masa itu Zafira juga batuk teruk, apatah lagi dua kakaknya Zahra dan Zulfa yang juga masih tidak baik betul. Isteriku juga masih batuk teruk begitu juga bibik. 

Feeding time
masa ni dekat pantai hospital
Yang baru baik adalah aku sebenarnya. Aku bawa Zahra dan Zulfa pulang ke Terengganu untuk 2 malam, antara sebabnya adalah nak cuba kurangkan contact antara kakak-kakak dan Zarifa juga menunaikan janji cuti sekolah yang menuju penghujungnya ketika itu. Tiba kembali di Shah Alam pada 13 Jun, sekitar jam 2.00 petang, masuk sahaja di rumah kebetulan Zarifa sedang baring atas tilam di ruang tamu rumah. Tengok sahaja aku, Zarifa terus senyum dan ketawa. Ya, senyum dan ketawa apabila ayahnya pulang (2 malam tak jumpa). Zarifa ketawa bukan seperti kanak-kanak normal yang lain. Ketawanya, tersekat-sekat seolah menangis tapi bukan menangis. Sebab utama ketawa sebegitu mungkin disebabkan masalah jantung Zarifa.

Pada masa yang sama, Zafira dimasukkan ke hospital Columbia Asia berdekatan dengan rumah akibat batuk yang agak teruk. Masuk pada 12 Jun dan discharge pada 14 Jun. Pada 14 Jun, aku yang memang full time menjaga Zarifa (isteriku jaga adiknya) sedar yang badan Zarifa agak panas. Zarifa mula batuk dan bersin yang berulang-ulang. Nampaknya berulang kembali sakit Zarifa. Aku terpaksa bagi dahulu ubat yang bersesuaian dan lapkan Zarifa untuk kawal suhu badannya. Hari Isnin, aku dan isteri tiada pilihan, terpaksa juga masuk ke pejabat selepas 2 minggu bercuti kecemasan menjaga anak sakit. Kebetulan ibu mertua memang ada di rumah membantu menjaga Zarifa. Tapi hati memang dah tak sedap hati. Memang terbukti sebab Zarifa masih demam yang begitu susah nak turun suhunya ditambah dengan batuk dan bersin yang berulang. Hari Selasa 16 Jun 2015, aku dan isteri ambil cuti kecemasan dan terus bawa ke Zarifa ke hospital Columbia Asia. Memang telah bersedia dan rancang untuk dimasukkan ke hospital. Terbukti benar, doctor terus menahan Zarifa di hospital. Hasil XRay menunjukkan masih terdapat sedikit masalah di paru-paru Zarifa. Tapi apa yang lebih membimbangkan aku sebenarnya adalah melihatkan keadaan jantung Zarifa yang makin membesar/membengkak, dibandingkan dengan XRay di hospital Pantai 2 minggu sebelum itu nampaknya makin bengkak. Tapi aku tidak bercakap mengenai hal ini dengan doctor atau isteriku. Harap-harapnya pada ketika itu hanyalah ilusi semata-mata.

Zarifa menunjukkan respond yang baik kepada ubat yang diberikan doktor. Apa yang lebih menarik, doktor di hospital Columbia Asia memang ada contact dengan doktor Zarifa di hospital Pantai, maka segalanya mengenai rekod perubatan Zarifa menjadi lebih mudah. Benarlah, Allah memang menjaga Zarifa setiap masa. Keadaan Zarifa nampak lebih baik pada Rabu, 17 Jun 2015. Demam telah reda kalau ada pun hanyalah low grade fever sahaja. Batuk nampak agak surut. Itu pemerhatianku sahaja. Apa yang menjadikan lebih meyakinkan, semasa pemeriksaan malam oleh doktor, Zarifa respond dengan sangat baik, senyum dan seperti biasa dengan trademark tersendiri iaitu menggelengkan kepalanya. Aku yang ‘bertugas’ menjaga Zarifa di hospital malam itu, keadaan berubah sekelip masa sekitar jam 1.00 pagi apabila Zarifa tiba-tiba nangis dan selepas itu diikuti batuk yang tidak henti-henti. Aku mengambil masa yang agak lama untuk tenangkan Zarifa, dan sekitar jam 2 lebih, Zarifa tidur dan nampak agak nyenyak sehinggalah pukul 4.00 pagi. Aku tertidur sambil duduk atas kerusi mengadap Zarifa, bangun untuk makan sahur bagi hari pertama puasa 18 Jun 2015, Khamis. Aku perasan badan Zarifa sangatlah panas. Bila nurse periksa, memang betu, 39.3 C suhunya. Terus dimasukkan ubat demam ke punggung Zarifa. Satu hari, keadaan Zarifa agak tidak stabil terutamanya daripada segi demam dan batuknya. Bacaan SPO2 masih paras normal (normal untuk Zarifa adalah 70% ke atas). Petang itu juga aku sempat ke sekolah Zahra untuk ambil kad laporan prestasi pelajar pertengahan tahun. Kami berbuka puasa bersama-sama di hospital pada hari tu. Isteriku masak dan kami bersama-sama buka di hospital, kebetulan waktu berbuka Zarifa tidur. Usai solat tarawih di rumah, aku kembali ke hospital untuk ambil alih tugas malam menjaga Zarifa. Malam itu Zarifa tidur biasa. Kerap juga bangun akibat batuk dan bersin. Tidur sambil duduk atas kerusi standby depan Zarifa. Hari Jumaat, 19 Jun 2015 isteriku mengambil alih tugas pada sebelah pagi agar aku boleh balik berehat dan tunaikan sembahyang Jumaat. Aku tiba di hospital selepas sembahyang Jumaat. Kebetulan ibuku dan adik perempuanku baru sampai daripada Terengganu.

5 hours before Allah SWT menjemput Zarifa buat selama-lamanya

Isteriku pulang ke rumah sekitar jam 3.00 petang untuk masak juadah berbuka kami. Ibuku menemaniku menjaga Zarifa. Aku mula perasan yang Zarifa agak ganjil hari tu. Pada sebelah petang Zarifa batuk dan bersin tidak henti-henti. Tapi yang lagi ganjil adalah, apabila dia batuk, dia tak muntah walaupun betul-betul selepas feeding. Memang pelik dan di luar kebiasaan. Zarifa mudah muntah. Walaupun Zarifa seolah-olah ingin muntah, dengan reaksinya, dengan suaranya, dengan tangisannya, dengan biru mukanya, tapi memang ganjil tiada apa yang keluar daripada badan. Badan Zarifa agak berisi terutamanya tapak kaki, jari, betis dan lengan. Kami ingat mungkin disebabkan drip. Aku dan isteri sempat berkata, Zarifa nampak macam budak normal, berisi dan tidaklah sangat seperti kebiasaan yang jelas tulangnya dan kurang isinya. Tidaklah kami ketahui yang ini merupakan tanda-tanda terakhir hidupnya. Aku sempat baring bersama di atas katil pesakit, dan secara perlahan-perlahan sempat aku bisikkan yang aku sangat sayangkan Zarifa. Tolonglah sembuh. Ayah nak Zarifa senyum macam dulu. Macam di Langkawi dulu….

Usai berbuka di hospital, aku, ibuku dan anak-anak pulang ke rumah. Isteriku menjaga Zarifa di hospital. Isteriku pernah ceritakan, antara bait-baik yang diungkapkannya kepada Zarifa semasa menenangkan Zarifa yang masih dengan batuk dan bersin adalah “Zarifa, mama sayangkan Zarifa. Mama tak sanggup tengok Zarifa sakit. Mama nak Zarifa sihat. Sekiranya Zarifa betul-betul letih dan penat, mama faham. Mama sayangkan Zarifa sangat-sangat”. Ketika itu, Zarifa hanya diam dan matanya yang nampak keletihan hanya memandang wajah mamanya. Titisan air mata mama jatuh betul-betul atas pipi Zarifa. Ada 2 gambar yang diambil pada awal malam itu dan sempat dikongsi denganku dan keluarga kami pada ketika itu.

sampai di hospital sekitar jam 10.00 malam. Kami bersembang seketika kerana Zarifa sedang tidur pada waktu itu. Keadaannya tidak berubah, deman sedikit tetapi batuk dan bersin masih banyak. Isteriku pulang sekitar jam 10.30 malam. Sekitar waktu itu Zarifa terjaga dan aku mengambil peluang duduk sambil mendukung Zarifa dalam keadaan terlentang dan wajahnya tepat ke mukaku. Pada waktu itu, aku cuba lakukan aksi dan ekspresi muka lawak yang selalu menjadi bahan senyum dan ketawa Zarifa. Tidak senyum, tidak ketawa. Masih keletihan. Sekitar jam 11.00 malam, nurse datang untuk memberikan nebuliser serta sebelum itu nasal spray ke hidung Zarifa yang masih tersumbat. Zarifa dibaringkan, dan nurse mulakan nasal spray ke hidung Zarifa. Zarifa nangis. Nangis yang bagiku agak ganjil. Kuat sangat bunyinya. Setelah selesai kiri dan kanan (dibuat dalam keadaan yang sangat cepat) kerana aku ada di sebelah nurse cepat-cepat pegang dan dukung Zarifa. AKu cuba pujuk seperti biasa, panggil namanya, selawat tapi nangis masih ada walaupun sedikit berkurangan. Nurse pasangkan nebuliser dan keluar. Aku cuba dudukan Zarifa atas pehaku, dan pada ketika itu ada buih-buih keluar dari mulutnya. Baru sahaja aku nak tekapkan topeng nebuliser ke hidung Zarifa, tiba-tiba Zarifa terkulai dengan matanya sedikit terbuka. Aku panik. Terus panggil nurse yang datang dan minta aku baringkan Zarifa atas katil. Itulah kali terakhir aku pegang Zarifa. Mesin monitor dibawa masuk. Aku lihat heart rate Zarifa naik turun. Air mata dah mula menitis. Terus aku telefon isteriku untuk datang segera ke hospital. Isteriku baru selesai solat Isya’ dan belum sempat mulakan tarawih lagi. Nurse declare kod blue dan tak sampai 15 saat, doktor dah mula masuk diikuti nurse dalam bilangan yang ramai. Aku diarahkan keluar. 

Isteriku ditemani ibuku tiba di hospital sekitar jam 11.25 malam. Nurse keluar masuk silih berganti daripada bilik Zarifa. Ada beberapa nurse keluar dengan mata merah dan kesan linangan air mata. Isteriku menangis sambil ditenangkan ibuku. Tepat jam 11.35, doktor keluar dan maklumkan yang Zarifa dah tiada. Tiada terikan, hanyalah tangisan aku dan isteriku. Apatah lagi bila dibenarkan masuk ke bilik dan melihat Zarifa yang masih dalam baju tidur pink Fiffy terbaring kaku, dengan kepala atas bantalnya sendiri. Aku menangis, isteriku menangis sambil ditenangkan oleh ibuku. Selepas beberapa ketika aku mula tenang dan barulah boleh aku berfikir untuk tindakan-tindakan seterusnya yang perlu dilakukan sebagai seorang ayah.

Dukungan terakhir seorang ayah.
Kasih ayah tiada tandingan

Zarifa dijemput Allah SWT pada hari Jumaat, 2 Ramadan. Tiada apa lagi yang kami minta. Detik-detik ini adalah idaman semua umat Islam. Aku berharap dan berdoa agar apa yang aku dan isteriku lakukan adalah yang terbaik untuk Zarifa. Rasa terkilan, risau ada juga memandangkan pernah terkasar dan termarah Zarifa khususnya apabila tengah malam atau awal pagi yang mana aku juga manusia yang tidak terlepas daripada kelemahan. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kami. Pastinya Zarifa sedang gembira bermain di Taman Syurga. Itulah yang pasti!


Nukilan, 

Abdul Muhaimin Abdul Latiff


Published by Athi

Wednesday, June 24, 2015

Ramadhan Aulad Zone by UTP Mosque

Assalamualaikum, 

Ramadhan tahun 2015 ni sedikit berbeza buat kitaorg. Selain daripada kami kehilangan kesayangan hati pada 2 Ramadhan yang lalu , tahun ni juga saya dan suami berpeluang dapat solat berjemaah Isyak dan Terawikh di masjid. Kalau nak dikirakan, sejak dari berkahwin hingga ke tahun 2014, sangat jarang kami dapat peluang untuk berjemaah di masjid untuk solat terawikh. Disebabkan kami ada anak kecik at that time dan kalau bawak dioarang ke masjid berkemungkinan besar menggangu jemaah lain serta beberapa sebab yang lain jugak lah. 


Bila nampak banner with this caption....terus rasa Alhamdulillah, Allah permudahkan kali ni boleh bawa anak-anak ke masjid...