Friday, August 26, 2011

Sharing info pasal breastfeeding

Assalamualaikum semua

Semua dah ready nak raya??? Hehe, saya mmg semangat dah ni.beg-beg baju pun semua dah masuk dalam bonet kereta.semangat kan? Pagi ni masuk kerja saya terbaca forum pasal pengambilan Formula Milk (FM) untuk baby, the pros and cons. Bila baca discussions kaum-kaum ibu kat forum ni, terdetik juga di hati saya betapa saya bersyukur Allah murahkan rezeki susu yang saya ada ni walaupun nampak ada kemerosotan lately ni. tp masih belum tahap crucial dan masih mencukupi keperluan Ilyaas. Lagipun tak lama lagi Ilyaas akan fully solid and milk.Mungkin masa tu nnt pengambilan susu lebih sedikit dari sekarang.

Melalui forum FM ni, saya terjumpa salah seorang member post pasal Kelebihan-kelebihan yang ada dalam susu ibu dan tidak ada dalam FM, so nak share dgn kawan-kawan semua.Sebab sebelum ni, saya hanya tau BM mmg terbaik utk anak, tp tak tau apakah kelebihan2 tersebut secara terperinci. Sy Cuma berpegang pada prinsip, Allah dah bg extra lemak kat kita masa pregnant utk hasilkan susu2 ni, so skrg ni time utk menyalurkan lemak2 tersebut kepada anak melalui susu ibu lah (simple minded kan saya ni?)

Dalam BM ni, terdapat :-
1. Antibodi
2. Hormon
3. Anti Virus
4. Growth Factor (faktor Pertumbuhan)
5. Enzim
6. Anti Parasit
7. Anti Alergi

dan banyak lagi. Dalam susu ibu ada lebih 400 nutrien dan akan bertambah jumlahnya bila kajian demi kajian dibuat. DHA, AA, Vitamin A, B,C, D,K, Protein, lemak, karbohidrat, Mineral, air, Probiotic, prebiotic dan lain lain semua ada dalam susu ibu.

And pagi ni juga saya baru tahu bahawa bulan August ialah Bulan Penyusuan Susu Ibu. (ketinggalan kereta api sikit sy ni, xupdate) . Tema Bulan Penyusuan Susu Ibu pada tahun ini ialah Penyusuan Ibu Satu Pengalaman 3 Dimensi. 3D sebab melibatkan masa, tempat dan komunikasi. Untuk lebih detail boleh baca artikel ni.

Saya dah cuba Energizing Soy Protein from Shaklee tp takde la saya ber-energy sangat.Mungkin cara pengambilan saya tak betul and tak konsisten kot. Lepas raya nnt saya akan cuba mendisiplinkan diri dalam pengambilan ESP ni. Pastu saya still tak jumpa apakah milk booster saya...hmmmm.....semua makanan saya makan...air sarsi pun minum juge...

tp tak mengapalah, as long as production cukup utk bekalan Ilyaas cheeky bam bam ni...

okla, sampai sini dulu nnt2 kita kongsi la pasal bf ni..

sy suka mem-bf baby saya tapi saya tak mau jadi obsess pasal bf sbb apa-apa perkara Islam lebih suka pada yg wasatiah (bersederhana).
so tepuk dada tanya la diri sndiri sbb bf ini tanggungjawab kita selagi kita termampu =)



3 comments:

  1. i pun personally sokong BF ni, tapi i kesian tengok org yg obsess bfeeding ni, sampai ada yg kutukkan/hilang hormat kat ibu/ibu mertua/keluarga sendiri kata diorang tak paham dan tak bagi sokongan. takkan sampai mcm tu sekali erk..

    ReplyDelete
  2. Thanks Nimi for reading this:)
    Betul, i anti sikit la kalau org yang over sgt pasal BF ni..
    mcm u cakap la, sampai hilang rasa hormat pada org lebih tua dari kita.mmg xpatut.lagipun, kita dulu2 pun minum FM, membesar jadi manusia normal je kan...dah ada rezeki nak BF, ok la.takde rezeki, kasi FM pon ok jer.

    ReplyDelete
  3. betul2. i pun ok jer.. kawan i sendiri mengaku dia halau mak mertua dia (yg dia ckp mmg baik hati) just because dia belikan botol susu, dan ambik baby dia bawa tido bilik lain masa pantang hari ke-3, jadi dia tak dpt nak bf waktu malam. i dgr rasa cam nak nangis jer, sanggup my friend buat mcm tu.. i paham perasaan org lepas bersalin, perasaan tu bercelaru sikit, tapi dah lepas 5 tahun dia bercerita dgn i dgn perasaan bangga apa yg dia sanggup buat utk bf successfully. tsk tsk tsk..

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...